You are on page 1of 5

Arnab Yang Angkuh

Dalam sebuah hutan rimba, terdapat sepasang


arnab. Seekor berwarna hitam dan seekor berwarna
putih. Arnab hitam dikenali sebagai Pak Tam. Arnab
putih bernama Mak Teh. Pak Tam dan Mak Teh
mempunyai sepasang anak. Seekor bernama Puteh
dan seekor lagi bernama Oren.

Puteh seekor arnab yang baik. Puteh suka menolong Pak


Tam dan Mak Teh. Oren pula lebih gemar bermain-main
bersama-sama Tupai dan Monyet. Tupai dan Monyet
sangat terkenal dengan sifat nakal. Lama-kelamaan, Oren
bertukar menjadi nakal. Puteh cuba menasihati Oren.
Namun, tidak berjaya.

Pada suatu hari, Monyet dan Tupai mengajak Oren


mengenakan Harimau. Mereka marah kepada Harimau.
Harimau pernah memarahi mereka. Monyet,Tupai dan
Oren memasang perangkap untuk Harimau. Tiba saat yang
ditunggu, Harimau tidak melalui perangkap yang dipasang.
Dalam perjalanan pulang, Monyet, Tupai dan Oren terkena
perangkap yang dipasang untuk Harimau.

Mereka menjerit meminta tolong. Tolong! Tolong!.


Harimau terdengar jeritan mereka. Harimau bergegas ke
arah suara itu. Harimau mendapati Monyet, Tupai dan
Oren terperangkap di situ. Harimau segera membantu
melepaskan mereka.

Monyet, Tupai dan Oren segera memohon maaf kepada


Harimau. Mereka berterima kasih kepada Harimau kerana
membantu. Mereka telah insaf akan perbuatan mereka.
Oren berjanji akan berkelakuan baik seperti Puteh. Monyet
dan Tupai juga turut berubah. Mereka tidak akan
mengulangi lagi kesilapan yang lalu.

You might also like