You are on page 1of 2

Ruj.

Kami: JAPk /PEL /90/3 ( )


Tarikh: JamadilAwwal 1444H
Disember 2022M
Seperti senarai edaran.

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN MENGENAI PELAKSANAAN KURIKULUM AZHARIAH BAHARU

Didoakan semoga tuan/puan berada didalam rahmat Allah SWT dan diselubungi
keindahan iman serta kemanisan amal. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di
atas.

2. Surat edaran ini adalah bertujuan memaklumkan pelaksanaan kurikulum


azhariah yang baharu di sekolah-sekolah menengah agama di bawah kelolaan
Jabatan Agama Islam Perak mulai sesi akademik 2023.

3. Adalah dimaklumkan bahawa kurikulum azhariah baharu ini telah diluluskan


pelaksanaannya bermula tahun 2023 di tingkatan satu oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Islam Negeri Perak kali ke-13 yang
bersidang pada 29 jun 2022 bersamaan 29 Zulkaedah 1443H. Pelaksanaan
kurikulum ini akan dibuat secara berperingkat bermula tingkatan satu sehingga ke
tingkatan empat.

4. Silibus kurikulum azhariah yang baharu ini menggunapakai sepenuhnya


silibus Maahad Buuth Al-Azhar As-Syarif,Mesir. Buku-buku baharu di dalam proses
percetakan dan bahagian pendidikan berhasrat untuk membuat penataran subjek
kepada guru-guru pada suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Maklumat
kurikulum Azhariah baharu seperti di Lampiran.

5. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dimohon untuk memaklumkan


kandungan surat makluman ini kepada semua pegawai sekolah di bawah seliaan
tuan/puan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi puan En.
Mohd Shuah bin Abdul Halim di talian 05-2084947 atau 0195707530. Kerjasama
dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan
Jazakumullahu khairan kathira.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HARITH FADZILAH BIN ABDUL HALIM)

“PERAK SEJAHTERA 2030”


Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak.

s.k.: Fail timbul

“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like