You are on page 1of 15

1

2.0 PENDAHULUAN
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian
yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan harus mencerminkan satu pandangan
(falsafah) tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia
dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta di manakah ia
disimpan.
Selain daripada itu, pendekatan juga perlu mencerminkan satu teori bahasa
(teori linguistik) atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai contoh,
dalam satu teori pembelajaran, Gestalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi
secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi tersebut. Jika
kta menerima ia sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh jadikan ia sebagai
satu pendekatan dalam pengajaran. Ini bermakna, sesuatu pengajaran itu harus
dimulakan dengan cara mengamati keseluruhan dan kemudian kepada bahagian-
bahagiannya.
Pendekatan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pendekatan
pengajaran bahasa dan pendekatan pembelajaran bahasa. Pendekatan pengajaran
bahasa terdiri daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik
dan pendekatan komunikatif. Manakala pendekatan pembelajaran bahasa terdiri
daripada pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran
berasaskan aktiviti, pembelajaran berasaskan situasional dan pembelajaran
berasaskan permainan.
Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran
murid yang berbeza. Ia juga penting untuk memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp). Pemilihan pendekatan pembelajaran perlu
dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan dapat
mencapai objektif seperti yang dirancang.

2

3.0 TEORI FUNGSIONAL (HALLIDAY)

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa
fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur
malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat
komunikasi. kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa
bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa
ketika seseorang itu berkomunikasi. Wujud pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan
bahasa.
Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa,
antara lainnya:
i) Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan
merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis.
ii) Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan
sintaksis.
iii) Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa.
Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.
iv) Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan
fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya
Kelebihan dan Kekurangan Teori Fungsional
Berbagai konsep mengenai fungsional bahasa tentunya mengandung kelebihan
dan kekurangan, sebagaimana pepatah "Tiada gading yang tak retak". Kelebihan dan
kekurangan itu perlu dikemukakan sebagai bahan pertimbangan. Berikut
penjelasannya.
Kelebihan teori fungsional adalah memperlakukan bahasa sebagai alat untuk
menyampaikan dan memahami (transmit) maksud pertuturan. Pengguna bahasa
3

diutamakan secara lisan dan kontekstual. Proses komunikasi akan berlangsung jika
antara penutur saling emahami makna tuturan berdasarkan konteks yang ada, yaitu
melibatkan lokasi (where), waktu (when), dan kepada siapa tuturan ditujukan (whom).
Selain itu, teori fungsional lebih berkaitan dengan faktor-faktor sosial daripada proses-
proses psikologis yang rumit dalam bahasa. Dengan demikian, bahasa memiliki
ketergantungan terhadap masyarakat penutur bahasa dan sama sekali bukan
tergantung pada sistem yang terkandung di dalamnya.
Kelemahan teori fungsional bahasa adalah sebagai berikut :
i) Keyakinan bahwa bahasa sekedar alat untuk berkomunikasi menggunakan fungsi-
fungsi bahasa target, tidak bersifat universal, karena tidak mampu menembus sasaran
bahasa isyarat yang diperlukan oleh orang tunarungu. Jenis bahasa ini tidak
memerlukan penguasaan bunyi-bunyi bahasa (language sounds) dan pengucapannya;
ii) Penggunaan bahasanya hanya terbatas untuk kepentingan berkomunkasi secara
lisan (spoken language) bagi kalangan penutur level pemula;
iii) Bahasa tidak hanya memungkinkan seseorang untuk berkomunikasi, tetapi juga
memiliki fungsi daya pikir (mental functions) yang sangat diperlukan untuk memahami
sekaligus merefleksi dunia sekelilingnya. Oleh karena itu, kinerja pembelajarannya tidak
sesuai dengan tuntunan pembelajaran bahasa mutakhir, yaitu penguasaan empat
ketrampilan berbahasa;
iv) Nosi penutur hanya terbatas pada kepentingan komunikasi lisan.

Pandangan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa
dalam p&p
4

Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari
segi tatabahasa dan makna
Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa
perlu berjalan serentak
Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Interaksionalis
Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
Pengajaran dan pembelajaran perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

4.0 PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan
komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan
dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori
pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut
teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti
pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan
pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan
oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday
5

telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam
kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:
Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.
Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.
Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.
Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.
Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.
Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.
Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina
pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa
seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit
dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan
teori Halliday.
Ciri-ciri pendekatan komunikatif
Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna
sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau
peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk
dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat,
pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran
bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang
dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran.
Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau
memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan
6

bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan
komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara
penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina
berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur,
pengalaman, latarbelakang, minat dan keperluan pelajar.

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik
dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi
dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan
atau pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai
alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya
komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa
yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang
bersifat reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi
pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-
murid.

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kesilapan perlu
dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

7

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru
seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana
penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan
sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Proses Pengajaran Komunikatif
Membabitkan peranan guru bahasa ke arah pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk
membentuk murid dalam kumpulan komunikasi yang aktif dan responsif. Proses
ini melibatkan usaha:
1. Guru memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid.
2. Murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang
diberikan oleh guru.
3. Murid bertanya dan berbincang dengan guru
4. Murid menjalankan wawancara di hadapan bilik darjah.
5. Guru memberikan pandangan dan saranan untuk penambahbaikan.

Prinsip Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif terbahagi kepada tiga prinsip utama. Prinsip-prinsip
yang perlu diberikan penekanan dalam pendekatan komunikatif adalah ;
1. Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan.
2. Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana.
3. Pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar.

8

Prinsip komunikatif juga menitikberatkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya
untuk mempengaruhi kecekapan berbahasa dan komunikasi sesorang individu.Struktur
bahasa diajar supaya komunikasi lebih berkesan dengan kecekapan berbahasa yang
sesuai dengan fungsi komunikasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru wajar
mempunyai pengetahuan tentang kegunaan bahasa dan penggunaannya. Murid juga
pula perlu tahu untuk menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa
untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Menurut Chomsky (1965) menggunakan
istilah kecekapan sebagai pengetahuan si penutur dan pengguna lain dalam kebolehan
menggunakan bahasa bagi situasi tertentu, kecekapan lebih menjurus kepada
pengetahuan ilmu tatabahasa seperti aspek-aspek yang lain, termasuk ketepatan dari
segi pemakaian bahasa dalam keadaan sebenar.













9

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 3 Gemilang
Bil Murid : 30 orang
Tarikh : 28 Mac 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.40 9.40 pagi
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Memulihara Alam Sekitar
Standard Kandungan : 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang
sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul
Standard Pembelajaran : 5.2.1 Memahami dan menggunakan Kata Terbitan Awalan
ber, men, pen, ter dan di... dengan betul dalam
pelbagai situasi.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menggunakan kata terbitan awalan pen dengan betul dalam pelbagai situasi,
ii. Membina 5 ayat tunggal susunan biasa dengan betul mengikut situasi

Sistem Bahasa
Tatabahasa :morfologi imbuhan awalan pen
Kosa kata : pencemaran, pencabulan

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Sains dan teknologi
Nilai Murni : kesyukuran, kebersihan fizikal dan mental
Elemen Keusahawanan : Belajar melalui TMK
Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi, mencipta lirik lagu


Strategi

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman, sebab
akibat menjaga kebersihan gigi dan muka
KBKK
Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat dan memproses
maklumat tentang lirik lagu
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebersihan dalam
kehidupan seharian.



10

Bahan Bantu Mengajar

Jenis Bilangan
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Lirik lagu :Hijau Zainal Abidin 1
4 Grafik peta pemikiran : carta pelbagai alir 1
5 Lembaran kerja pemulihan 5
6 Borang rekod penilaian
i. Pemerhatian mengecam kata nama am
konkrit

1
1

Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mengamalkan kebersihan diri dalam kehidupan
seharian mereka.


Langkah /
Masa
Isi pelajaran Langkah dan Aktiviti Catatan

Set
Induksi
(5 minit)

Lagu: Hijau

Soalan
1. Apakah yang kamu
faham dari lagu
tersebut?
2. Apakah warna yang
terdapat dalam lagu
tersebut?
3. Mengapakah warna
hijau dipilih sebagai
judul lagu?
4. Apakah kaitan
warna hijau dengan
alam di sekeliling
anda?







Murid diperdengarkan lagu
Hijau nyanyian Zainal Abidin
Guru bersoal jawab dengan
murid berkaitan lagu tersebut
Guru mengaitkan jawapan
murid dengan tajuk pelajaran
pada hari ini.

BBB
Lirik lagu Hijau

KB
Menghubung kaiit

BCB
Memproses maklumat

Pembelajaran Kontekstual
Menghubungkait kan
dengan pengalaman
dalam kehidupan

Langkah 1
(15 minit)


Petikan Teks:
Memulihara Alam
Sekitar


Murid menyaksikan tayangan
slaid petikan Memulihara
Alam Sekitar.
Murid membaca petikan

BBB
Petikan Teks
LCD

11

Soal jawab
1. Apakah isi utama
yang kamu peroleh
daripada petikan
yang kamu baca
itu?

2. Mengapakah kita
perlu menjaga alam
sekitar kita?
- Cantik
- Bersih
- Sihat dan segar
- indah
3. Apakah
kepentingan
menjaga alam
sekitar kita?
- Tarik pelancong
- Dikunjungi
orang/pelancong
- Berniaga di situ
- dll

secara senyap
Murid membaca petikan
tersebut secara kuat.
KB
sebab akibat

Teknik
Pemerhatian
# Soal jawab



KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Kinestatik

Nilai Murni
Kebersihan


Langkah 2
(15 minit)

Mengenal pasti
imbuhan pen

Pencemaran
Penduduk
Perumahan
Persatuan
Pembasmian
Pencabulan
Pemanasan
Perbahasan
Pembukaan
Penempatan
Pertanian
Pengangkutan
Perbelanjaan

Murid mencari perkataan
yang berimbuhan pen yang
terdapat dalam petikan yang
disediakan
Murid menulis perkataan
tersebut pada
lembaran kerja/kertas sebak
Murid membentangkan hasil
itu
Guru merumuskan perkataan
yang berimbuhan pen
bersama-sama murid


BBB
Petikan teks

Pendekatan
Induktif

Teknik
Penyoalan

KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

Nilai Murni
Kebersihan fizikal dan
mental

Penilaian objektif
Pemerhatian

12


Langkah 3
(20 minit)

Guru memberikan satu
contoh ayat tunggal:

Pencemaran sungai di
Malaysia semakin
membimbangkan.



1. Murid membina ayat tunggal
susunan biasa secara lisan
berdasarkan perkataan yang
berimbuhan pen yang
tersenarai di atas.
2. Guru membetulkan kesalahan
murid secara lisan
3. Murid menulis ayat tersebut
pada papan putih
4. Murid menyalin ayat tersebut
pada buku rampaian


Pengayaan
Murid diminta menyenaraikan
6 perkataan yang
mengandungi imbuhan pen-
yang terdapat dalam kawasan
sekolah


Pemulihan
Murid diminta memadankan
perkataan berimbuhan dengan
kata dasar yang diberi.

BBB
Petikan teks
Kad perkataan
Borang penilaian rakan
sebaya.
KP
Verbal Linguistik
Intrapersonal


Penilaian objektif
Pemerhatian : Lembaran
kerja

Lembaran kerja aktiviti
pengayaan





Lembaran kerja aktiviti
pemulihan



Penutup
5 minit


Rumusan

Nyanyian lagu Hijau
dengan gaya tersendiri.

Guru membuat rumusan
tentang penggunaan kata
terbitan awalan pen dalam
ayat tunggal.
Murid diminta
menyanyikan lagu Hijau
dengan gaya tersendiri.


BBB

Lagu Hijau

Nilai
Kebersihan
Kesyukuran
KP
Verbal linguistik
Intrapersonal



13

Lampiran
Memulihara Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dewasa ini. Pencemaran ini telah
menjejaskan kehidupan penduduk terutamanya di kawasan perumahan. Pembasmian
aktiviti ini sukar dibendung kerana pencabulan undang-undang oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Pembukaan penempatan, kawasan pertanian dan penambahan alat-alat pengangkutan
seperti kenderaan menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Masalah ini
juga menyebabkan kos pemuliharaan alam sekitar semakin meningkat
Isu ini telah mendapat perhatian dan menjadi perbahasan oleh pelbagai pihak
tertumanya persatuan alam sekitar. Oleh itu kerjasama semua pihak diperlukan dalam
menangani masalah ini.











14

6.0 REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat saya
menulis dan membuat kerja kursus bahasa melayu ini. Saya juga bersyukur kepada
Allah S.W.T. kerana telah memberi kekuatan dan ketabahan kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Jutaaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat saya, Encik
Mohamad Roslan Bin Ghazali yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan Tugasan Projek ini dalam masa yang ditetapkan. Walaupun beliau sibuk
dengan komitmen lain, beliau tidak putus-putus mengikuti perkembangan penghasilan
tugasan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan
yang telah banyak menyumbang idea untuk menghasilkan folio yang terbaik. Dengan
kajian dan kefahaman atas tajuk tugasan yang diberi, secara tidak langsung
memberikan saya ilmu pengetahuan mengenai kaedah pengajaran bahasa melayu
sekolah rendah. Dari tugasan ini dapat saya pelajari dan memahami dengan lebih
mendalam berkaitan kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah rendah.
Akhir kata seribu kemaafan dipohon sekiranya terdapat kekurangan dalam
tugasan projek ini. Saya berharap tugasan yang dihasilkan ini dapat memberi input
yang berguna serta panduan kepada generasi akan datang. Sekian terima kasih






15

7.0 BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Abd Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997), Pengajian Melayu
I, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/17689910/Teori-huraian-bahasa?classic_ui=1
http://www.scribd.com/doc/65991412/pendekatan-komunikatif
http://www.scribd.com/doc/121452610/teori-fungsional

You might also like