You are on page 1of 6

LATIFF MOHIDIN

Abdul Latiff bin Haji Mohidin (A. Latiff Mohidin, Alma) dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban,
Negeri Sembilan. Latiff menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah
IV. Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile
Institution, Singapura. Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah
King George V hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959.

Pada pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts,
Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman. Dalam tahun
1969, Latiff mengikuti kursus seni goresan/etching di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian
meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

Beliau mula menyair sejak awal tahun 1963 dan terus aktif berpuisi sambil mengembara pada tahun 60-an
dan 70-an. Puisi beliau yang kaya dengan pelbagai imejan, metafora, serta ungkapan ringkas yang segar
telah membawa nafas baharu dalam perkembangan puisi di negara kita. Sehingga kini, beliau telah
menghasilkan tujuh buah antologi, iaitu --- Sungai Mekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang,
Pesisir Waktu, Serpihan Dari Pedalaman, Rawa-Rawa dan Sajak-Sajak Dinihari --- serta tiga buku
catatan seni, iaitu Garis, Catatan Latiff Mohidin, dan Catatan Dua Baris. Puisi-puisi beliau telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Itali, Danish, dan Tamil.

Dalam bidang seni lukis, beliau mula berkarya sejak tahun 1951. Melalui siri lukisannya seperti Pago-
Pago, Mindscape dan Langkawi, Latiff diiktiraf sebagai antara pelukis penting di negara ini. Beliau
telah mengadakan tiga puluh pameran perseorangan di Asia dan di Eropah. Latiff pernah mempamerkan
hasil karya seni lukisnya di Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New
York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya,
Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Selain melakar, melukis, menulis, dan menghasilkan arca, beliau juga amat giat menterjemahkan karya-
karya puitis pujangga, pemikir, dan ahli falsafah dunia seperti Rubaiyat Omar Khayyam, Puisi-
Puisi Jalaluddin Rumi, Tao Te Ching Lau Tze, Gitanjali Tagore, dan Faust Goethe.

Selama menceburi pelbagai cabang seni, Latiff Mohidin menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah.
Misalnya dalam bidang sastera, Latiff pernah memenangi Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia
sejak tahun 1971. Beliau juga menerima Anugerah Puisi Putera 1 anjuran Bank Bumiputera dan
GAPENA. Pada tahun 1984, Latiff terpilih menerima S.E.A. Write Awards di Bangkok.

Kini, Latiff Mohidin masih lagi aktif berkarya terutama dalam bidang seni lukis.

























Pago-pago























PENSEL ATAU ARANG
CAT MINYAK
GURISAN ASID


Hasil Karya ~ seni tampak

'Pago-Pago' (1964),
Latiff Mohidin, oil on canvas

Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya sebagai penggiat
seni lukisan ekspresionisme. Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan
jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini adalah lukisan Ia mengwujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya
abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat. menjaga dan menghargai alam sekitar.
Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni, Latiff banyak menggunakan unsur seni seperti
garisan, dan rupa. Jika diperhatikan, catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu berdasarkan
garisan iaitu, garisan bergerigi bermakna kesakitan, garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak
mengalir, garisan kasar memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut memberi
gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan dan
mengwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik.








Menggambarkan watak daripada karya
puisi, lukisan dan pengalamannya
sendiri.

Bereksperimen dan mempertingkatkan
kebolehan dengan pelbagai pendekatan.
Karya sentiasa diselitkan dengan unsur
alam.

You might also like