You are on page 1of 1

SMK(A) SULTAN MUHAMMAD

BATU BERENDAM
75350 MELAKA
MRA 2125/ PTJ 41532001
TEL / FAX : 06-2325434 / 06-2316275 mra2125@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKASM.700-10/2/2 (42)


Tarikh : 29 MAC 2022
26 SYAABAN 1443 H
Semua ibu bapa / penjaga pelajar asrama
SMKA Sultan Muhammad

Tuan,

KEMASUKAN PELAJAR ASRAMA BAGI SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1, 2022/2023

Dengan hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan penggal 1, 2022/2023 akan bermula


pada 5 April 2022 (Selasa).

3. Sehubungan dengan itu semua pelajar asrama perlu daftar masuk pada 4 April 2022
(Isnin) mengikut panduan yang berikut :-

3.1 Tempat : Dewan Ibnu Bathutah


3.2 Pelajar tingkatan 6 lelaki, 5 dan 4 pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang
3.3 Pelajar tingkatan 6 perempuan, 3 dan 2 pada jam 2.00 hingga 4.00 petang

4. Kerjasama ibu bapa / penjaga dipohon supaya memastikan hanya pelajar yang sihat
sahaja (tidak bergejala seperti demam, batuk dan selsema) mendaftar masuk ke asrama.
Pelajar dikehendaki membuat ujian kendiri Covid 19 di asrama. Hanya pelajar yang
menunjukkan keputusan negatif sahaja dibenarkan mendaftar masuk.

5. Untuk makluman ibu bapa / penjaga, pulang bermalam, outing dan lawatan ibu bapa /
penjaga di asrama juga masih tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar selain pelajar tingkatan 5 dan 6
juga dilarang sama sekali membawa telefon bimbit ke asrama.

6. Ibu bapa / penjaga juga boleh membuat bayaran Yuran Makan Asrama (YMA) di kaunter
pembayaran. Pembayaran untuk YMA penggal 1 2022/2023 atau penggal-penggal sebelum itu
jika belum membuat bayaran. Bayaran hanya secara tunai.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA, 2030”

Saya yang menjalankan amanah

MOHD YAZID BIN BAHAROM


GPK Hal Ehwal Murid
b.p Pengetua SMKA Sultan Muhammad

“PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”


#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like