You are on page 1of 7

Pilih dan huraikan secara terperinci satu teori pembelajaran yang dapat membantu

seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains awal kanak-kanak
di sekolah. Anda juga perlu menjelaskan kepentingan teori serta memberikan contoh
yang sesuai dalam pengaplikasian teori yang anda pilih terhadap sains awal kanak-
kanak.

Pengenalan Teori Konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teori yang menekankan proses
pembelajaran yang meneranhkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
Unsur-unsur konstruktivitisme ini telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah tetapi tidak begitu ditekankan. Mengikut kefahaman
konstruktivisme ini,ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan dari guru kepada
murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu
sendiri berdasarkan pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid menggunakan
mental mereka dalam membina pengetahuan baru dimana realiti yang diketahui oleh murid
ialah realiti yang dibina oleh mereka sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set
idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru,guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada murid. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada pengetahuan atau pegangan
mereka,barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses inilah yang dinamakan sebagai konstruktivisme.
Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh-tokoh mengenai dengan teori
konstruktivisme ini dimana mereka menyatakan bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren
mengatakan bahawa murid ini mempunyai idea mereka sendiri dan mereka tahu mengenai
dengan betul atau salah. Jika murid tidak memahami konsep ini,ia akan menjadi kekal
dalam pemahaman murid walaupun semasa peperiksaan,mereka dapat menjawab soalan
seperti yang dikehendaki oleh guru. Teori konstruktivisme ini dikuatkan lagi oleh tokoh John
Dewey dimana beliau mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran amat ditekankan oleh beliau.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme, fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini
akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru dan juga kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme, fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini
akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru dan juga kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
Kepentingan Teori Konstruktivisme
Kepentingan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid
ialah guru dapat membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang mampu membina
pengetahuan murid-murid. Suasana yang dibina tidak akan mengecilkan skop pengetahuan
mereka. Murid akan diberi peluang sama rata dalam melaksanakan tugasan yang diberikan
agar mereka mampu menjana idea serta fikiran berdasarkan pemahaman mereka sendiri.
Ini dapat membantu mereka mendapat idea dan pengetahuan yang baru dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau aktiviti. Murid-murid akan ditempatkan dalam
kumpulan yang mampu membantu mereka meningkatkan daya pemikirannya.
Selain itu,melalui teori konstruktivisme ini juga,guru dapat merancang dan
melaksanakan strategi-strategi seperti soalan terbuka dan dialog bersama-sama murid.
Kaedah ini dapat membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item
terpenting dalam membina kemahiran menganalisis,mentafsir dan meramal maklumat.
Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan dalam menangani
pelbagai kerenah murid dan dapat membantu murid untuk melaksanakan sendiri sesuatu
aktiviti mengikut pengetahuan sedia ada mereka.
Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pembelajaran Sains Awal Kanak-Kanak
Penggunaan teori konstruktivisme dalam pembelajaran sains awal kanak-kanak
dapat membantu menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman
dan penyiasatan terhadap ilmu tersebut. Melalui kajian yang dilakukan,guru mendapati
bahawa pengalaman sedia ada murid dapat membantu mereka mendalami ilmu sains itu.
Antara factor yang mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak ialah penyampaian dan
pendekatan guru,keadaan persekitaran murid dan penglibatan murid dalam aktiviti yang
dijalankan. Dalam perbincangan kumpulan yang dilakukan sendiri oleh kanak-kanak
tersebut,mereka dapat menambah pengetahuan mereka sendiri melalui perbincangan dalam
kelas,eksperimen,simulasi dan mengaplikasi sains itu dalam kehidupan seharian mereka
sendiri. Walaupun pengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebih
berkesan,tetapi guru hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan pengetahuan
kanak-kanak tersebut untuk digunakan dalam proses memahamkan sesuatu konsep yang
baru diajar agar keseimbangan dapat dicapai.
Dalam bilik darjah,guru boleh membantu murid-murid mengaktifkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada itu dengan membincangkan apa yang bakal dipelajari mereka
sebelum memulakan sesuatu pengajaran agar murid dapat mengingat semula pengetahuan
mereka supaya boleh dikaitkan dengan topic pada hari tersebut.
Contoh aplikasinya ialah murid Tahun Satu yang belajar tentang haiwan,guru memulakan
pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian
lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan di hutan dan dalam air. Guru boleh menggunakan
pendekatan deduktif dalam menarik minat dan perhatian murid. Pada waktu ini,guru boleh
membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yang hidup di air dan di
darat kerana kebiasaannya pengetahuan murid tidak lengkap ataupun salah. Guru tidak
semestinya perlu tahu tentang pengetahuan yang dikuasai murid tetapi guru perlu mengkaji
dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yang
salah dapat dikenalpasti.
Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubungan antara pengetahuan
lama dan pengetahuan baru dan menguasai konsep tersebut. Ini dapat dicapai dengan
memberi bahan atau aktiviti yang dapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi
sokongan kepada usaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai
contoh,dalam topic haiwan,guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang
mempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakan haiwan-haiwan yang
habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.
Menerusi aktiviti tersebut,secara tidak langsung guru dapat menerapkan perbincangan di
dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat membantu murid mengasah
kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu proses menghubungkan
pengetahuan,kemahiran dan sikap yang ada pada diri seseorang individu bagi
membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Kemahiran berfikir
boleh digolongkan dalam pemikiran kritis dan kreatif. Seseorang yang berfikir secara kreatif
akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang
yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi,berupaya menjana
idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubahsuai idea dan produk sedia ada kepada
lebih berkualiti.
Demonstrasi dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti yang
dicadangkan dalam teori konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yang penting
dalam subjek sains ialah eksperimen. Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting
dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran
sains. Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui idea atau konsep
sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran
berfikir,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Apabila kanak-kanak dapat melihat,memegang dan menggunakan sesuatu bahan,ia dapat
menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada penemuan. Inkuiri secara amnya
bermaksud mencari maklumat,menyoal dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku.
Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsepdan prinsip utama
dikaji dan ditemui murid sendiri. Melalui aktiviti eksperimen,murid akan menyiasat sesuatu
fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu
pengetahuan baru. Guru kemudiannya membimbing dan menjadi fasilitator untuk murid
memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik dapat dikembangkan melalui proses ini. Pengetahuan itu dapat
dihasilkan dalam kehidupan seharian mereka.
Penutup
Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budaya dan cara hidup
masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikan di Malaysia. Guru tidak lagi
menggunakan teknik chalk and talk dalam pengajaran tetapi telah mengubah perspektif
mereka dan telah menggunakan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Melalui perbincangan yang telah dinyatakan,dapat kita simpulkan bahawa guru-
guru pada masa kini semakin sedar penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Ini dapat dilihat apabila guru
mengutamakan kepada pembelajaran berpusatkan murid dan murid belajar melalui proses
membuat atau beraktiviti seperti eksperimen. Guru juga menggunakan pengalaman sedia
ada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar keseimbangan dapat dicapai sewaktu
sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikan pengalaman sains dari segi
perbincangan,kemahiran saintifik dan juga kemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid
perlu diaktifkan agar mereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang
sudah diketahui sebelumnya. Kesimpulannya,kanak-kanak akan lebih mudah memahami
mata pelajaran sains sekiranya mereka dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan
guru dapat membantu murid dengan menggunakan model konstruktivisme dan teknik-teknik
yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaan individu dalam kelas dan juga
pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran bermakna dapat dicapai.
( 1455 Patah Perkataan )
















Senarai Rujukan
Noriati A.Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).
Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd
Saunders, W.L. (1992). The Constructivist Perspective. Implications And Strategies for
Sciene. School Sciene and Mathematics, 92(3), 136-141
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1: Konsep-konsep Asas
Psikologi,Psikologi Pendidikan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Heinemann
(Malaysia)












Confrey, J. (1990) 'What constructivism implies for teaching', in Davis, Maher and Noddings
(Eds.)

You might also like