You are on page 1of 2

1

TUGASAN 1
___________________________________________________________________

KOD KURSUS : HBEF2703
TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUM
SEMESTER : JANUARI 2014
___________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN

Kebudayaan Malaysia yang unik lahir daripada kebudayaan masyarakat berbilang kaum
telah melahirkan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Sejak zaman nenek moyang kita
terdahulu lagi, masyarakat majmuk Malaysia sering bekerjasama. Acara-acara diraikan
bersama selain berhibur dengan pelbagai permainan seperti gasing, congkak, wau dan lain-
lain yang kini dikenali sebagai permainan tradisional. Terdapat permainan tradisional yang
masih terus kekal dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa sehingga ke hari ini.
Namun, kebelakangan ini permainan tradisional kurang popular.

Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa permainan
tradisional warisan kita terus dikenali dan kekal dalam kalangan generasi muda. Melalui
tugasan ini, anda berpeluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk
mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid anda.

Anda dikehendaki menganjurkan SATU pertandingan permainan tradisional di sekolah
anda dengan menggunakan sistem kalah mati. Anda boleh memilih permainan tradisional
yang terdapat di lokasi sekolah atau tempat tinggal anda. Contoh-contoh permainan
tradisional seperti permainan wau, batu seremban, galah panjang, congkak, gasing, bulu
ayam, sepak raga dan lain-lain permainan ini.




2
Untuk menyempurnakan tugasan ini, anda perlu menyediakan satu e-portfolio yang
merangkumi aspek-aspek berikut:

latar belakang mengenai permainan tradisional di Malaysia
persediaan sebelum pertandingan
perlaksanaan sebenar pertandingan
refleksi kendiri selepas pertandingan

Bahan-bahan dalam e-portfolio boleh merangkumi bahan-bahan bercetak, rakaman audio-
visual, gambar-gambar foto dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

PANDUAN TINDAKAN:
Tugasan ini boleh disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang yang diberikan
iaitu:
Aktiviti 1 Pencarian maklumat
Aktiviti 2 Persediaan sebelum pertandingan
Aktiviti 3 Perlaksanaan pertandingan
Aktiviti 4 Jurnal reflektif

Peringatan: Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dan ilmiah dalam forum kerana 10
markah akan diberikan kepada anda. Sila ambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan
dan memperbaiki markah tugasan anda.

You might also like