You are on page 1of 1

MINIT

Unit Rohani, Jabatan Pendidikan Kokurikulum

Yang Mulia,
Ketua-Ketua Unit
Jabatan Pendidikan Kokurikulum

MAJLIS IBADAH KORBAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1443H / 2022M

Dengan hormat sukacita merujuk emel daripada Bahagian Komunikasi Korporat,


Kementerian Pendidikan bertarikh 29 Syawal 1443 / 30 Mei 2022 mengenai perkara
tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan pada tahun ini melalui


Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet bersama Jabatan pendidikan Swasta
telah diamanahkan untuk menyelaras/ mengendalikan Majlis Ibadah Korban
Peringkat Kementerian Pendidikan bagi Tahun 1443H/2022M.

Sehubungan dengan itu, Warga Jabatan Pendidikan Kokurikulum yang berhasrat


untuk turut serta melaksanakan Ibadah Korban bolehlah menghubungi Urusetia /
Jawatankuasa Majlis iaitu Jabatan Perancangan dan Pengursan Estet ditalian
8643006 dan Jabatan Pendidikan Swasta ditalian 8274261.

Bersama ini disertakan Borang Penyertaan Ibadah Korban untuk diedarkan kepada
pegawai dan kakitangan yang berkeinginan untuk menyertai Ibadah korban pada
tahun ini. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan kepada Unit
Rohani pada hari Sabtu, 04 Jun 2022 dan tarikh akhir bagi bayaran penuh pada
hari Rabu, 29 Jun 2022, jam 3.00 petang.

Penyertaan pegawai dan kakitangan adalah sangat-sangat dialu-alukan dan


diucapkan berbanyak terima kasih. Semoga amal kebajikan yang kita lakukan
mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wa Taála
jua.

Sekian, Wassalam.

‘Melayu Islam Beraja Asas Perpaduan

[ Pmk. DCCE ]

Rujukan : DCCE/UR/’P/60/2017 (9)


Tarikh : 02 Zulkaedah 1443
02 Jun 2022

Salinan :
Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum

UR/K3

You might also like