You are on page 1of 1

Rujukan Kami : IPGKT/700-12/1/2(11)

Tarikh : 23 Julai 2013


Mohd Radzi bin Ramli
SK Pekan Tenom
Peti Surat 77
89907 Tenom

Melalui :-

Guru Besar
SK Pekan Tenom
Peti Surat 77
89907 Tenom


Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MANIKAYU 2 IPG KAMPUS TAWAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum IPG Kampus tawau akan menganjurkan Majlis
Anugerah Manikayu 2 pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 27 Julai 2013 (Sabtu)
26 Julai 2013 (Perjalanan)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Rafflesia, IPG Kampus Tawau

3. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan anugerah Manikayu 2 Beads secara rasmi kepada
pemimpin pengakap yang telah tamat menyertai latihan kepimpinan di IPG Kampus Tawau.

4. Sehubungan dengan itu, institut ini dengan rasa berbesar hati memohon agar pihak tuan memberi
pelepasan kepada pegawai tersebut untuk diraikan pada masa yang ditetapkan.

5. Segala kerjasama pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



(HAJAH MASNI BINTI MADAT)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tawau

You might also like