You are on page 1of 1

MAAHAD TAHFIZ MANDARIN PULAU KETAM ,

PELABUHAN KLANG(MTM)
Tel: 0196467811 Email: atm.pulauketam@gmail.com

Kepada,

Ibubapa/Waris/Penjaga
Pelajar Maahad Tahfiz Mandarin Pulau Ketam

Assalamuaalaikum Wrt. Wbt.

Tuan/Puan

SURAT MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, pihak pentadbiran Maahad Tahfiz Mandarin Pulau Ketam telah
menetapkan tarikh bagi cuti Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini. Tempoh bercuti adalah selama 10
hari sahaja. Perincian berkenaan tarikh adalah seperti berikut :

MULA CUTI TAMAT CUTI


TARIKH WAKTU TARIKH WAKTU
27 RAMADHAN 1443H BERMULA : 6 SYAWAL 1443H SEBELUM :
29 APRIL 2022(JUMAAT) 9 : 00 A.M. 8 MEI 2022(AHAD) 6 : 00 P.M.

3. Berdasarkan kepada keterangan di atas, semua pelajar adalah diwajibkan untuk mendaftarkan diri
semula di Maahad Tahfiz Mandarin pada tarikh 6 Syawal 1443h/8 Mei 2022 iaitu pada Hari Ahad
sebelum jam 6 : 00 Petang.

4. Sebarang kelewatan dari tarikh yang ditetapkan ini, pihak Maahad akan mengambil tindakan disiplin ke
atas pelajar tersebut. Sebarang kelewatan yang bersebab, pihak tuan/puan boleh memaklumkan kepada pihak
pejabat di talian (0196467811) Ustazah Sumaiyah.

Perhatian dan Kerjasama dari pihak tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, wassalam
“KEARAH MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN”

Yang benar,

…………………………………
(MOHAMMAD BIN IBRAHIM)
Mudir Maahad Tahfiz Mandarin
Pulau Ketam, Selangor

You might also like