You are on page 1of 10

BAHAN BANTU MENGAJAR

Baca dan fahami teks di bawah

Langkah 1 : Petikan Jambatan kayu di Kampung Sungai Asap runtuh akibat banjir besar yang melanda kampung tersebut. Penduduk Kampung Sungai Asap mengalami kesulitan akibat kejadian itu. Sehubungan dengan itu, Ketua Kampung telah memanggil anak buah beliau bermesyuarat di balai raya. Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah bersetuju untuk membaiki jambatan yang runtuh secara gotong-royong. Pada hari gotong-royong, penduduk kampung berkumpul lebih awal di tepi sungai. Masing-masing membawa alat yang diperlukan. Kira-kira pukul 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong dimulakan. Mereka mandi peluh melakukan kerja-kerja membaiki jambatan. Masing-masing bekerja dengan tekun. Tidak ada seorang pun yang curi tulang. Beberapa orang wanita pula membantu menyediakan makanan dan minuman. Pada waktu tengah hari, mereka berehat sambil makan makanan yang disediakan bersama-sama. Selepas makan dan solat zuhur, penduduk Kampung Sungai Asap meneruskan kerja. Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 5.30 petang. Penduduk Kampung Sungai Asap besar hati kerana jambatan di kampung mereka telah dapat digunakan semula, berkat kerjasama penduduk.

------------

----------

------------

------------

------------

Langkah 2 :

Lima ayat yang menunjukkan nilai-nilai murni

Langkah 3 :

(I)

Menyenaraikan simpulan bahasa dan maksud simpulan bahasa berdasarkan petikan ;

Simpulan bahasa

Maksud simpulan bahasa

(II)

Membina ayat berdasarkan simpulan bahasa;

Aktiviti pengayaan

Gambar 1

Gambar 2

Apakah mesej-mesej yang ingin disampaikan berdasarkan gambargambar berikut?

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 1 : Gambar 2 : ...

Gambar 3 : ....

Gambar 4 :

Aktiviti pemulihan Petikan berita: JOHOR, 23 November Aktiviti gotong-royong membaiki jambatan di Kampung Sungai Asap akibat bah besar telah selamat diadakan. Ketua Kampung Sungai Asap telah memanggil penduduk kampung untuk bermesyuarat. Aktiviti ini disertai seramai 25 orang penduduk yang terdiri daripada 10 wanita dan 15 orang lelaki. Mereka berkumpul di tepi sungai pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Pada waktu tengah hari, mereka dijamu dengan makanan dan minuman yang disediakan oleh beberapa orang wanita. Jambatan di kampung mereka telah dapat digunakan semula berkat kerjasama penduduk.

soalan berdasarkan petikan berita:

Apakah yang dilakukan oleh penduduk Kampung Sungai Asap?

Berapa orangkah yang menyertai aktiviti tersebut?

Siapakah yang menyediakan makanan dan minuman pada waktu tengah hari?

Mengapakah aktiviti itu diadakan?

Pada pukul berapakah aktiviti itu dimulakan?

You might also like