You are on page 1of 1

TAHFIZ AL-QURAN UMMU WARAQAH (TAQWA) LIL BANAT

PT 6354, Jalan Bukit Kerayong, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor I Tel: 03-3392 0486 I Email: ummuwaraqah12@gmail.com

Ruj. Kami : SKTQ 16/05/2022


Tarikh : 31 MEI 2022/ 1 ZULKAEDAH 1443H

IBU BAPA/PENJAGA
TAHFIZ AL-QURAN UMMU WARAQAH (TAQWA) LIL BANAT

Tuan/ Puan,

PINDAAN WAKTU PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN ANAK/JAGAAN SEMPENA CUTI


PENGGAL DAN CUTI YDPA

Adalah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak Tahfiz Al-Quran Ummu Waraqah (TAQWA) Lil Banat
telah menetapkan cuti penggal dan cuti YDPA adalah pada 3 Jun 2022 (Jumaat ) sehingga 6 Jun 2022
(Isnin).

3. Sehubungan dengan itu, pengambilan dan pemulangan anak /jagaan tuan/puan adalah seperti
ketetapan berikut :-

Tarikh Ambil : 3 Jun 2022


Hari : Jumaat
Waktu : Jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang sahaja.

Tarikh Hantar : 6 Jun 2022


Hari : Isnin
Waktu : Jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang sahaja.

4. Untuk perhatian pihak tuan/puan juga, pelajar perlu membuat ujian saringan kendiri Covid 19
di rumah sebelum dihantar ke asrama. Pihak tuan/ puan juga tidak dibenarkan menghantar pelajar jika
mereka mempunyai simptom seperti demam, batuk, sakit tekak dan selsema. Keputusan ujian saringan
kendiri tersebut perlu dimaklumkan kepada Ustazah Diyana Binti Daud di nombor telefon 019-611 8493.

5. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.................................................................................
(USTAZ RAJA MOHD AZIZULHAKIM BIN RAJA ROZHAN)
MUDIR
TAHFIZ AL-QURAN UMMU WARAQAH (TAQWA) LIL BANAT

You might also like