You are on page 1of 14

PENGENALAN

Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini memberi maksud bahawa teori berasaskan kepada seseorang itu mengemukakan dalam bentuk pandangan. Teori adalah bahagian atau variabel, definisi, dan dalil yang saling berhubungan dapat menghadirkan sebuah pandangan yang sistematik mengenai fenomena dan menjelaskan fenomena ilmiah tertentu. Dalam setiap puisi yang telah dihasilkan oleh pengkarya mempunyai nilai estetika dan keindahan yang tersendiri. Setiap nilai estetika yang wujud di dalam setiap puisi yang telah dihasilkan dapat dirasai dengan pemahaman dari pembaca terhadap puisi yang dibaca atau dikaji. Hal ini kerana untuk menarik pembaca menghayati sesebuah karya tersebut. Dengan pembacaan puisi tersebut, pembaca dapat merasakan emosi dalam setiap puisi yang dibaca. Pada setiap kata kata yang terdapat di dalam sesebuah puisi itu memberikan banyak maksud yang dapat diperolehi. Selain itu, pembaca juga dapat memperolehi pengajaran dalam setiap sajak yang dibaca. Antara buku yang telah saya kaji ialah buku Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun dan Unggun Kebahagiaan yang di selenggarakan oleh A Halim Ali. Abdul halim Ali atau nama penanya A Halim Aliialah merupakan Profesor Madya dalam bidang teori dan kritikan sastera di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Falkuti Bahasa dab Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Persoalan yang saya kaji didalam buku Unggun Kebahagiaan memaparkan kumpulan puisi yang menunjukkan sifat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Selain itu timbul juga sifat rindu seorang ibu kepada anaknya dan timbul sifat kebahagiaan dalam sesebuah keluarga. Manakala persoalandi dalam buku Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun pula memaparkan kesengsaraan, kelukaan, kehancuran

dan kematian yang meninpa penduduk di Gaza akibat daripada peperangan yang dilakukan oleh insan yang tidak berhati perut.

PERSOALAN Persoalan kasih sayang

Persoalan merupakan satu bukti bagi menguatkan bahasa dalam sesebuah puisi selain menyampaikan maksud sebenar yang terkandung dalam puisi. Dalam antologi puisi unggun kebahagiaan karya a.halim ali, terdapat banyak persoalan yang boleh diambil antaranya persoalan tentang kasih sayang. Dalam puisi ini, kasih sayang banyak ditunjukkan oleh ibu terhadap anaknya dan kasih sayang anak terhadap ibunya. Contoh kasih sayang yang ditunjukkan dalam puisi ini ialah melalui puisi kasihmu ibu. Hal ini dapat digambarkan tentang kasih sayang seorang anak terhadap ibunya yang telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Contohnya: Sayangmu ibu, Buatku pilu tatkala cahaya purnama Menyiram suram kedua tangan Tatkala menitipkan doa kudus Buatmu Ibu, Yang pergi jauh menemuiNya, Meninggalkan rasa terkilan

Tiada lagi ciuman hening pagi Untuk hari-hari yang menunggu Taman Wangsa Jaya 22 November 2011 Seterusnya persoalan kasih sayang lain dapat dilihat melalui puisi sayangku ibu. Dalam puisi ini, pengarang menceritakan tentang sifat sayang seorang anak terhadap ibunya. Pengarang terimbas kembali ketika beliau mendengar gelak tawa seorang ibu yang membuatkannya bertambah rindu kepada ibunya. Ini dapat dibuktikan dalam rangkap puisi di bawah: Sudah lama tidakku tatap wajahmu, Hanya suaramu kudengar di corong telefon, Masalahku terbang melayang Saatku mendengar tawamu, Ternyata aku rindukanmu. Tanjung Malim, Perak, 24 April 2012

Persoalan kebahagiaan

Kebahagiaan merupakan perkara penting dalam sesebuah keluarga. Kebahagiian akan diperolehi melalui apa yang kita capai dalam hidup. Dengan adanya kebahagiaan, hidup seseorang itu amat sempurna. Melalui sajak buatmu ibu karya Mohd. Hashim Osman, kita dapat melihat kebahagiian yang ditonjolkan oleh seorang ibu iaitu seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya mendapat kebahagiaan daripada ibunya. Contohnya dalam rangkap satu dan rangkap dua: Telah aku anyam kasih dan sayang Sebagai hamparan kepercayaan Untuk kau labuhkan keselesaan

Telah aku tapiskan lelah dan penat Agar penuh segelas jernih harapan Untuk kau hirup kebahagiaan SMK (F) Besoat, Sungkai 2012 Kebahagiaan yang seterusnya dapat ditonjolkan melalui sajak unggun kebahagiaan. Pengarang cuba memberitahu tentang kebahagiaan sesebuah keluarga. Hal ini ditunjukkan oleh seorang ibu yang sanggup mengorbankan penat lelah untuk kebahagiaan keluarganya. Selain itu, ibu pengarang berasa sanggat gembira setelah kepulangan suami dan kepulangan anak tersayang disisinya. Contoh :

Dia adalah unggun menerangi Segenap ruang kebahagiaan keluarga Di sudut dapur usianya berdiang api Menanak selera rumah tangga Adunan resepi keikhlasan Tanpa rungut dan penat Kepulangan suami Disambut ketaatan Dalam sajian senyum Ketibaan anak disambut mesra Terbentang sebidang keraian. SMK (F) Besoat, Sungkai 2012

Persoalan Kehancuran

Dalam puisi antologi kemanusiaan Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun pengarang cuba mengambarkan keadaan situasi di bumi Gaza yang banyak kemusnahan iaitu bukan sahaja tertakluk kepada nyawa manusia sahaja yang terkorban, tetapi semua bangunan, masjid, rumah hancur yang tinggal hanya sebuah kenangan sahaja. Dalam puisi Kesengsaraan Palestin pengarang cuba menceritakan tentang kekejaman Israel yang memusnahkan kehidupan Palestin yang dahulu aman tetapi bertukar wajah dengan penuh kehancuran. Contohnya: Kejam.. sungguh kejam.. Harapan Palestin hidup aman musnah Ditelan letupan bom Bangunan-bangunan di musnahkan Kanak-kanak sengsa tiada tempat tinggal Rumah-rumah ranap di telan bumi Kehilangan permata hati Bila berbunyi senjata rejim Zionis Rakyat Gaza bertempiran menyelamatkan diri Tanjung Malim, Perak (26 Jan 2009)

Persoalan kehancuran yang seterusnya terdapat dalam puisi Emel Untuk Gaza ii. Dalam puisi ini, pengarang menceritakan tentang kehancuran yang berlaku selepas peperangan yang menyebabkan banyak harta benda, rumah, kenderaan yang musnah. Hal ini mengakibatkan semua penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa mencari tempat perlindungan sendiri. Ini jelas menunjukkan kehancuran menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam kesusahan. Contoh: tempat mereka berpijak ditenggelamkan tempat mereka berteduh dihilangkan tempat mereka disihirkan dengan mantera kekejaman dengan ayat kezaliman dengan tangan tangan hitam bukan dari spesis kemanusiaan.

MSU, Syeksyen 13, Shah Alam 24 Jan 2009

Persoalan Ketuhanan

Dalam antologi puisi kemanusiaan Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun terdapatnya unsurunsur ketuhanan dalam puisi. Persoalan ketuhanan amat penting dalam puisi kerana akan menjadikan karya lebih indah dengan bahasa. Persoalan ini juga amat penting kerana menjadi salah satu rutin harian kehidupan manusia yang menekankan unsur ketuhanan. Persoalan ini membawa maksud setiap insan yang melakukan berdoa, redha dengan ketentuan, bertaqwa dan sebagainya. Dalam puisi Tangisan Anak Kecil pengarang menceritakan tentang rakyat Gaza yang selalu berdoa kepada Tuhan supaya menghentikan cabaran dan ujian yang telah penduduk Gaza. Ini kerana terlalu insan yang terseksa dan sengsara akibat peperangan yang berlaku malah ramai insan yang telah terkorban. Contoh: Di dalam hati sentiasa berdoa Ya tuhan Hentikanlah semua ini Jangan kau uji aku lagi Aku terlalu kerdil Untuk menerima dugaan sehebat ini Berilah ketengan untuk aku bernafas walau sekejap Cuma. Tanjung Malim, Perak 12 Feb 200

Seterusnya, persoalan ketuhanan ini dapat di nilai dalam puisi Tangisan Gaza, Tangisan Dunia. Dalam puisi ini, pengarang menggunakan persoalan ini dengan mengharapkan Tuhan supaya melindungi bumi Palestin yang penuh dengan kekejaman Israel. Ini kerana ramai penduduk Gaza yang menderita dan terkorban dalam peperangan ini. Pengarang juga menceritakan tentang sikap pemimpin dunia yang tidak bertanggungjawab untuk membuat rundingan pada peringkat antarabangsa. Contohnya: Tuhanku, kirimlah lebat gerimis simpatik menyejukkan bumi syuhadamu, Palestin yang dipanaskan kekejamam betapa suara dunia telah lama lemas tenggelam dalam lakonan di pentas rundingan.

Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa UPSI 21 Jan 2009

Persoalan Tentang Kesan Peperangan

Dalam antologi puisi Hentikan Peperangan ini juga terkandung kesan peperangan yang berlaku di negara Palestin. Peperangan ini berlaku kesan daripada ketamakan Israel untuk penaklukan sebuah negara. Peperangan ini melibatkan serangan Zionis sepanjang masa melancarkan bom keatas Gaza. Peperangan yang berlaku ini bukan sahaja memberi kesan kepada harta benda, wang ringgit, kematian, malah semua bangunan dan masjid yang ada kebanyakannya menjadi mangsa letupan bom. Contoh: Suasana tenang bertukar gelombang, menjadi tempat si pembunuh sialan, melepaskan peluru dan meriam, sehingga membunuh setiap insan, yang cuba membantah dan melawan, kerana mereka sudah tiada perasaan belas kasihan, melihat si anak kecil mati bergelimpangan, rumah dan bangunan hancur beterbangan, dek serpihan peluru dan meriam yang sering mencari sasaran tidak mengenal erti kawan, yang didepan adalah lawan, pastinya ramai nyawa yang melayang, 10

kerana amarah nafsu dan syaitan, yang selalu menghasut siang dan malam, supaya terus berperang dan berperang.

Tanjung malim, Perak ( 26 Jan 2009 )

Persoalan Kesengsaraan Hidup

Kesengsaraan merupakan satu peristiwa yang menimpa terhadap individu yang mempunyai sikap-sikap tertentu seperti kelaparan, kerinduan, ketakutan dan sebagainya. Dalam antologi puisi ini banyak memaparkan persoalan kesengsaraan sebagai idea dalam menyampaikan makna puisi yang indah. Ini dapat dibuktikan dalam puisi Darah Derita. Dalam rangkap dibawah ini pengarang cuba menerangkan tentang kesengsaraan yang menimpa penduduk Gaza. Kesengsaraan ini berlaku pada kanakkanak yang menangis kerana berada dalam situasi letupan bom dan meratap disisi ibubapa yang telah terkorban. Ini dapat dijelaskan seperti dalam rangkap. Contohnya: Umatmu yang diuji serta dititmpa kesengsaraan Kesengsaraan yang mengundang jeritan tangisan Tangisan yang mengundang keredhaan Menghadapi ujianmu dan menerima semburan letupan maut

11

Tanjung Malim, Perak 26 Jan 2009

Kesengsaraan yang seterusnya kita dapat lihat dalam puisi Suara Derita, pengarang cuba menerangkan tentang kesedihan yang berlaku pada seorang ibu. Dalam rangkap di bawah ini, pengarang menceritakan seorang ibu yang ditimpa kesedihan kerana kehilangan anak-anak dan suami. Seorang ibu mengenang pada nasibnya kerana semua menjadi kemusnahan di tempat sendiri. Contohnya:

Suara si kecil tidak lagi didengari Tangisan ibu meratapi nasib diri Hilang anak dan juga suami Hanya perit yang dirasai Kerana kemusnahan tempat sendiri. Tanjung Malim, Perak 26 Jan 2009

12

Seterusnya, kesengsaraan juga dapat dilihat dalam puisi Tangisan Anak Kecil. Dalam rangkap dibawah pengarang cuba menceritakan tentang kesedihan, kelaparan dan kasih sayang yang hilang. Dalam rangkap ini menceritakan tentang kepergian ibubapa yang berlaku didepan mata. Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan ini terpaksa hidup kebuluran iaitu kelaparan dan kehausan. Kesengsaraan ini jelas menyanyatkan hati pembaca. Contohnya: Ibubapa Telah tiada Pergi dengan tragisnya.. Di depan mata mereka Kasih sayang tiada lagi Kemanjaan hilang pergi Kelaparan..kehausan Makanan..kasih sayang Jauh sekali.. Tangisanlah yang menemani Saban hari Saban detik Saban waktu Saban ketika

13

Tanjung Malim, Perak ( 12 Feb 2009 )

Rujukan Buku
1. A Halim Ali. (2012). Unggun Kebahagiaan. Seri Kembangan, Selangor: Persatuan Penulis Budiman Malaysia. 2. A Halim Ali. (2009). Wahai Api Jadilah Dingin Jadilah Embun. Ipoh, Perak: Penerbitan Profesional Baharu. Internet http://id.wikipedia.org/wiki/Teori http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu-teori.html

14

You might also like