You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGHADAPI BANJIR

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGHADAPI BANJIR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Sekolah Yang Dilanda Banjir : 1.1 Langkah-langkah awal sekolah: 1.1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2009) untuk menyediakan perancangan serta mengatur strategi menghadapi bencana. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. Mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan kaji cuaca dan banjir melalui siaran radio, televisyen, akhbar dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di alamat : http//www.kjc.gov.my. Menyimpan document dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat (terutamanya jika sekolah yang memang kerap atau mudah dilanda banjir). Memastikan bilik yang menyimpan buku teks di tempatkan di tingkat atas (sekiranya sekolah berkenaan mempunyai bangunan lebih dari satu tingakt). Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor telefon jabatan-jabatan atau individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau banjir. Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau banjir berlaku : a. Loud hailer b. Portable radio c. Lampu suluh kalis air d. Tali 1.1.8 Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan disediakan dan disimpan di tempat yang tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk mengelakkan bekalan makanan murid tidak putus sementara menunggu bantuan dari luar. Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Jaket keselamatan boleh dipinjam dari Pusat Kokurikulum berdekatan.

1.1.2

1.1.3

1.1.4

1.1.5

1.1.6

1.1.7

1.1.9

1.1.10

Menigkatkan pengawal keselamatan, guru-guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Bencana Sekolah.

1.2 Tindakan Sekolah-Sekolah Semasa Banjir : 1.2.1 Memaklumakan ddengan segera kepada Jabatan-Jabatan (JPN, PPD, Polis, Bomba dll) serta individu (PIBG dan Ibu bapa) seperti yang tersenarai dalam Jawatankuasa Bencana Sekolah untuk mendapatkan bantuan. Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang lebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Bencana (Banjir) peringkat bahagian, negeri atau daerah. Meminta bantuan penduduk kampong atau taman perumahan setempat untuk memindahkan harta benda sekolah dengan segera. Memutuskan bekalan elektrik di permis yang di landa najir untuk mengelakkan bahaya litar pintas. Mengatur supaya guru-guru yang kawasan perumahan mereka dilanda banjir agar dapat bertugas di sekolah yang berhampiran dengan kediaman mereka ( sekiranya terdapat sekolah yang tidak terlibat dengan banjir ). Mengurus supaya murid-murid yang tempat kediaman mereka tidak dilanda banjir agar dapat ditumpangkan belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir sehingga banjir surut. Meghubungi pihak JPN/PPD untuk mendapatkan panduan dan tindakan yang perlu diambil oleh sekolah. Pastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah jika permis sekolah tidak ditenggelami banjir sepenuhnya.

1.2.2

1.2.3

1.2.4

1.2.5

1.2.6

1.2.7

1.2.8

1.3 Tindakan Sekolah Setelah Banjir Surut : 1.3.1 Mengatur supaya diadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatanjabatan berkaitan. Menghubungi dan memaklumkan bencana tersebut kepada agensi kerajaan berkaitan. Memanggil juruteknik bertauliah dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan pendawaian bangunan yang ditenggelami banjir sebelum digunakan. Menyenaraikan jumlah kerosakan alat/perabot (kerusi, meja, almari dll) untuk direkod bagi tujuan pelupusan. Mengadakan gotong-royong bersama PIBG untuk memperbaiki kerusi, meja dan peralatan yang tidak mengalami kerosakan teruk. Mengenalpasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu dimaklumkan ke JPN/PPD untuk mendapat bantuan tersebut. Mengatur pinjaman buku teks dari sekolah yang tidak terlibat dengan banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada berlebihan stok) Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah buku teks yang diperlukan kepada JPN dan PPD. Pihak sekolah boleh membuat pesanan terus kepada penerbit (rujuk catalog yang telah dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM). Mengatur pinjaman peralatan (kerusi, meja dll) dari sekolah yang tidak terlibat banjir dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada berlebihan stok). Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-lain yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD dan JPN. Pesanan ini perlu dibuat dengan SEGERA. Memaklumakn kepada semua guru, staf sokongan, PIBG dan ibu bapa tentang tarikh sekolah akan beroperasi semula. Memaklumakn kepada murid-murid yang kediaman mereka dilanda banjir bahawa mereka boleh dating ke sekolah menggunakan pakaian biasa sekirannya pakaian mereka telah musnah semasa banjir. Menggalakkan murid-murid yang kediaman mereka tidak terliabt dengan banjir / telah pulih dari dilanda banjir untuk dating ke sekolah. Menjemput Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid sekolah. Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kewangan (KWAP) kepada murid-murid Tahun 2 Tahun 6. Mengaturkan pemilihan segera murid-murid tahun 1 dan Tingkatan 1 yang layak untuk menerima bantuan.

1.3.2

1.3.3

1.3.4

1.3.5

1.3.6

1.3.7

1.3.8

1.3.9

1.3.10

1.3.11

1.3.12

1.3.13

1.3.14

1.3.15

1.3.16

Menyegerakan pengagihan biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada muridmurid. Mengaturkan pungutan derma kilat (berbentuk wang ringgit, pakaian-pakaian terpakai, pakaian seragam sekolah atau peralatan sekolah) dengan kerjasama PIBG. Pungutan hendaklah dibuat dalam kalangan guru-guru, staf sokongan dan ibu bapa setempat yang tidak terlibat dengan bencana banjir. Derma yang berupa wang hendaklah diagihkan segera kepada murid-murid, guru-guru dan staf sokongan yang memerlukan. menyediakan laporan terperinci untuk dihantar ke PPD dan JPN.

1.3.17

1.3.18

2. Sekolah yang Menjadi Pusat Penempatan Sementara Magsa Banjir: 2.1 Tindakan Sekolah-sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa banjir Sebelum Banjir Melanda Kawasan Berkaitan:

2.1.1 2.1.2

Memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih da terkawal setiap masa. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bilik mandi dan tandas serta peralatan yang berkaitan dengannya dalam keadaan baik. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PPD sekirannya sekolah dicadangkan untuk menjadi pusat penempatan Sementara Mangsa Banjir. Mengenalpasti permis yang boleh dibenarkan untuk digunakan sekiranya penempatan mangsa banjir dilaksanakan. Keutamaan untuk penempatan mangsa adalah dicadangkan di dewan sekolah, bilik-bilik darjah, kantin dan asrama. Cuba elakkan penggunaan pejabat sekolah, bilik guru, makmal, perpustakaan, bengkel-bengkel serta stor sukan untuk tujuan tersebut. Sediakan tong sampah yang secukupnya untuk kegunaan premis-premis yang telah dikenal pasti tadi. memaklumkan perkara ini kepada semua guru, staf sokongan, murid-murid dan PIBG.

2.1.3

2.1.4

2.1.5

2.1.6

2.2

Tindakan Sekolah-Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa banjir Semasa Banjir Melanda Kawasan Berkaitan : 2.2.1 Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bantuan Banjir Peringkat Daerah untuk menempatkan mangsa banjir di sekolah. Meminjamkan tilam asrama (jika diperlukan). Merekodkan segala peralatan sekolah yang dipinjamkan untu tujuan audit.

2.2.2 2.2.3

2.2.4 2.2.5

Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di kantin (jika diperlukan). Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa sekiranya premis yang digunakan tidak menggunakan bilik darjah murid. Sekiranya bilik darjah digunakan sebahagiannya untuk menempatkan mangsa banjir, murid-murid bolehlah di tempatkan dengan berkongsi kelas atau sekolah perlu menetapkan kelas secara bergilir-gilig untuk hadir ke sekolah. Keutamaan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan iaitu darjah 6, tingkatan 3 dan 6. Mengenalpasti murid-murid dalam kalangan mangsa banjir yang boleh ditumpangkan belajar di sekolah berkenaan serta mengaturkan urusan dan keperluan persekolahannya. Membuka kelas sesi petang untuk menumpangkan murid dan guru bagi sekolah yanag berhampiran yang dilanda banjir. Jika murid diminta bercuti kerana permis digunakan sepenuhnya, pastikan hari persekolahan tersebut digantikan sebanyak mana cati telah dibuat pada hari Sabtu yang ditetapkan. Pastikan PIBG, ibu bapa dan murid dimaklumkan tentang perubahan tersebut. Memastikan guru kaunselor dan guru bimbingan dapat membantu memberikan khidmat nasihat kepada mangsa banjir yang ditempatkan disekolah. Menugaskan guru-guru secara bergilir-gilir untuk membantu Jawatankuasa Bencana Pernigkat Daerah menjalalkan tugas. Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan keselamatannya oleh pengawal keselamatan sekolah. yang terkawal

2.2.6

2.2.7

2.2.8

2.2.9

2.2.10

2.2.11

2.2.12

Melaporkan kepada Bilik Gerakan banjir PPD atau JPN dari masa ke semasa tentang status dan keadaan terkini pengurusan penempatan mangsa banjir di sekolah.

2.3

Tindakan Sekolah-Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa banjir Selepas Banjir Melanda Kawasan Berkaitan: 2.3.1 Mengadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan dan premis yang digunakan sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan, murid-murid, PIBG dan masyarakat setempat. Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di permis kepada PPD dan JPN. Menyediakan laporan terperinci untuk PPD dan JPN.

2.3.2

2.3.3

3. Sekolah Yang Menumpangkan Murid-Murid Dari Sekolah Yang Banjir: 3.1 Membuat hebahan tentan cadangan sekolah untuk menumpangkan murid-murid dari sekolah yang dilanda banjir. Meneriam murid-murid dan guru-guru yang menumpang tanpa syarat. Menyediakan senarai kehadiran murid-murid dan guru-guru. Murid-murid hendaklah ditumpangkan mengikut tahap kelas ataupun tingkatan. Melaporkan status terkini kepada PPD dan JPN.

3.2 3.3 3.4 3.5

You might also like