You are on page 1of 8

Struktur Makna

Makna Idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Makna itu sendiri mempunyai pengertian yang amat luas. Contohnya perkataan dia mempunyai pelbagai makna iaitu lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja, orang tua dan sebagainya.

Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini. Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.

Ayah (i) manusia(ii) lelaki(iii) dewasa(iv) bapa kepada anak. Saya (i) ganti nama(ii) manusia(iii) orang yang berkata. Pemandu (i) manusia(ii) membawa kenderaan (iii)mempunyai lesen

Struktur Satu cara yang menggabungkan kecil sesuatu yang dibentuk sehingga menjadi satu keseluruhan. Struktur Makna- Bagaimana sesuatu kata yang membina sesuatu ayat berperanan dalam memberikan makna ayat secara keseluruhannya.

Contohnya, penggunaan ujaran yang menggunakan kata nafi. Jika ayat Yuvarani merupakan seorang Superwomen. adalah betul. Bermakna Yuvarani bukan merupakan seorang Superwomen. adalah salah.

Contoh yang jika ayat Faiz seorang guru. adalah betul. Bermakna ayat Faiz seorang pelakon. adalah salah. Tetapi jika ayat yang menggunakan kata nafi seperti Faiz bukan seorang seorang guru. Kata nafi bukan mungkin membawa maksud Faiz mungkin seorang penyanyi, model, penyair, jurutera atau doktor.

Justeru, apa yang ingin dinyatakan adalah, struktur makna boleh membawa interpretasi yang berbeza melalui penggunaan perkataan tertentu dalam ayat.

You might also like