You are on page 1of 2

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : JPK.03-08/2851/101/(72)


Tarikh : 10 APRIL 2014

Pegawai Ikhtisas
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
(Seperti dilampirkan)

Pegawai Ikhtisas
Pejabat Pendidikan Daerah
(Seperti dilampirkan)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Negeri Kedah
(Seperti dilampirkan)

Tuan,

BENGKEL ANALISIS ITEM PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK
(UPSR)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 17 April 2014 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi 3.30 petang
Tempat : SK Taman Intan,
08000 Sungai Petani, Kedah.

3. Sehubungan dengan itu pegawai tuan (seperti lampiran) diwajibkan hadir ke
bengkel tersebut. Sila maklumkan kepada urusetia bengkel, En. Ishak bin Hassan
(Penyelia Matematik), Sektor Pengurusan Akademik di talian 04-7745100 jika pegawai
tuan tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN (CAW)
TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN KAMPUNG BARU
05000 ALOR SETAR

Tel: 04 7745100 Faks : 04-7328651
4. Untuk makluman, makan/minum disediakan. Tuntutan perjalanan boleh dibuat
berdasarkan pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang.

5. Kerjasama dan tindakan tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, AMK., BCK.)
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
b.p Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

s.k. 1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
2. Pegawai Pendidikan Daerah

You might also like