You are on page 1of 5

Arief Daniel Bin

Mr Mohd Yunos
Pengurus Besar
Ashraf Alqayyum
Bin Samuri
Penolong
Pengurus Besar
Muhammad
Munawwar
Pengurus
Pemasaran
Naggen Sri A/L
Mani Maran
Pengurus
Pengiklanan
Muhammad
Amirnudin Bin
Idris
Pekerja Jualan
Seiswaran A/L
Pandein
Pekerja Jualan
Umi Nabilah Binti
Borhan
Pekerja Jualan
Nur Amiera
Shaqirah Binti
Harun
Pengurus Kawalan
Kualiti Makanan
Filza Izzaty Binti
Talib
Pengurus
Pengeluaran
Muhaimin Bin
Jamaluddin
Pembantu
Pengeluaran
Mohamad Shazrin
Bin Muhamad Jaya
Khidmat Pelanggan
Abdul Latif Bin
Fadzillah
Akauntan
Deskripsi Tugas
1. Pengurus Besar/ Pengurus Operasi
Pengurus Besar bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan
perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi
perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja
mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.

2. Naib Pengurus Besar
Tugas Naib Pengurus Besar sedikit sebanyak seakan-akan tugas seorang
setiausaha iaitu membantu tugas Pengurus Besar dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi semasa ketiadaannya. Selain itu, tugas Naib Presiden juga
ialah menerima arahan Presiden/Pengerusi dari semasa ke semasa

3. Akauntan
Akauntan mempunyai tanggung jawab yang besar dalam sesebuah organisasi.
Ia bertanggungjawab kepada presiden dalam bidang pengurusan pentadbiran
kewangan. Antara tugas akauntan ialah; Memberi nasihat, merancang dan
melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
- Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada
pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain
- Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;
- Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah
penjimatan kawalan kos;
- Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan
dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki,
ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian
dan penjualan perniagaan dan sebagainya.

4. Pengurus Pemasaran
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan
dengan mencari pemasaran yang baru. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah
sentiasa memenuhi selera pelanggan. Pengurus pemasaran juga perlu sentiasa mencari
jalan atau idea bagi memasarkan produk yang dihasilkan syarikat. Dibawah pengurus
pemasaran terdapat dua lagi jawatan yang membantu dalam tugas-tugas pemasaran
iaitu; Pengurus Pengiklanan dan Pengurus Kawalan Kualiti Makanan.

5. Pengurus Pengeluaran
Antara tugas pengurus pengeluaran ialah seperti berikut:
- Mencari input atau sumber mentah untuk tujuan pengeluaran.
- Memastikan kualiti input dan pengeluaran.
- Menyediakan jadual pengeluaran dan mengumumkannya kepada semua ahli
syarikat.
- Memastikan keselamatan stok.
- Memastikan semua produk dihasilkan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan stok sentiasa cukup untuk dijual.

6. Khidmat Pelanggan
Khidmat Pelanggan atau lebih mesra dikenali sebagai Customer Service
merupakan jawatan penting dalam sesebuah organisasi mahupun syarikat. Hal ini
kerana Customer Service merupakan cerminan hadapan atau individu pertama yang
akan berurusan dengan para pelanggan sebelum bertemu dengan mana-mana pihak.
Antara tugas khidmat pelanggan ialah:
- melayani para tetamu atau pelanggan yang ingin berurusan dengan syarikat.
- memberi penerangan mengenai produk yang dijual oleh syarikat.
- membantu tetamu atau pelanggan yang menghadapi masalah sehingga isu
berbangkit selesai.
- memaklumkan dari masa ke semasa tentang aduan yang dilaporkan oleh
pelanggan.


7. Pekerja Jualan
Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan
menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti
ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan berkembang maju.

You might also like