You are on page 1of 6

PENGHILANGAN GELEMBUNG

4.1 DEFINISI PENGHILANGAN GELEMBUNG

Penghilangan Gelembung ialah

satu proses pengecilan sebahagian pakaian atau artikel

untuk memberi bentuk, padanan yang elok serta keselesaan kepada pemakai. Penghilangan gelembung boleh juga digunakan sebagai hiasan

4.2 TUJUAN MENGHILANGKAN GELEMBUNG

Untuk memberi bentuk pada pakaian Memberi lebih ruang supaya si pemakai dapat bergerak dengan dengan mudah Supaya pakaian yang dipakai oleh si pemakai lebih elok pedannya. Membolehkan pakaian dipanjangkan dan diperbesarkan Sebagai perhiasan untuk memberikan rupa pakaian.

4.3 JENIS-JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG Kedut Lepas Lisu beriring, , lisu terbalik lisu bertentang Lisu pemadan Kedut berjalur Lisu perhiasan Smoking

4.4 JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG 4.4.1 KEDUT LEPAS

Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan dan sebagai perhiasan. Kedut lepas dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik dua atau tiga kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas boleh dibuat di lengan yang disambung dengan kuf atau manset, di hujung lengan, di bahu mendatang, pinggang blaus, di garisan pinggang dan di punggung skirt.

4.4.1.1 CIRI-CIRI KEDUT LEPAS

KEDUT DIBAHAGIKAN SAMA RATA KESELURUHANNYA.

LIPATAN KEDUT SAMA HALUS PADA KESELURUHANNYA.

KEDUT LEPAS MENGIKUT IRA TERGANTUNG DENGAN ELOK.

LURUS

BAGI

MEMBOLEHKAN

FABRIK

4.4.1.2 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KEDUT LEPAS

LANGKAH 1

Tandakan jarak di antara kedudukan kedut dengan notch.

Tandakan garis pemadan (GP) dan garis tengah (GT) pada fabrik.

LANGKAH 2

Laraskan pelaras jahitan mesin untuk mendapatkan mata jahitan kasar atau jahit jelujur halus.

Jahit dua baris jahitan mesin dengan mata kia yang paling kasar dan jahit jelujur halus di atas dan di bawah garisan pemadan pada jarak yang sama iaitu 0.3cm.

LANGKAH 3

Tarik

benang

bawah

dari

kedua-dua

hujung sehingga mendapat ukuran kedut yang dikehendaki.

Lilit benang pada jarum peniti mengikut bentuk 8.

Ratakan kedut lepas

You might also like