You are on page 1of 3

JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK

JALAN DILPOMATIK OFF JALAN BAKO,


PETRA JAYA
93604 KUCHING
SARAWAK

Telefon

: 082-473473/473642/473652

Faks

: 082-473478/473668

Kawat

: PENDIDIKAN

Ruj. Kami : JPS(W)/SPPK(Asr)/153/01/07/03JLD.5(02)


Tarikh

30 Januari 2013

Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
Sekolah Berasrama Harian,
Sarawak.
Tuan,
PELANTIKAN WARDEN ASRAMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dengan ini tuan dipelawa untuk memperakukan calon guru yang layak dan
sesuai menjadi warden asrama untuk sekolah tuan. Bilangan calon yang diperakukan
hendaklah berdasarkan bilangan sebenar murid yang tinggal di asrama atau jumlah
peruntukan tempat asrama yang diluluskan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak mengikut mana yang lebih rendah. Jika bilangan
sebenar penghuni asrama melebihi jumlah peruntukan tempat asrama yang diluluskan,
pihak tuan perlu mendapat kelulusan peruntukan tempat tambahan asrama terlebih
dahulu daripada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak sebelum
pertambahan warden asrama dapat dipertimbangkan.
3.
Calon yang layak dipertimbangkan untuk menjalankan tugas warden asrama
hendaklah terdiri dari kalangan guru terlatih yang telah dilantik dalam perkhidmatan
serta boleh memikul tanggungjawab tersebut sepanjang sesi persekolahan. Jika
penghuni asrama terdiri daripada murid lelaki dan perempuan, sila pastikan bilangan
calon lelaki dan perempuan yang diperakukan menjadi warden asrama hendaklah
berpatutan mengikut nisbah tersebut.
4.
Warden/Ketua Warden yang dilantik seboleh-bolehnya hendaklah tinggal di
kawasan sekolah (surat Kementerian Bil. KP. 1573/64/Jld.2/145 bertarikh 16 Mac 1995
adalah berkaitan).
5.
Untuk makluman tuan, mulai 01 Januari 2013, Jabatan ini menurunkan kuasa
bagi meluluskan permohonan permohonan lantikan warden kepada Pegawai Daerah
Pelajaran masing-masing.

6.
Sila ambil maklum bahawa tempoh sah pelantikan warden sedia ada akan sah,
selagi ia diperlukan dan warden berkenaan tidak perlu untuk mengemukakan
permohonan pelantikan baru setiap tahun. Bagaimanapun bagi lantikan warden gantian
dan tambahan ia hendaklah dimajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing,
dengan menggunakan Lampiran IJ (SPPK 6/95) dan Borang Kew.32 (Pin 5/67). Sila
pastikan segala butir maklumat dalam borang berkenaan dilengkapisikan dengan betul.
7.
Setiap Pusat Tanggungjawab adalah diingatkan bahawa pembayaran elaun
warden hanya boleh diproses selepas Lampiran IJ (SPPK 6/95) dan Borang Kew.32
(Pin 5/67). diperakukan sah kelulusannya oleh Pegawai Pelajaran Daerah.

8.

Bersama ini disertakan perkara berikut untuk rujukan dan tindakan tuan.
8.1
Tatacara lantikan warden
8.2
Lampiran IJ (SPPK 6/95)
8.3
Borang Kew.32 (Pin5/67)
8.4
Borang Penamatan Warden

9.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut sila hubungi En. Selamat
Markosen di talian 082-473642.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
-SURAT ASAL DITANDATANGANI OLEH[ ABDILLAH ADAM ]
Pengarah Pelajaran
Sarawak
s.k

Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pejabat Pelajaran Daerah.

Pelantikan Warden Asrama smk 2013/CRFA/SM/is

s.k.

1.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
93604 KUCHING.

2.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
95000 SRI AMAN.

3.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
96000 SIBU.

4.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
98007 MIRI.

5.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
97008 BINTULU.

6.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
96100 SARIKEI.

7.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
98700 LIMBANG.

8.

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Cawangan Sarawak,
96800 KAPIT.

You might also like