You are on page 1of 7

POLIGAMI?!!!

POLIGAMI

Soalan:

Mengapa lelaki dibenarkan beristeri lebih daripada satu dalam Islam?


Iaitu mengapa poligami dibenarkan dalam Islam?

Jawapan:

1. Definisi Poligami

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang


mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua
jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin
lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu
seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam
Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah
sama sekali.

Berbalik kepada soalan asal, mengapa seorang lelaki dibenarkan


mempunyai lebih daripada seorang isteri.?

2. Quran adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang


menyebut, “Kahwinilah seorang sahaja”. Al-Quran satu-satunya
kitab di muka bumi ini yang mengandungi ungkapan “kahwinilah
seorang sahaja”. Tiada kitab lain yang menyuruh lelaki untuk
beristeri satu sahaja. Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas,
Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud atau Bible boleh ditemui
pembatasan had jumlah isteri yang dibenarkan. Menurut kitab
tersebut, seseorang dibenarkan berkahwin seramai mana yang
diingini. Hanya kemudiannya, pendeta Hindu dan Gereja Kristian
membatasi jumlah isteri kepada satu.

Menurut kitab tersebut, ramai personaliti agama Hindu mempunyai


ramai isteri. Raja Dashrat, bapa Rama mempunyai lebih daripada
seorang isteri. Krishna mempunyai beberapa orang isteri.
Dahulu, lelaki Kristian dibenarkan beristeri seramai mana yang
mereka ingini, oleh kerana Bible tidak mengehadkan bilangan isteri.
Hanya beberapa abad lalu, pihak Gereja membatasi bilangan isteri
kepada satu.

Poligini dibenarkan dalam agama Yahudi. Menurut undang-undang


Talmut, Ibrahim mempunyai 3 isteri manakala Sulaiman, mempunyai
ratusan isteri. Amalan poligini berterusan sehingga Rabai Gersom
ben Yehudah (960-1030) mengeluarkan perintah melarangnya.
Komuniti Yahudi Sephardic yang tinggal di Negara Islam, berterusan
mengamalkan poligini sehingga selewat-lewatnya tahun 1950,
sehingga satu akta yang dikeluarkan oleh Mahkamah Ketua Rabai
Israel mengharamkan penganutnya beristeri lebih daripada seorang.

3. Poligini banyak diamalkan oleh penganut agama Hindu


dibandingkan dengan penganut Islam.
Laporan Jawatankuasa Status Wanita dalam Islam; diterbitkan pada
1975 menyebut pada halaman 66 dan 67 bahawa peratus
perkahwinan berpoligami di antara tahun 1951 dan 1961 adalah
5.06% di kalangan penganut Hindu dan hanya 4.31% di kalangan
penganut Islam.

Menurut perundangan India, hanya lelaki Islam dibenarkan beristeri


lebih daripada seorang. Walaupun diharamkan, penganut Hindu
mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut Islam. Dahulu,
tiada had jumlah isteri, walaupun kepada lelaki Hindu. Hanya pada
tahun 1954, apabila Akta perkahwinan Hindu diluluskan, penganut
agama Hindu diharamkan beristeri lebih daripada seorang. Sekarang,
undang-undang India dan bukannya kitab agama Hindu yang
menghalang lelaki Hindu beristeri lebih daripada satu.

Mari kita menganalisis mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri


lebih daripada seorang.
4. Al-Quran membenarkan poligini terhad.

Seperti yang telah disebutkan, Al-Quran satu-satunya kitab suci di


muka bumi ini yang menyebut ‘kahwinilah seorang sahaja’. Konteks
ungkapan ini adalah melalui ayat daripada kitab Suci Al-Quran iaitu
Surah An-Nisa’ yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:

“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga


atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku
adil, maka kahwinilah seorang saja.”

[An-Nisa’ 4:3]

Sebelum Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki
memiliki ramai isteri, ada yang sehingga beratus-ratus. Islam
meletakkan had sehingga empat isteri. Islam membenarkan lelaki
berkahwin dua, tiga atau empat, dengan syarat berlaku adil kepada
semua isteri.

Dalam juzuk yang sama iaitu Surah An-Nisa’ ayat 129 firmannya:
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-
isterimu.....”
[An-Nisa’ 4:129]

Oleh itu poligini bukanlah peraturan tetapi kekecualian. Ramai yang


tersalah anggap bahawa menjadi kemestian bagi seorang lelaki Islam
mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Secara am, ada lima perkara yang dibolehkan dan yang tidak boleh
dalam Islam”

a) Fardhu, iaitu Wajib atau perlu


b) Mustahab, iaitu disyorkan atau digalakkan
c) Mubah, iaitu dibolehkan atau dibenarkan
d) Makruh, Iaitu tidak disyorkan atau digalakkan
e) Haram, iaitu dilarang atau tidak dibenarkan
Poligini termasuk dalam kategori ketiga perkara-perkara yang
dibenarkan. Tidak boleh diandaikan bahawa seorang lelaki Islam
yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri adalah lebih beriman
dibandingkan dengan seorang Islam yang beristeri satu.

5. Purata jangka hayat wanita melebihi lelaki.


Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama.
Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih
tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur
pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding
perempuan.
Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita.
Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding
wanita. Purata jangka hayat wanita lebih tinggi daripada lelaki dan
pada bila-bila masa jua, bilangan balu melebihi bilangan duda.

6. India mempunyai populasi lelaki yang lebih tinggi akibat


pembunuhan janin dan bayi perempuan. India merupakan salah satu
daripada beberapa Negara, bersama dengan Negara-negara jiran lain,
di mana populasi wanita lebih rendah daripada lelaki. Ini disebabkan
kadar pembunuhan bayi perempuan yang tinggi di India, dan hakikat
bahawa lebih daripada satu juta janin perempuan digugurkan setiap
tahun di Negara tersebut, selepas jantinanya dikenal pasti sebagai
perempuan. Sekiranya amalan buruk ini dihentikan, India juga akan
mempunyai lebih ramai wanita berbanding lelaki.

7. Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki.


Di Amerika Syarikat, wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. New
York sahaja mempunyai jumlah wanita yang melebihi lelaki
sebanyak satu juta, dan daripada populasi lelaki yang berada di New
York, satu pertiga merupakan homoseksual. Amerika Syarikat secara
keseluruhannya mempunyai lebih daripada dua puluh lima juta
homoseksual dan lesbian. Ini bermakna golongan ini tidak berminat
untuk mengahwini wanita. Wanita di Great Britain melebihi lelaki
sebanyak empat juta. Wanita Jerman melebihi lelaki sebanyak lima
juta. Wanita Rusia pula, melebihi lelaki sebanyak Sembilan 9. Hanya
Tuhan sahaja yang tahu jumlah wanita di seluruh dunia yang
melebihi jumlah lelaki.

8. Menyekat setiap dan semua lelaki untuk beristeri satu sahaja


adalah tidak praktikal.
Sekiranya setiap lelaki hanya beristeri satu, masih terdapat lebih
daripada tiga puluh juta wanita di Amerika Syarikat yang tidak dapat
bersuami (memandangkan Amerika mempunyai dua puluh juta
homoseksual dan lesbian). Di Britain akan terdapat lebih daripada
empat juta wanita, lima juta wanita di Jerman dan di Rusia sahaja
Sembilan juta wanitanya akan gagal mendapat suami.

Andaikan saudara perempuan saya merupakan salah seorang wanita


yang belum berkahwin di Amerika Syarikat atau andaikan saudara
perempuan anda merupakan salah seorang wanita yang belum
berkahwin di Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua pilihan yang
tinggal baginya: iaitu sama ada berkahwin dengan suami orang
ataupun ia menjadi “milik awam”. Sesiapa yang bermaruah pasti
memilih yang pertama.

Dalam masyarakat barat, adalah menjadi kebiasaan bagi seorang


lelaki untuk mempunyai perempuan simpanan dan atau mempunyai
hubungan luar nikah yang banyak, di mana, wanita tersebut
menjalani kehidupan yang mengaibkan dan tidak dilindungi.
Masyarakat yang sama juga, bagaimanapun, tidak dapat menerima
lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, di mana wanita
itu dapat mempertahankan kehormatan dan maruah diri dalam
masyarakat dan menjalani kehidupan yang dilindungi.

Oleh itu, hanya dua pilihan untuk seorang wanita yang gagal mencari
suami, iaitu berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik
awam. Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita
dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan
pilihan kedua.
Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligami
terhad, tetapi tujuan utama adalam untuk memelihara maruah wanita.
POLIANDRI

Soalan:

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang


isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?

Jawapan:

Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran


membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu
sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.
Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat
Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan
wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab
berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi.
Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki
dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu


bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal
pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah.
Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami,
hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut
dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa
amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan
bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka,
terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk.
Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas
alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang
tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan
ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu
memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan
sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti
menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang
mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding


wanita

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan


kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang
isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai
beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya
sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan
perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan


mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan
mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau
penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka
walaupun kesemua mereka tidak melakukan seksi di luar nikah. Hal
ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi
satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar
nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alas an yang mudah dikenal pasti.


Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha
Bijaksana, melarang poliandri.

You might also like