You are on page 1of 31

Definisi Ayat Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.

Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Zaba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Zaba : ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 ) Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna

maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai : Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat. (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 )

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat. Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu Mutakhir : Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. ( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149 ) Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai : Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan ( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah

perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.

Sintaksis Bahasa Melayu


1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Ahli bahasa mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung pada teori atau pendekatan yang dianutinya. Takrif ayat oleh ahli bahasa tatabahasa tradisional ialah a sentence is a group of words expressing a complete thought, C.C. Fries (1963:9). Tegasnya, syarat sesebuah ayat ialah wujudnya fikiran yang lengkap. Menurut Blommfield (1991: 170), pendukung tatabahasa struktural, ayat ialah ...a contruction (or form) which, in the given etterance, is not part of any large construction. Tambahnya lagi, sebanyak mana ayat yang diujarkan oleh seseorang, namun setiap ayat itu bebas dan tidak terikat oleh satu bentuk linguistik yang besar. Hal ini kerana ayat dianggap sebagai unit tatabahasa terbesar dan tertinggi. Ayat menurut Nik Safiah Karim et al. (1993: 414) ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Daripada definisi ayat di atas, ciri-ciri ayat itu diucapkan dengan didahului oleh kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan. Selain itu, sebuah ayat itu selalu mengandungi makna. Umpamanya: Muaz murid tahun 5 di SK Methodist. Dia ke sekolah jam 6.45 pagi. Sekolahnya terletak 15 kilometer dari rumahnya. Dia ke sekolah dengan menaiki bas. Daripada contoh tersebut, ayat itu terdiri daripada empat ayat. Setiap ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah. Apabila dibaca, setiap ayat tersebut dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan juga. Setelah diam, kemudian dimulai lagi dengan

ayat berikutnya, dan diam lagi. Demikianlah seterusnya. Jadi, kesenyapan pada awal dan akhir itulah yang menandai sesebuah ayat. Di samping itu, setiap ayat ditandai juga dengan intonasi yang menunjukkan bahawa bahagian ujaran itu sudah lengkap. Akhirnya, kesemua ayat yang diujarkan tersebut mengandungi makna sebagai syarat sebuah ayat. Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terkira banyaknya. Namun, dalam analisis sintaksis, terdapat pelbagai jenis ayat yang boleh dirangkumkan kepada jumlah klausa, jenis ayat, susunan ayat dan ragam ayat. (Ahmad Khair Mohd Noor, 2003: 2). 2.0 DEFINISI AYAT MENURUT 2.1 ZABA Zaba dalam buku Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 (Permulaan Nahu Melayu) memberikan definisi ayat sebagai berikut: Ayat memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. ...maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya. ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1965 hlm. 251) 2.2 ASRAF Dalam buku Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, Asraf memberikan definisi ayat seperti yang berikut: Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. (Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, 1990 hal. 227) 2.3 ASMAH HAJI OMAR Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir: Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. A yat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. (Nahu Melayu Mutakhir, 1993 hal. 355)

2.4 ABDULLAH HASSAN Abdullah Hassan bersama Ainon Mohd. Dalam buku mereka yang berjudul Tatabahasa Dinamika memberikan definisi ayat sebagaimana berikut: Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat.... Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkattan sahaja... Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian: bahagian 1, benda atau subjek; bahagian 2, cerita atau predikat. (Tatabahasa Dinamika, 1994 hal. 284-285) 2.5 ARBAK OTHMAN Arbak Othman pula dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu mengatakan: Ayat ialah satu ikatan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan tekanan, intonasi dan hentian yang tertentu serta membawa

satu fikiran atau idea yang lengkap. (Nahu Bahasa Melayu, 1989 hal. 116) 2.6 ABDULLAH HAMID MAHMOOD Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya Betulkan Kesalahan Bahasa Anda mendefinisikan ayat seperti yang berikut: Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna. (Betulkan Kesalahan Bahasa Anda, 1994 hal. 60) 2.7 NIK SAFIAH KARIM Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood memberikan pengertian ayat sebagai: Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknyadalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa ayat perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1993 hal.414) Berdasarkan pelbagai definisi ayat yang diberikan oleh sarjana dan ahli bahasa, kita dapat membuat kesimpulan bahawa ayat terdiri daripada susunan perkataan yang diucapkan dengan intonasi atau tatabahasa yang sempurna serta mempunyai makna. Ayat yang diucapakan dengan cara bermula dengan kesenyapan, dan berakhir dengan kesenyapan juga. Andainya satu-satu pengucapan itu diucapkan dengan intonasi atau lagu bahasa yang tidak sempurna, atau ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna, walaupun strukturnya panjang, tidaklah dapat kita namakannya sebagai ayat. Noam Chomsky, ahli bahasa Amerika yang terkenal memberikan contoh ayat berikut: Mengikut Colorless green ideas sleep furiously, walaupun susunan perkataan dalam ayat tersebut kelihatan sempurna dari segi struktur ayat Bahasa Inggeris, tetapi ayat ayat itu masih dianggap bukan ayat sebab ayat itu tidak mendukung makna yang lengkap. Maksudnya, ayat tersebut tidak boleh diterima akal, kerana makna yang didukung tidak munasabah. Dalam mana-mana bahasa pun, ayat boleh dihasilkan seberapa banyak yang kita mahu, dan tidak terhad bilangannya. Ayat yang dihasilkan itu hendaklah sempurna, iaitu gramatis dan maknanya juga sempurna, iaitu munasabah.

3.0 AYAT DASAR 3.1 KONSEP AYAT DASAR Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur-unsur utama yang wajib, iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985:166). Dengan demikian, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat ( Nik Safiah et al., 1993:323). Awang Sariyan (1986:30) menyatakan bahawa ayat dasar adalah ayat yang menjadi dasar terbitnya ayat-ayat yang lain, maka binaan ayat dasar paling ringkas. Konstituen subjek dan predikatnya diisi oleh frasa inti, dengan erti kata tidak disertai penerang (bagi frasa nama), tidak disertai pelengkap (bagi frasa adjektif dan bagi frasa kerja yang terbentuk daripada kata kerja intransitif). Ayat (1a) lebih dasar daripada ayat (1b) kerana ayat tersebut wujud tanpa unsur tambahan pada

frasa subjek atau frasa predikat, serta pada konstituen keterangan ayat tersebut. Selain itu, tidak ada bentuk yang lebih dasar daripada ayat (1a) tersebut. 1a. Jamal berdiri. 1b. Jamal berdiri di depan pintu. Konsep ayat dasar oleh Nik Safiah Karim et al. (1993:418) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dengan mengambil contoh ayat (2) dan (3) yang berikut, ayat 2 ialah ayat dasar dan ayat 3 ialah ayat tunggal. Hal ini demikian kerana ayat 2 Mastura cerdik menjadi sumber dalam menerbitkan ayat 3 iaitu Mastura tidak cerdik. Bentuk ayat 2 akan muncul dahulu bagi menerbitkan ayat 3. 2. Mastura cerdik. 3. Mastura tidak cerdik. Selain itu, sesuatu ayat itu sama ada pendek atau panjang dapat dikenal binaan dasar atau asasnya. Ayat 4 merupakan ayat majmuk, tetapi masih dapat dikenal binaan dasarnya. 4. Mariam Ariana ke bilik lalu bersalin pakaian.

Pada ayat 4, ayat ini mengandungi dua klausa, iaitu: 4a. Mariam Ariana ke bilik. 4b. lalu bersalin pakaian. Klausa 4a lebih dasar daripada klausa 4b kerana klausa 4a dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap. Sebaliknya, tidak demikian pada klausa 4b kerana klausa ini bergantung pada klausa sebelumnya. Dalam hal ini, ayat 4a adalah dasar dan menjadi rangka bagi ayat 4 tersebut. 3.2 POLA AYAT DASAR Ahli bahasa mempunyai pandangan yang berbeza tentang jumlah pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, struktur frasa digolongkan kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa-frasa tersebut digabungkan atau digandingkan antara satu dengan yang lainnya bagi membentuk pola ayat dasar bahasa Melayu. Pola ayat dasar dalam buku Tatabahasa Dewan terdiri daripada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat. Memperkatakan predikat bererti memperkatakan pola ayat kerana pola-pola ayat ditentukan dengan berdasarkan apa yang menjadi predikatnya. Pola Subjek Predikat Pola 1 (FN + FN) Balqis Frasa Nama pelajar sekolah. Frasa Nama Pola 2 (FN + FK) Miqhaeil Frasa Nama sedang makan nasi. Frasa Kerja. Pola 3 (FN + FA) Lelaki itu Frasa Nama pemurah. Frasa Adjektif Pola 4

(FN + FSN) Kakak Frasa Nama di dalam bilik. Frasa Sendi Nama Daripada pola-pola tersebut, jelas bahawa ayat dasar terdiri daripada satu frasa nama sebagai subjek dan satu frasa lagi sebagai predikat. Frasa yang dapat menjadi predikat ayat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Gabungan frasa-frasa tersebut membentuk ayat dasar bahasa Melayu. 3.3 CIRI-CIRI AYAT DASAR Ayat dasar dapat dikenal berdasarkan ciri-ciri yang berikut, iaitu: (a) Mengandungi satu klausa (b) Berpola Subjek-Predikat (susunan biasa) (c) Ayat penyata (d) Ayat aktif (e) Berpotensi untuk peluasan (f) Tidak mengandungi kata hubung (a) Mengandungi Satu Klausa Setiap ayat dasar mesti mengandungi satu klausa yang lengkap dan klausa tersebut perlu mengandungi satu subjek dan satu predikat. 5a. Ismaeel berdiri. 5b. Bahawa Ismaeel berdiri. Ayat 5a ialah ayat dasar kerana dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap, tidak bergantung pada bentuk lain, selain mengandungi satu subjek dan satu predikat. Namun, pada klausa 5b, klausa ini bukan lagi ayat dasar. Hal ini demikian kerana klausanya tidak lengkap dan terpaksa bergantung pada klausa yang lain. Sesebuah klausa lengkap itu hanya menjadi ayat dasar jika tidak ada bentuk yang lebih dasar daripada ayat dasar tersebut. Contohnya: 6. Pelajar-pelajar bersenam. 7. Bersenam menyihatkan badan. Ayat 6 dari segi makna lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat7. Ayat 7 walaupun mengandungi satu klausa, satu objek dan satu predikat, tetapi subjek ini ialah kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama. Dalam hal ini, subjeknya telah mengalami proses pengguguran dan tidak lagi mempertahankan frasa nama yang menjadi konstituen subjek dalam ayat dasar. (b) Berpola Subjek-Predikat Ayat dasar mempunyai struktur subjek-predikat. Susunan subjek-predikat seperti pada ayat 8a dan ayat 9a merupakan susunan biasa dan lebih dasar daripada susunan predikat-subjek seperti pada 8b dan 9b. Selain itu, dalam bahasa, unsur yang menjadi subjek sering disebut dahulu berbanding predikat. Ayat 8b dan 9b terbit daripada ayat 8a dan 9a. 8a. Irfan bermain bola di padang. 8b. Bermain bola Irfan di padang. 9a. Pokok kelapa itu tinggi. 9b. Tingginya pokok kelapa itu.

(c) Ayat Penyata Dilihat daripada kewujudannya, ayat penyata lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat jenis lain seperti ayat perintah atau ayat tanya. Ayat penyata seperti ayat 10 lebih jelas dari segi maknanya, malah strukturnya pula lebih lengkap berbanding daripada ayat jenis lain. Ayat perintah seperti 11 merupakan ayat yang tidak lengkap dari segi makna mahupun strukturnya kerana lebih cenderung untuk tidak menyebut orang yang diperintahkan. Demikian juga ayat tanya seperti pada ayat 12 dikatakan tidak lengkap tanpa disertai dengan jawapannya. 10. Hazim memakai baju. 11. Pakailah baju! 12. Adakah kau mahu memakai baju?

(d) Ayat Aktif Apabila predikat kata dasar mengandungi kata kerja, maka kata kerja tersebut mestilah kata kerja aktif. Hal ini demikian kerana ayat aktif lebih dasar daripada ayat pasif disebabkan oleh ayat pasif diturunkan daripada ayat aktif. Selain itu, ayat aktif lebih lengkap daripada ayta pasif kerana ayat pasif tidak boleh disertai pelaku. Hal ini tidak boleh berlaku dalam ayat aktif kerana ayat aktif tanpa pelaku menyebabkan ayat itu tidak lengkap. 13. Ibu mencium adik. 14.Adik dicium oleh ibu. 15. Adik dicium. (e) Berpotensi untuk Perluasan Setiap ayat dasar diperluas dengan menambahkan unsur-unsurnya. Hal ini demikian kerana ayat yang panjang adalah hasil daripada peluasan ayat dasar. Selain itu, ayat dasar dapat diperkembangkan atau diperluas bagi menerbitkan ayat jenis lain. Misalnya, ayat dasar 16 dapat menjadi ayat terbitan atau turunan kepada ayat 17 hingga 20. Ayat 17 mengalami perubahan struktur (perluasan predikat), ayat 18 mengalami perubahan erti nahuan (pengingkaran/ ayat positif kepada ayat negatif), ayat 19 mengalami perubahan fungsi (ayat penyata kepada ayat tanya), dan ayat 20 mengalami perubahan bentuk (ayat tunggal kepada ayat majmuk). 16. Hanani pandai. 17. Hanani mungkin paling pandai. 18. Hanani tidak pandai. 19. Hanani pandai, bukan? 20. Adawiah tahu bahawa Hanani pandai. (f) Tidak Mengandungi Kata Hubung Ayat dasar tidak mengandungi unsur yang boleh dihubungkan oleh kata hubung dengan unsur yang lain. 21. Setelah melihat Hazim, Husna membuka pintu. 22. Setelah melihat Hazim. 23. Husna membuka pintu. Ayat 21 bukan ayat dasar kerana terdiri daripada klausa yang mengandungi kata hubung setelah. Kehadiran klausa 22 selalu diikuti atau mengikuti klausa 23. Oleh sebab itu, klausa 22 tidak dapat berdiri sebagai ayat mandiri, sedangkan klausa 23 dapat menjadi ayat yang mandiri. Selain

itu, makna klausa 22 hanya dapat diketahui daripada klausa 23.

4.0 AYAT TERBITAN Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan daripada ayat dasar. Perubahan ini berlaku melalui tiga proses, iaitu penyusunan semula, peluasan dan pengguguran. Ayat yang dihasilkan melalui tiga proses ini dinamakan ayat terbitan atau ayat transformasi. 4.1 PROSES PENYUSUNAN SEMULA Ayat yang mengalami proses penyusunan semula ialah ayat yang diubah daripada ayat dasar kepada ayat bentuk baharu seperti ayat pasif, ayat yang mengandungi dua objek dan ayat songsang. Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam ben bentuk ayat baharu. Dalam proses penyusunan semula ayat ini, biasanya akan berlaku perubahan sama ada kata-kata tertentu telah diubah, diganti atau digugurkanbagi menerbitkan bentuk ayat baharu yang gramatis. Namun demikian, pada umumnya makana ayat tidak berubah walaupun ayat itu mengalami proses penyusunan semula. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat, iaitu: 4.1.1 Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif 4.1.2 Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat 4.1.3 Penyusunan semula menjadi ayat songsang

4.1.1 Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif Menjadi Subjek Ayat Pasif Penyusunan semula ayat terbitan jenis ini berlaku melalui proses menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Frasa nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif dalam contoh berikut: Ayat aktif: Mikael menendang bola. Ayat pasif: Bola ditendang oleh Mikael. Bola yang menjadi objek dalam ayat aktif diubah dan disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif. 4.1.2 Penyusunan Semula Objek Sipi Menjadi Objek Tepat Penyusunan semula boleh dilakukan pada ayat yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi dalam ayat 1, buku disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat 2: 1. Pengetua menghadiahi Aisyah buku. 2. Pengetua menghadiahkan buku kepada Aisyah. Buku menjadi objek sipi dalam ayat 1 diubah dan disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat 2. 4.1.3 Penyusunan Semula Menjadi Ayat Songsang Penyusunan semula ayat boleh dilakukan dengan cara menyongsangkan ayat. Maksudnya ayat biasa disusun semula menjadi ayat songsang. Perhatikan contoh yang berikut: 1. Anak lelaki Pak Hamid melanjutkan pelajaran ke universiti. 2. Melanjutkan pelajaran ke universiti, anak lelaki Pak Hamid. Bahagian predikat dalam ayat 1 diubah tempat dan disusun semula menjadi ayat songsang.

Perhatikan contoh yang berikut:

4.2 PROSES PELUASAN Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yang ditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Malaysia terdapat beberapa jenis proses peluasan, antaranya: 4.2.1 Peluasan frasa nama sebagai subjek 4.2.2 Peluasan frasa nama sebagai predikat 4.2.3 Peluasan dengan kata hubung 4.2.4 Peluasan melalui proses komplementasi

4.2.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain. Contohnya: Ayat (1) dipancangkan masuk dengan ayat (2) untuk menjadi ayat (3): 1. Doktor itu memeriksa pesakit. 2. Doktor itu abang saya. 3. Doktor yang memeriksa pesakit itu abang saya. Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa subjek doktor itu yang sama atau serupa yang sepatutnya berulang dalam ayat, tetapi digugurkan.

4.2.2 Peluasan Frasa Nama Sebagai Predikat Peluasan frasa nama sebagai predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat yang digugurkan. Contoh ayat 1 dipancang masuk ke dalam ayat 2 menjadi ayat 3. 1. Kakak saya membaca novel. 2. Novel itu tebal. 3. Kakak saya membaca novel yang tebal. Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu novel itu.

4.2.3 Peluasan Dengan Kata Hubung Peluasan ayat melalui penggunaan kaya hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika, walaupun, sungguhpun, kerana dan sebagainya. Berikut adalah contoh-contohnya:

1a. Azli membaca akhbar. 1b. Azman membaca akhbar. menjadi 1c. Azli dan Azman membaca akhbar. 2a. Aqeim membuat lawatan ke Terengganu. 2b. Rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu. menjadi 2c. Aqeim serta rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu. 3a. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu. 3b. Ia menembaknya. menjadi 3c. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu, lalu ia menembaknya. 4a. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin. 4b. Dia sakit. menjadi 4c. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin kerana dia sakit.

4.2.4 Peluasan Melalui Proses Komplementasi Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemen atau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata komplemen bahawa seperti dalam ayat 3 yang berikut: a. Askar itu melaporkan (sesuatu) b. Dia telah membunuh tiga orang musuh. menjadi c. Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh.

4.3 PROSES PENGGUGURAN Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek, mahupun bahagian predikat. Salah satu daripada unsur yang sama yang tidak perlu diulang itu digugurkan, misalnya subjek yang sama, atau kata kerja yang sama, atau objek yang sama. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu: 4.3.1 Pengguguran frasa nama sebagai subjek 4.3.2 Pengguguran frasa predikat 4.3.3 Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

4.3.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek Pengguguran frasa nama sebagai subjek berlaku melalui dua proses berikut: 4.3.1.1 Pengguguran subjek dalam ayat perintah

4.3.1.2 Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

4.3.1.1 Pengguguran Subjek Dalam Ayat Perintah Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri orang kedua, seperti kamu, awak, anda dan seumpamanya. Contohnya: Ayat perintah: a. Kamu keluar menjadi b. Keluar! Ayat perintah: a. Awak semua pergi. menjadi b. Pergi! 4.3.1.2 Pengguguran Subjek Yang Serupa Dalam Ayat Majmuk Dalam membina ayat majmuk melalui penggabungan dua ayat dasar atau lebih, kerap terdapat subjek yang sama dan berulang. Dalam hal ini, subjek yang sama itu salah satu daripadanya perlu digugurkan dalam ayat majmuk seperti dalam contoh berikut: 1a. Ramlan sangat gembira. 1b. Ramlan memenangi pingat emas. menjadi 1c. Ramlan sangat gembira kerana memenangi pingat emas.

4.3.2 Pengguguran Frasa Predikat Pengguguran frasa predikat dalam bahasa Malaysia berlaku melalui dua cara: 4.3.2.1 Pengguguran seluruh frasa predikat 4.3.2.2 Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat 4.3.2.1 Pengguguran Seluruh Frasa Predikat Dengan pengguguran seluruh frasa predikat dimaksudkan pengguguran sebarang frasa predikat yang sama atau serupa dalam ayat majmuk. Maksudnya, jika terdapat mana-mana frasa, baik frasa nama atau frasa kerja atau frasa adjektif ataupun frasa sendi nama yang sama atau serupa dalam ayat majmuk, maka satu daripadanya perlu digugurkan supaya tidak berulang dalam ayat. Berikut diberikan contohnya: 1. Pengguguran Frasa Nama Predikat Yang Serupa a. Heykal mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. b. Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. menjadi c. Heykal dan Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2. Pengguguran Frasa Adjektif a. Bapa sangat rajin. b. Anaknya sangat rajin.

menjadi c. Bapa dan anaknya sangat rajin. 3. Pengguguran Frasa Sendi Nama a. Pak Dollah ke Australia. b. Isterinya ke Australia. menjadi c. Pak Dollah dan isterinya ke Australia.

4.3.2.2 Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat Dalam ayat terbitan yang dibina turut berlaku pengguguran bahagian-bahagian tertentu dalam bahagian frasa predikat. Antaranya pengguguran: 4.3.3.1 Oleh + FN dalam ayat pasif 4.3.3.2 Kata Bantu Yang Serupa 4.3.3.3 FN sebagai objek yang serupa 4.3.3.4 FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif

4.3.2.1 Pengguguran oleh + FN yang hadir Dalam ayat pasif frasa sendi nama oleh + FN yang hadir selepas kata kerja transitif boleh digugurkan dalam contoh berikut: a. Penjahat itu ditangkap oleh polis. b. Penjahat itu ditangkap polis.

4.3.2.2 Pengguguran Kata Bantu yang Serupa Dalam menggabungkan ayat-ayat tunggal yang mengandungi kata-kata bantu yang serupa, kata bantu tersebut boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja dalam ayat gabungan yang baharu seperti dalam contoh berikut: a. Mawi boleh berlakon. b. Mawi boleh menyanyi. menjadi c. Mawi boleh berlakon dan menyanyi. 4.3.2.3 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek yang Serupa Sekiranya dalam ayat-ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi majmuk, terdapat frasa nama sebagai objek yang serupa, maka objek itu digugurkan sehingga tinggal satu objek sahaja seperti dalam contoh berikut: a. Polis mengejar penjahat itu. b. Polis menangkap penjahat itu. menjadi c. Polis mengejar dan menangkap penjahat itu.

4.3.2.4 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek Selepas Kata Kerja Yang Membawa Makna Adjektif Frasa nama sebagai objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh digugurkan seperti dalam contoh berikut: a. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan kami. Menjadi b. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan.

4.3.3 PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu direlativasikan dan digantikan dengan kata relatif seperti dalam contoh berikut: a. Penceramah itu bapa saya. Penceramah itu memakai baju Melayu. menjadi b. Penceramah yang memakai baju Melayu itu bapa saya. menjadi c. Yang memakai baju Melayu itu bapa saya.

5.0 PENUTUP Kesimpulannya, ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur klausa yang terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk daripada perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaanbinaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Salah satu kaedah menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya, maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya... Dicatat oleh Rieeidz Vann Dzyeien di Rabu, Februari 23, 2011

Ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986) Menurut Zainal Abidin Ahmad (Zaba) menyatakan bahawa Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukupp kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah menjadi ayat Manakala menurut Asmah Haji Omar Ayat ialah unit paling tinggi dalam s kala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang fisertai dengna intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai

Konklusinya Ayat mengandung kriteria yang berikut Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Makna yang lengkap dan sempurna. Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Intonasinya sempurna.

Binaan ayat
Ayat Bahagian ayat yang menerangkan subjek

Bahagian ayat yang di terangkan Predikat

Subjek

Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayt majmuk. Dalam bahasa Melayu, pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap iaitu mempunyai empat pola seperti yang berikut:

Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Encik Zainal + pengurus syarikat. Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Anak mereka + sedang tidur. Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Baju itu + merah. Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Rumah saya + di Negeri Sembilan.

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Contoh : Ahmad membaca buku. (aktif transitif) Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)

Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh :Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif) Teksi itu menuju ke utara. (aktif tak transitif)

Ayat Pasif Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif didan ter-. Contoh : I. II. III. Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin. Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi. Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.

IV.

Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Contoh : I. II. III. Rumah itu sudah saya catkan semalam. Bola itu saya sepak. Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya

3. Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan. Contoh : a. Perompak itu kena tangkap oleh polis. b. Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa. c. Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.

Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh : a. Ibu Fatimah doktor.

b. Mereka membaca majalah itu. c. Ahmad ke pasar petang semalam.

Ayat tranformasi Penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. Fungsi,mengubah aturan atau struktur ayat serta menggugurkan atau memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Kesan proses transformasi yang mengakibatkan

pengguguran,penyusunan semula dan peluasan.

http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/09/ayat.html

DEFINISI, ANALISIS DAN PENGAJARAN AYAT DAN FRASA BAHASA MELAYU


oleh Salisah binti Rasimin (PAPM Semester II, April 1997)

PENDAHULUAN Kerja kursus berportfolio (KKB) kali ini menghendaki pengkajian, penyelidikan dan penganalisisan intensif tentang ayat dan frasa dalam bahasa Melayu. Bahan rujukan utama merupakan bahan yang berprestij karangan penulis veteran dan berautoriti seperti Prof. Asmah Haji Omar, Prof. Nik Safiah Karim, Zaaba, Prof. Abdullah Hassan dan lain-lain. Objektif langsung tugasan ini ialah guru pelatih dapat merumus, memahami konsep dan membandingbezakan frasa dan ayat dalam bahasa Melayu. KESUKARAN PROSEDUR

Pada awal tugasan ini, saya menghadapi kesukaran mencari bahan kerana bahan yang berkaitan terhad sedangkan bilangan guru pelatih yang memerlukannya ramai. Saya terpaksa berkejar ke sana ke mari dan bertanya rakan dalam dan luar opsyen untuk mendapatkan bahan. Oleh kerana tugasan kali ini cukup mencabar dan memerlukan inisiatif dan kreativiti yang tinggi, saya perlu memperoleh bahan secepatnya supaya dapat menghasilkan KKB yang terbaik.

Bagi mengatasi masalah ketandusan bahan rujukan tersebut, saya telah memfotokopi bahan daripada rakan-rakan yang terlebih dahulu mendapatkannya dari pusat sumber atau punca-punca lain. Namun demikian, saya dan rakan-rakan gagal memperoleh karya Nik Safiah Karim secara individu; yang ada hanya gabungan idea beliau bersama tiga orang penulis lain dalam buku Tatabahasa Dewan. Apabila kami mengadukan hal tersebut kepada pensyarah, beliau menyarankan agar kami menggunakan buku pakar yang lain seperti Lutfi Abas dan Sutan Takdir Alisjahbana. Saya bersyukur kerana pensyarah telah meminjamkan saya buku Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia milik beliau untuk rujukan tambahan. PERBANDINGAN

Setelah membuat kajian, saya mendapati kebanyakan pakar memberi definisi ayat dan frasa dengan menggunakan gaya bahasa yang tersendiri tetapi tetap menghala ke arah maksud yang sama. Contohnya ialah Zaaba. Beliau menggunakan gaya bahasa klasik yang sesuai dengan gaya pemikiran pada zamannya. Penerangannya berjela-jela dan agak sukar difahami jika dibaca sepintas lalu. Lutfi Abas pula memberi definisi yang ringkas, padat dan ilmiah. Menurut beliau, ayat adalah suatu bentuk linguistik yang dapat berdiri sendiri secara sintaksis dan fonologis. Sementara kumpulan penulis pilihan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap, terbentuk daripada satu atau lebih perkataan yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan. Walaupun definisi ini agak panjang, namun definisi ini lebih mudah difahami kerana ciri-ciri ayat terhimpun dalam satu definisi. Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan

subjek ayat. Istilah FB dan FK ini agak sukar difahami oleh pengkaji baharu seperti saya. Setelah meneliti penjelasan daripada Asmah Haji Omar, baharulah saya faham maksud dan peranan istilah tersebut. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predikat ayat. Terdapat penulis yang membanding beza dahulu pola-pola dasar yang dibuat oleh penulis-penulis lain kemudian mengubahsuainya untuk menghasilkan pola dasar sendiri. Contohnya Abdullah Hassan yang menghasilkan pola dasar selepas membandingkan pendapat Asmah dan Subbiah dengan pendapat Halimah. Pola dasar beliau ada enam iaitu: 1. Kata Nama + Kata Nama 2. Kata Nama + Kata Kerja Tak Transitif + (Kata Verb) 3. Kata Nama + Kata Sifat 4. Kata Nama + Kata Kerja Transitif + Kata Nama 5. Kata Nama + Ada/Punya + Kata Nama 6. Ada + Kata Nama + Kata Verb Tempat/Waktu Pada pendapat saya, pola dasar yang dibuat oleh kumpulan penulis Tatabahasa Dewan lebih mudah difaham dan diingat kerana, selain ringkas dan padat, istilah yang mereka gunakan juga mudah. Pola-pola dasar mereka ialah 1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Berdasarkan kajian dan perbandingan pendapat pakar bahasa, kolaborasi dengan rakan dan pensyarah, boleh dikatakan kefahaman saya tentang tajuk ini semakin baik dan berkembang. Dapat dirumuskan bahawa satu ungkapan yang panjang tidak semestinya ayat. Begitu juga sesuatu ungkapan yang pendek itu tidak semestinya frasa. Ungkapan yang pendek itu mungkin boleh bertaraf ayat jika sempurna maksudnya dan terletak di antara dua kesenyapan. Abdullah Hassan menyebutnya sebagai ayat tidak sempurna kerana ia boleh berdiri sendiri walaupun tidak mempunyai pola dasar. Contohnya #lihat#. Jika kita mendengar pengucapan ayat itu, sebagai pendengar sudah tentu kita boleh memahami maksud perintah yang terkandung di dalamnya walaupun subjeknya tidak dinyatakan. Jelasnya, ayat ini hanya sempurna dari sudut fonologi sedangkan dari sudut sintaksis ia kurang sempurna. Oleh itu ia tidak dikatakan ayat. Ini dijelaskan oleh Lutfi Abas. Menurut beliau, ayat mesti boleh berdiri secara sintaksis dan fonologis, bukan sintaksis atau fonologis. Dengan perkataan lain, ayat itu boleh difahami secara lisan dan tulisan tanpa mengabaikan subjek dan predikatnya. Saya berpendapat bahawa frasa adalah serupa dengan rangkai kata. Hal ini demikian kerana menurut Asmah Haji Omar, frasa dalam pengertian tradisional adalah dua perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai

subjek dan predikat. Oleh itu, seandainya diberi dua kata yang berturutan tanpa subjek dan predikat, pasti ia adalah rangkai kata. Frasa itu sendiri merupakan perkataan Inggeris "phrase" yang dimelayukan menjadi frasa. Menurut Kamus Progresif Inggeris-Melayu 1992, "phrase" bermaksud gatra atau penggalan kata yang menjadi bahagian dalam ayat. Gatra atau penggalan kata tersebut samalah dengan maksud "unsur-unsur ayat". Oleh itu rangkai kata yang juga dijadikan unsur dalam ayat sebenarnya adalah frasa. Tambahan pula rangkai kata adalah istilah termudah dan makna terhampir bagi kepada "dua perkataan berurutan" seperti dalam definisi frasa oleh Asmah Haji Omar. Walau bagaimanapun tidak selamanya frasa itu adalah rangkai kata kerana frasa boleh terdiri daripada deretan perkataan yang lebih panjang daripada rangkai kata, sedangkan rangkai kata lazimnya dua perkataan sahaja. Ringkasnya, frasa dikatakan serupa dengan rangkai kata pada ketika konstruksinya bertepatan dengan konstruksi rangkai kata. Kaitan frasa dengan rangkai kata serupa dengan kaitan antara frasa dengan klausa, iaitu unit yang lebih kecil boleh sama konstruksi dengan unit yang lebih besar tetapi unit yang lebih besar kadang kala tidak boleh menjadi sama dengan unit yang kecil.

MENGANALISIS AYAT Bagi tugasan menganalisis ayat daripada cerpen, saya telah menganalisis tiga ayat seperti yang didemonstrasikan oleh pensyarah di bilik kuliah sebelumnya. Pada peringkat awalnya terdapat beberapa kesilapan penaakulan yang telah dikesan oleh pensyarah. Saya terpaksa membetulkannya semula. Akan tetapi ada juga analisis yang saya pertahankan setelah menyemak dengan teliti sumber-sumber yang berkenaan. Walau bagaimanapun kesilapan ini memberi pengajaran agar pada masa akan datang saya lebih berhatihati dan dapat berdiri di atas hujah-hujah sendiri yang kukuh. Harapan saya, apa yang telah saya kemukakan adalah benar dan tidak menyimpang daripada rumus-rumus nahu yang telah ditetapkan walaupun kemungkinan ia akan berubah mengikut peredaran zaman. Jika terdapat hujah-hujah saya bercanggah daripada landasan linguistik, teguran membina amat saya harapkan, supaya kelak tidak ada murid yang mewarisi kedangkalan ilmu gurunya. BAHAN SUMBER MENGAJAR

Bagi tugasan terakhir iaitu membina bahan sumber mengajar, saya telah memilih bahan berbentuk cerita bergambar berserta soalan-soalan latihan. Saya mengaggapnya sesuai kerana bahan sumber seperti ini sering diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu tahun tiga dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini terbukti apabila saya mendapati kemahiran yang berkaitan dengan bahan tersebut ada dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Tiga. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah: 1.32 Bercerita berpandukan gambar-gambar atau keadaan sebenar. 2.17 Membaca dan memahami perkataan dan ayat. 3.20 Menyusun dan menulis ayat-ayat yang sesuai mengikut urutan isi. Bahan bantu tersebut sesuai untuk sesi pengajaran satu jam dan boleh menggabungjalinkan tiga kemahiran bahasa iaitu membaca, menulis, dan lisan. Walau bagaimanapun saya, masih musykil mengenai isi kandungan bahan bantu itu. Adakah ia sesuai atau terlalu mudah untuk murid sasaran? Menjawab persoalan ini, guru Bahasa Melayu tahun tiga S.K. Timbou, Tambunan, Puan Julita Impas menyatakan bahawa isi kandungan bahan itu sudah memadai dan lebih daripada sesuai untuk murid tahun tiga. Menurutnya, jika taraf isinya agak tinggi, kemungkinan besar murid tidak dapat mengikuti isi pengajaran yang hendak disampaikan. Puan Julita, 26 tahun, bekas pelatih Maktab Perguruan

Keningau, menyatakan demikian berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai guru Bahasa Melayu selama lima tahun, termasuk setahun di tahun tiga. Saya telah bertemu bual dengan beliau pada 1 April 1997 iaitu pada minggu pertama saya menjalani praktikum di sekolah tempat beliau bertugas.

PENUTUP Setakat ini, alhamdulillah, saya berpuas hati dengan kerja kursus yang telah saya siapkan ini walaupun kemungkinan terdapat kekurangan dari mana-mana sudut yang tidak saya sedari. Saya amat mengharapkan teguran dan maklum balas dari mana-mana pihak agar dapat saya menghasilkan kerja kursus yang lebih baik pada masa akan datang.

Sesungguhnya hidup atau matinya suatu ilmu itu bergantung generasi yang memilikinya.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1995. Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Shah Alam: Fajar Bakti. Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Haji Hussin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997. Ketrampilan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Lutfi Abas, 1985. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang, 1995. Asas Pendidikan 3, Kurikulum dan Praktikum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Nik Safiah Karim et. al., 1996. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://monazman.blogspot.com/2013/06/elemen-sintaksis-ayat-tunggal-dan-ayat.html(perlu dibuka)

You might also like