You are on page 1of 3

MEMORANDUM

Daripada : Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan

Kepada : Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Tarikh: 12 Syawal 1442 / 25 Mei 2021


Rujukan : DCCE/UR/Akt/07/2021 (01)

TARANNUM AL-QURAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA


SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN TAHUN 1443H/ 2022M

Dengan hormat sukacita merujuk memorandum Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum


kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan bilangan
DCCE/UR/TSUT (CE)/2021(07) bertarikh 14 Jamadilawal 1443/ 18 Disember 2021 mengenai
Permohonan Kebenaran Kerjasama dengan Jabatan Pengajian Islam bagi Pengendalian
Tarannum Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran
Tahun 1443H/ 2022M.

2. Sehubungan dengan itu, pihak jabatan sukacita menjemput dan mengalu-alukan


kerjasama daripada pihak jabatan Tuan, Jabatan Pengajian Islam untuk sama-sama bekerjasama
dalam pengendalian Tarannum Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Sempena
Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1443H / 2022 M. In shaa Allah kegiatan ini akan mula
dilaksanakan pada 5 Januari 2022 dan berakhir pada 28 Mac 2022. Perisian kegiatan ini di
antaranya pengendalian Bengkel Tarannum yang akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis,
bertarikh 2 dan 3 Februari 2022.

3. Adapun tujuan kerjasama ini diusahakan ialah bagi pengendalian Bengkel Tarannum
untuk guru-guru pembimbing bagi memahirkan diri dalam kesenian Tarannum Al-Quran dengan
panduan serta bimbingan daripada pakar (Qari dan Qariah) di Jabatan Pengajian Islam.
Atas kerjasama, sokongan dan penyertaan pihak Tuan mengenai perkara ini adalah sangat
diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

‫والسالم‬

“ Rakyat Bersepadu Menjaga Kesihatan Bersama”

[MOHAMMAD NORILHAM BIN HAJI JAIS]


Pemangku Pengarah

Salinan:
Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan
Yang Mulia Pengarah Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan
Yang Mulia Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
Yang Mulia Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan
Yang Mulia Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan
Yang Mulia Ketua Pengurusan Kluster, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan
Fail
-K5/UR

You might also like