You are on page 1of 11

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM

NO.MATRIK : 201785

NAMA SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN NO.MATRIK 201785
SEMESTER SEMESTER OKTOBER
SESI 2009/2010
PUSAT PACE, UUM SIBU


TUGASAN 1


SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

Tugasan ini
mengandungi
TIGA soalan.
Anda
dikehendaki
menjawab
SATU soalan
sahaja.

1. Huraikan peristiwa Hijrah dan kesannya ke atas pembinaan
awal Tamadun Islam.

2. Syura dalam sitem politik Islam dan kebaikannya.
Bincangkan.

3. Kepentingan Fatwa dalam masyarakat Islam.






Tarikh Akhir Serahan


Tarikh Penerimaan



Soalan Markah Asas Markah Diperolehi
1 30
2 30
3 30


NAMA PENSYARAH


SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785



BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN











SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
KATA PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah atas kurnia taufiqNya. Selawat dan salam ke atas
Rasulullah petunjuk ke jalan yang lurus, juga kepada keluarga, sahabat serta orang
yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari kiamat.
Tugasa ilmiah yang di hadapan pembaca ialah sebuah tugasan yang diwajibkan
ke atas pelajar Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1,Pengajian Luar Kampus
(PLK), Universiti Utara Malaysia (UUM PACE), Sibu. Tajuk yang saya pilih untuk
tugasan ini ialah Hijrah dan Kesannya Ke atas Pembinaan Awal Tamadun .
Tujuan saya memilih tajuk ini untuk beberapa matlamat yang berikut :
1) untuk membuktikan bahawa Hijrah Rasulullah S.A.W adalah wahyu dari
Allah dan ia memberi kesan yang mendalam ke atas pembinaan awal
Tamadun.
2) untuk membuktikan bahawa Hijrah mempunyai hikmah yang harus
diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya.
Untuk menyelesaikan tugasan ini penulis telah mengambil masa sebulan untuk
menyelesaikannya. Masa seperti ini agak tidak mencukupi memandangkan tajuknya
yang menarik dan memerlukan hujjah yang bernas. Walau bagaimanapun penulis
berjaya menyelesaikannya dengan pertolongan beberapa perseorangan tertentu.
Penulis mendapati bahawa bahan-bahan rujuan hampir tujuh puluh peratus di dalam
bahasa Arab. Sementara yang lain di dalam bahasa Melayu dan lain-lain.
Dalam tugasan ini saya telah menggunakan metod penulisan sejarah dan telah
membahagikan tugasan ini kepada tiga bahagian besar. Bahagian Pertama
menyatakan pengertian hijrah dari perpekstif Islam. Bahagian Kedua pula meninjau
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
mulanya tamadun islam. Bahagian Ketiga menjelaskan kesan Hijrah Rasulullah S.A.W
ke atas pembinaan awal tamadun.
Akhir sekali penulis ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
mereka yang telah membantu dalam menyelasaikan tugasan ini. Semoga usaha ini
diredhai oleh Allah Taala sebagai amal ibadat. Penulis berharap tugasan ini menjadi
pembuka jalan kepada usaha untuk mengkaji lebih mendalam tentang hijrah Rasulullah
serta kesan daripada peristiwa tersebut.




Siti Nurfatimah Binti Hussen,
Pelajar Semester Oktober Sesi 2009/2010,
PLK-UUM,
PACE Sibu.









SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
PENGENALAN
DEFINISI HIJRAH

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam
keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama perkiraan tahun hijrah buat
umat Islam. Meningkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat,
terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu
tersendiri.
Ramai penulis moden menterjemahkan perkataan hijrah bererti lari (flight). Kata
mereka, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya telah melarikan diri dari Makkah
ke Yathrib kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin Quraisy. Terjemahan
dan tafsiran hijrah seumpama ini adalah tidak benar dan menyeleweng daripada
maknanya yang sebenar.
Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar hajara yang bererti
berpindah dan terbitannya hijrah ertinya perpindahan (migration). Pada umumnya,
perpindahan diertikan sebagai satu langkah untuk memperbaiki nasib hidup di dunia,
seperti orang berpindah dari desa ke Bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Tetapi hijrah merupakan suatu konotasi yang berbeza dan mempunyai orientasi dan
objektif yang lebih luas daripada itu, mencakupi aspek rohani dan jasmani bagi tujuan
untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Menurut Hasnan bin Kasan, salah seorang panel penulis daripada JAKIM, hijrah
berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu
tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah
meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-
satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan
yang lain.
Orang yang berpindah disebut muhajir (jamak : muhajirin atau muhajirun). Hijrah
yang dimaksudkan disini ialah hijrah orang Islam dari Makkah ke Yathrib bermula 1
Muharam 1H (16 Julai 622 M). bermula dari tarikh itulah tahun (takwim) Islam (tahun
Hijrah) digunakan.

DEFINISI TAMADUN
Mengenai definisi tamadun sudah banyak diperkatakan. Dalam penulisan Arab,
perkataan hadharah, madaniyyah, thaqafah dan bunyan sering digunakan bagi
menggambarkan tamadun tetapi perkataan tamadun lebih meluas penggunaannya. Ia
berasal daripada perkataan Arab tamaddun yang berasal dari maddana yang
bermaksud membangunkan atau memajukan (Bandar). Selainitu, ia membawa maksud
menjadi atau mengubah (seseorang yang berkelakuan kekampungan) kepada
berkelakuan (kebandaran).
Menurut kamus dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, peradaban
dan kemajuan (Teuku Iskandar, 1970). Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang
digunakan untuk merujuk kepada tamadun ialah civilization yang berasal daripada
perkataan latin civitas yang bermaksud kota atau city (Beg,1980) dan dari segi
etimologonya, tamadun berkait rapat dengan urbanisasi.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
PERMULAAN TAMADUN
Kelahiran tamadun Islam boleh dianggap satu keganjilan dalam sejarah hidup
manusia kerana ia lahir dalam kalangan penduduk padang pasir yang tidak begitu
diketahui oleh penduduk dunia pada ketika itu. Bangsa-bangsa yang menempa
tamadun sebelum itu adalah datangnya dari lembah Sungai Tigris dan Euphrates di
Mesopotamia, Sungai Nil di Mesir, Sungai Indus di India dan Sungai Hwang Ho di
China. Keempat-empat tamadun awal itu dikatakan telah mempunyai organisasi politik,
agama dan kepercayaan yang tersusun serta sistem sosioekonomi, komunikasi,
penulisan dan kemahiran khusus yang mantap. Tetapi pada kurun ke 5 Masihi,
tamadun ini menjadi lumpuh akibat keruntuhan empayar Rom yang menyebabkan
masyarakat Eropah dilanda perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan
agama Kristian. Sejajar dengan itu pula dunia Arab dilanda Zaman Jahiliyyah sejak
keruntuhan kerajaan Saba pada 115 Masihi dan Himyar pada 534 Masihi. Keruntuhan
kerajaan Saba dikatakan berpunca daripada kemusnahan empayar Marib yang dilanda
banjir besar dan keruntuhan kerajaan Himyar juga berpunca daripada kemerosotan
ekonomi berikutan kemusnahan empayar tersebut, tetapi ia dapat membina semula
kekuatannya hasil sumber yang diperoleh daripada daerah-daerah taklukannya yang
luas. Pada tahun 300 M ia mula lemah berikutan perpecahan politik dan setelah itu
campur tangan kuasa asing dari Habsyah yang disokong oleh kerajaan Rom. Pada
tahun 534 M kerajaan Himyar dijajah oleh Habsyah. Sejak tarikh itu masyarakat
mengalami keruntuhan tamadun yang ketara seperti dialami oleh masyarakat Eropah.
Jika masyarakat dikongkong oleh dogma agama Kristian, tetapi masyarakat Arab
khususnya di kawasan tengah termasuk kota Makkah dikongkong oleh kekufuran
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
agama berhala. Sebelum itu masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab dikatakan
amat maju dan bertamadun kerana terdapat bangunan-bangunan tinggi dan rakyat
hidup mewah hasil pertanian dan perdagangan. Pada yang sama mereka
mengamalkan ajaran Allah S.W.T dan Rasul-Nya serta bersyukur atas segala nikmat-
Nya. Justeru Allah S.W.T memakmur dan memberkati kerajaan tersebut. Akan tetapi,
oleh kerana sifat angkuh dan takbur serta mengingkari akan nikmat-Nya berlaku
kemudiannya, maka Allah S.W.T telah menurunkan bala dan malapetaka ke atasnya
dengan banjir besar yang menyebabkan empangan Marib yang dibangga-banggakan
itu runtuh. Selama kira-kira tiga kurun (300M-610M) masyarakat Arab hidup dalam
kegelapan Zaman Jahiliyyah, tiba-tiba sinaran wahyu kembali menyinar pada 17
Ramadhan 610 M dengan turunnya Al-Quran yang diwahyukan ke atas Nabi
Muhammad S.A.W. tidak sampai 100 tahun agama Islam tersebar dengan meluas dan
merebak ke serata dunia hingga ke negeri China. Empayar-empayar besar seperti
Empayar Parsi dan Empayar Rom telah dihancurkan, dunia yang gelap menjadi terang
disebabkan cahaya Islam. Islam telah membawa tamadun yang lebih tinggi dan unggul,
ketika dunia Barat mengalami Zaman Gelap. Ketika berada di puncaknya tidak terfikir
oleh umat Islam akan keruntuhannya. Tetapi pada pertengahan kurun ke 13 M tamadun
Islam di sebelah timur akibat serangan tentera Mongol ke atas kota Baghdad pada
1258 Masihi. Diikuti keruntuhan tamadun Islam disebelah barat akibat kejatuhan kota
Granada ke tangan tentera salib di Sepanyol pada akhir kurun ke 15 Masihi. Setelah
kira-kira satu dekad lamanya, maka kerajaan Melayu Melaka pula jatuh ke tangan
Portugis. Sejak itu, tamadun Islam telah lumpuh di merata dunia dan tidak dapat
dibangunkan lagi.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785
TUJUAN HIJRAH
Tujuan sebenar Rasulullah dan para sahabat berhijrah bukanlah kerana takut
atau cuba melarikan diri daripada kaum Quraisy, tetapi ia mempunyai tujuan dan
objektifnya tersendiri. Objektif utama ialah untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.
Objektif kedua ialah untuk mempertingkatkan dakwah Islamiah dengan cara yang
berkesan dan praktikal.













SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785

BIBLIOGRAFI
Mustafa Hj. Daud. (1992). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mahayudin Hj. Yahaya. (1998). Tamadun Islam. Shah Alam : Fajar Bakti
Hasnan bin Kasan. (2009). Penghijrahan Minda dan Tasawur. Retrieved from :
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492
Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar & Safiah Abdul Razak. (1993). Siri Karya Ibrah Kisah
Para Nabi : Hijrah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Monir Yaacob & Wan Roslili Abd. Majid. (1998). Mufti dan Fatwa di Negara-
Negara Asean. Terengganu : Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Dr. Adnan Ali Ridha Al-Annahwy. (1990). Syura Bukan Demokrasi. Kuala Lumpur :
Media Ehsan Sendirian Berhad.






SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 UPJJ-UUM
NO.MATRIK : 201785

You might also like