You are on page 1of 3

LAPORAN SOSIALISASI KUMPULAN

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PUTERI GUNUNG PULAU PINANG (PPDK)
Dalam menjayakan Program Pensiswazahan Guru(PPG) Semester 6 program
khidmat masyarakat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu dilaksanakan. Ini
merupakan program yang perlu dalam kursus wajib PKU 3112 iaitu Pemulihan Dalam
Komuniti. Lantaran itu, adalah menjadi satu tanggungjawab yang perlu digalas bersama
oleh semua pelajar PPG Pendikan Khas ambilan 2011 ini untuk memilih sebuah Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti bagi menjalankan program aktiviti kemasyarakatan
mengikut skop tugasan yang telah diberikan. Setelah mendapat kata sepakat, seramai
24 orang pelajar di dalam kelas PPG bersetuju untuk memilih dan menjalankan tugasan
kumpulan bersama dalam satu PDK yang telah dipilih iaitu Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Puteri Gunung, Pulau Pinang (PPDK).
Program Khidmat Masyarakat ini telah dijalankan pada hari Khamis 27 Februari
2014. Mengikut kehendak kursus program ini wajar dijalankan di dalam kumpulan-
kumpulan kecil di kalangan pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Semester 6 ini. Kumpulan-kumpulan kecil ini diadakan bagi memudahkan pelajar-
pelajar PPG menyediakan kerja kursus tugasan subjek PKU 3112. Kami pelajar-pelajar
PPG yang bertugas di negeri Perlis telah membentuk sebuah kumpulan untuk
melaksanakan kerja kursus tugasan ini. Kumpulan kami terdiri daripada Nursalimah
Binti Abu Bakar, Noorhafiza Binti Bulat, Mohamad Fadli Bin Ismail dan Hasrolnizam Bin
Hassan.
SEBELUM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Sebelum menjalankan program khidmat masyarakat ini, kami telah berbincang di
dalam pada toturial pertama dan kedua. Kami semua berkolaborasi dari segala segi
sama ada dari segi pengumpulan bahan dan maklumat yang diperlukan. Tahap
sosialisasi kami antara ahli dalam kumpulan sangat baik kerana masing-masing dapat
bertolak ansur dari segi pembahagian tugasan. Kami telah melantik Nursalimah sebagai
ketua kumpulan dan Noorhafiza sebagai penolong ketua kumpulan. Manakala
Hasrolnizam dan Mohamad Fadli sebagai AJK di dalam kumpulan kami. Kami juga
sering kali bertanya pendapat kepada pensyarah pembimbing kami bagi subjek iaitu
Puan Suraya Binti Bai. Banyak maklumat-maklumat berguna yang beliau berikan bagi
melicinkan perancangan kami dalam melaksanakan program ini kelak.
SEMASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Program ini dijalankan pada hari Khamis 27 Februari 2014, ianya dilaksanakan
diantara pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Kumpulan kami memulakan perjalanan
ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung, Pulau Pinang pada 6 pagi hari
tersebut. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam 20 minit dari tempat kami
berkumpul iaitu di Sekolah Tengku Budriah, Perlis. Sekolah Tengku Budriah adalah
sekolah di mana Mohamad Fadli bertugas. Setibanya kami di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Puteri Gunung kami diberikan taklimat oleh Pengerusi program iaitu Suliati
Binti Adnan dan dikenalkan dengan pegawai yang menguruskan pusat tersebut. Kami
diberikan tugas mengikut kumpulan masing-masing. Antara tugasannya adalah
keceriaan,sukaneka,lawatan dan sesi penutupan. Kumpulan kami telah menjalankan
tugasan secara teratur dan sempurna. Tahap sosialisasi dan kolaborasi antara
kumpulan kami dengan kumpulan yang juga di tahap yang tertinggi. Masing-masing
saling bantu membantu di antara ahli-ahli kumpulan yang lain. Kami juga sempat
bergaul mesra dengan murid-murid dan pelatih-pelatih yang belajar dan bekerja di
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung ini. Kami juga dapat merasakan riak
wajah gembira di kalangan penghuni pusat ini dengan kehadiran kami semua.
SELEPAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Program khidmat masyarakat ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 5
petang. Semua pelajar PPG yang mengikuti program berasa amat puas dan lega
kerana dalam menyiapkan tugasan yang wajib dilaksanakan dalam subjek PKU 3112.
Kami semua dapat menghasilkan nilai sosialisasi yang baik dikalangan komuniti orang
kurang upaya yang mendapat pengajaran dan pembelajaran dari Jabatan Khidmat
Masyarakat. Bagi kumpulan kami kami semua berasa sangat seronok dengan
pengalaman yang kami dapat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Gunung ini.
Setiap ahli kumpulan kami masing-masing bercerita tentang kebaikan yang kami dapat
dengan menjalankan program ini. Selepas dua minggu program ini dilaksanakan kami
mengadakan perjumpaan bagi membincangkan kerja kursus yang bakal kami sediakan
kelak. Perjumpaan kami secara bersemuka di lakukan pada interaksi kuliah ketiga.
Kami juga sebelum ini sering berkolaborasi di dalam alam maya iaitu email dan sms
bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting dalam merancang perlaksanaan kerja
kursus untuk subjek ini. Kami semua telah mengagihkan tugasan mengikut keupayaan
masing-masing. Sosialisasi dan kolaborasi di antara kami juga diteruskan pada kuliah
interaksi yang berikutnya dalam memastikan tugasan kumpulan kami berjalan dengan
lancar.

You might also like