You are on page 1of 1

NOTIS PERINGATAN TARIKH ANSURAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR RPJJ

Bagi pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh (tidak termasuk pelajar baru Sidang Akademik 2013/2014), caj yuran bagi Sidang Akademik 2013/2014 telahpun dikenakan pada awal bulan Oktober 2013. Bayaran boleh dibuat di kaunter bank CIMB dengan mencetak slip pembayaran sedia ada ataupun dengan membuat pembayaran online menggunakan ePayment@USM. Pembayaran ansuran pertama berakhir pada 10 Januari 2014 dan ansuran kedua (kesemua pelajar PJJ) adalah pada 16 Mei 2014. Kegagalan untuk menyelesaikan bayaran bagi setiap ansuran akan dikenakan denda sebanyak RM50.00. Sebagaimana yang telah sedia dimaklumkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Jarak Jauh, pelajar perlu memastikan semua yuran dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir ansuran (bagi mengelakkan sebarang denda) atau selewat-lewatnya sebelum pendaftaran bagi sidang baru bermula(bersama dengan amaun denda). Ini kerana pelajar akan dihalang daripada mendaftar untuk sidang selanjutnya(2014/2015) seandainya wujud sebarang tunggakan pada masa pendaftaran sidang baru nanti. Bagi pelajar yang ingin membuat pembayaran secara online kemudahan ePayment@USM (FPX) perlu digunakan bagi memastikan bayaran dibuat dapat dikemaskini dalam masa yang lebih singkat. Kegagalan menggunakan kemudahan ini bagi transaksi online akan menimbulkan masalah bagi mengemaskini pembayaran. Berikut disertakan panduan jumlah yuran bagi pelajar kemasukan Sidang 2012/2013 (pelajar lama) untuk pembayaran sekiranya tiada sebarang tunggakan pada sidang lepas.
PROGRAM PENGAJIAN SASTERA & SAINS KEMASYARAKATAN SAINS PENGURUSAN KESELURUHAN YURAN (RM) 1,231.00 ANSURAN PERTAMA (RM) 615.50 ANSURAN KEDUA (RM) 615.50

1,461.00 1,491.00

730.50 745.50

730.50 745.50

*pelajar tahun akhir perlu membayar tambahan RM60.00 untuk yuran konvokesyen.

Diharapkan maklumat di atas dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang terlibat.Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan yuran Jarak Jauh, sila hubungi nombor berikut : Puan Azizah Jamal En.Ahmad Farah Md.Ramli Encik Umar Muqhthear bin Sabri 04-6533777 04-6536169 04-6533773

atau e-mel ke : kewangan_pelajar@usm.my

You might also like