You are on page 1of 3

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH

KM.6 JALAN ROMPIN-ENDAU


26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR
Laman web: http://www.kvsas.edu.my
Tel : 09-414 6622
Faks : 09-414 1988

Ruj. Kami : CHA8001.100-3/3/Jld.01 ( )


Tarikh : 19 JUN 2020

Ibu Bapa / Penjaga


Pelajar Tahun 2 SVM dan Tahun 2 Diploma,
KV Sultan Ahmad Shah,

Tuan/Puan,

PEMBUKAAN SEMULA KOLEJ VOKASIONAL BAGI SESI PENGAJIAN 2020/2021


DI KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada surat siaran daripada KPM dan BPLTV yang bertarikh 12 Jun 2020
(KPM.600-8/6/1 (20)), adalah dimaklumkan bahawa semua kolej vokasional telah diarahkan
untuk pembukaan semula pengajian mulai 24 Jun 2020 (Rabu).

3. Mode pengajian yang akan dilaksanakan adalah mengikut Takwim Pengajian Akademik
di bawah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu Model Penggiliran bagi
mematuhi Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKM) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).

4. Sehubungan itu, bagi sesi 1 Tahun 2020 (Kumpulan 1), pengajian hanya melibatkan
pelajar Tahun 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Tahun 2 Diploma iaitu bermula pada
24 Jun 2020 sehingga 17 Ogos 2020.

5. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, pelajar perlu melapor diri di asrama pada 23 Jun
2020 (Selasa) mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang di hadapan bilik Penyelia Asrama. Bagi
melancarkan proses melapor diri di asrama, tuan/puan diminta merujuk Garis Panduan
Pendaftaran Pelajar Asrama di lampiran yang disertakan bersama surat ini.

6. Pihak kolej juga ingin memaklumkan bahawa persediaan yang telah dibuat bagi
pembukaan kolej ini adalah merujuk kepada Garis panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Garis Panduan Pengajaran dan
Pembelajaran Pembukaan Kolej Vokasional oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (BPLTV).
7. Kerjasama dan keprihatinan daripada ibu bapa/penjaga sangat dihargai untuk
memastikan hanya pelajar yang sihat dan tidak bergejala sahaja yang dibenarkan hadir ke kolej.
Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi En. Mohd Razik bin Khalid (0132226239-
Asrama) atau Pn Haslina bt Mohd Zain (0199323295 – akademik).

Segala kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(HASLINA BINTI MOHD ZAIN)


b.p. Pengarah
Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.
GARIS PANDUAN MELAPOR DIRI DI ASRAMA
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH

Garis panduan ini dibuat adalah bagi mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara
(MKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkan penularan
COVID 19, terutamanya di kawasan kolej.
Di samping itu, garius panduan ini juga dapat memberi panduan kepada ibu
bapa/penjaga membuat persediaan sebelum menghantar/membenarkan pelajar
kembali ke asrama.

1. Pendaftaran hanya boleh dibuat pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh pihak asrama sahaja.

2. Hanya SEORANG PENJAGA dibenarkan menghantar pelajar sehingga ke


kawasan asrama yang ditetapkan.

3. Ibu bapa/Penjaga perlu merekodkan maklumat diri (QR Code atau Buku
Pelawat) dan bacaan suhu di pondok pengawal keselamatan sebelum
dibenarkan masuk ke kolej.

4. Ibu bapa/Penjaga perlu memastikan pelajar membawa perkara-perkara berikut


sewaktu melapor diri :

BIL ITEM WAJIB DIGALAKKAN


1 Sejadah (lelaki & perempuan) /
2 Telekung Solat (perempuan) /
3 Sudu dan garfu /
4 Gelas/Mug/Bekas Minuman /
5 Face Mask /
6 Hand Sanitizer /

5. Ibu bapa / Penjaga perlu dikehendaki menghantar sendiri pelajar untuk


melapor diri di asrama.

6. Sila berhubung dengan pihak asrama jika tuan/puan mempunyai masalah untuk
mematuhi garis pandua yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like