You are on page 1of 4

3.0 Corak kepimpinan di sekolah.

(semasa praktikum dan internship)


Saya amat tertarik dengan corak atau gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh guru-
guru terutamanya pihak pengurusan atau pentadbiran sekolah semasa menjalankan
praktikum fasa ketiga dan internship. Terdapat empat corak yang telah saya perhatikan
iaitu :
Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis)
Kepimpinan Demokratik
Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan)

3.1 Corak kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis)
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap
kakitangannya. Ia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan
persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan
dengan menganjurkan permuafakatan.
Berdasarkan pengalaman yang saya dapati sepanjang praktikum dan internship,
Guru Besar saya banyak menunjukkan corak kepimpinan berperikemanusiaan
(Humanis). Guru Besar saya selalu membuat lawatan di dalam bilik guru. Beliau selalu
bertanya khabar kepada guru-guru dan mengenai tugasan mereka. Beliau pernah
memberitahu saya bahawa beliau tidak mahu guru-guru di sekolah itu terlalu stress
sewaktu bekerja. Beliau mahu semua guru menjalinkan hubungan dan persahabatan
yang mesra di antara satu sama lain.
Selain itu, beliau juga menggalakkan agar semua guru selalu berbincang bersama
mereka jika menghadapi masalah. Beliau mahu semua guru dalam sekolah itu sepakat
dan bekerjasama semasa melakukan tugas. Beliau juga telah menyediakan banyak
aktiviti yang boleh menyebabkan permuafakatan antara guru terjalin. Antaranya ialah
majlis makan, melancong dan mewujudkan sebuah kelab guru dan staf. Melalui aktiviti
yang dilakukan, saya mendapati sebuah hubungan kekeluargaan terjalin di antara
semua guru dan staf yang terlibat.

3.2 Corak kepimpinan Demokratik

Demokrasi pula pada pemahaman saya adalah satu bentuk pemerintahan yang
mengamalkan cara mengurus, mentadbir dan memerintah secara demokratik, dimana
setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majority. Jika dalam hal negara
ditentukan rakyat jelata. Bertepatan dengan asal perkataan ini ( Yunani ) yang
bermaksud rakyat dan memerintah atau lebih tepat lagi diperintah oleh rakyat.
Seorang ketua yang demokratik akan membantu pekerja menilai prestasi masing-
masing berdasarkan pelan pembangunan yang dibangunkan bersama.Seorang ketua
juga akan membenarkan pekerja membuat target atau sasaran masing-masing.Ianya
juga mengalakkan semua pekerja untuk meningkat dan membangunkan kebolehan diri
dan kerjaya masing-masing,serta turut memberi peluang untuk kenaikkan pangkat dan
tanggungjawab yang lebih berat.Pengiktirafan dan galakkan diberikan terhadap
pencapaian pekerja.
Dalam pengurusan atau pentadbiran disekolah saya, Guru Besar saya banyak
mengamalkan cara ini. Ia bertujuan agar guru-guru dan staf merasakan pandangan
mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat
kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan menjalankan tugas dengan
lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan diambil berdasrkan keputusan
mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak diambil kira.
Ketika mesyuarat yang melibatkan guru dan staf, Guru Besar akan meminta
pendapat dan idea daripada guru dan staf. Beliau mahu semua ahli mesyuarat itu
bersuara agar mereka rasa bahawa mereka dihargai di dalam sekolah itu. Beliau juga
terima semua pendapat daripada orang bawahannya.
Jika beliau ingin melaksanakan sesuatu program, beliau akan meminta pendapat
daripada guru dan staf. Hal ini kerana beliau mahu semua guru dan staf tahu dan
bersetuju sebelum satu program itu dimulakan. Beliau tidak mahu jika terdapat
sebarang ketidak puas hatian daripada anak buahnya.

3.3 Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan)
Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir
yang memberikan dan menjamin kebebasan kepada individu. Dipandang dari satu
sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan
di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana
dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan.
Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya
hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus
oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong
Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan
tugas sebenar mereka dalam erti kata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih
bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif. Kesimpulan dalam mengurus tadbir
organisasi sekolah,
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire,tidak begitu berminat
dengan urusan yang diamanahkankepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai
kerja mahu pun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini
akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
Corak kepimpinan ini telah ditunjukkan oleh Guru Besar sekolah saya apabila
beliau memberi kepercayaan seratus peratus kepada Guru Penolong Kanan 1, Guru PK
HEM dan Guru PK KO. Mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri mengenai
tugasan mereka seperti melakukan program atau aktiviti yang melibatkan murid di
sekolah. Guru Besar saya yakin bahawa mereka boleh melaksanakan kerja mereka
dengan betul kerana itu adalah tugas mereka.
Selain itu Guru Besar juga memberi kepercayaan seratus peratus terhadap tukang
kebun untuk membina landskap sekolah. Di sekolah saya mempunyai landskap yang
sangat menarik dan dibina sendiri dari idea tukang kebun. Guru Besar sangat yakin
terhadap orang bawahannya dalam melaksanakan tugas mereka.


4.0 Perkaitan corak kepimpinan dengan teori kepimpinan

You might also like