You are on page 1of 10

PELAJARAN 25

UNIT 2 :
PERSAUDARAAN ANTARA
MUHAJIRIN DAN ANSAR
MUHAJIRIN :
Pengikut Rasulullah yang berhijrah dari
Mekah ke Madinah
ANSAR :
Terdiri daripada penduduk asal Madinah
yang telah memeluk islam dan
membantu perjuangan Rasulullah di
Madinah
Terdiri daripada dua kaum iaitu Aus dan
Khazraj
CARA RASULULLAH MEMPERSAUDARAKAN
ANSAR DAN MUHAJIRIN

Memperkenalkan sistem saudara angkat

- Setiap Muhajirin mempunyai saudara angkat
daripada golongan Ansar

Objektif
Terjalin hubungan kasih sayang dan persaudaraan
Tali persaudaraan semakin mendalam hingga mereka
menganggap antara satu sama lain sebagai saudara
kandung
Menyebabkan Muhajirin tidak berasa terasing di negara
orang
Saling berkasih sayang, bekerjasama, tolong menolong,
bersatu padu dan Bantu membantu atas dasar akidah
islam yang Satu
PENGORBANAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

Pergorbanan Muhajirin
Meninggalkan keluarga, harta dan tanah air sebagai
menyahut seruan hijrah
Bergadai nyawa dan mengharungi pelbagai penderitaan
semasa dalam perjalanan hijrah
Bersusah payah untuk memulakan kehidupan baru di
Madinah

Pergorbanan Ansar
Menghulurkan bantuan harta, tenaga dan tempat tinggal
kepada Muhajirin
Menawarkan isteri dan anak untuk dikahwini dan
memberi perlindungan kepada Muhajirin
Sama sama berjuang untuk mempertahankan islam
ASAS PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
Kepatuhan kepada Allah dan RasulNya
Mengamalkan cara hidup Islam
Mengutamakan kepentingan agama Islam
lebih daripada kepentingan lain
Perpaduan yang berasakan matlamat
yang jelas iaitu bagi mencapai keredaan
Allah s.w.t demi kebahagian di dunia dan
akhirat
KEPENTINGAN PERPADUAN DAN
PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

Individu
Melahirkan persaan kasih sayang dan hubungan
silaturahim yang kukuh
Melahirkan ketenangan dalam kehidupan
Masyarakat
Hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai
Dapat meringankan beban kerja melalui semangat
kerjasama
Negara
Maju dan membangun dengan pesat
Dihormati di peringkat antarabangsa
LANGKAH MEWUJUDKAN
MASYARAKAT MAJMUK

Hormat menghormati antara satu sama
lain
Bersikap toleransi
Bekerjasama dan saling bantu
membantu dalam kebajikan
Ziarah menziarahi
FAKTOR PERPECAHAN DALAM
MASYARAKAT

Kurang didikan agama dan mengikut hawa
nafsu semata mata
Tidak menghayati ajaran al-Quran dan hadis
Tidak bertolak ansur
Mempunyai akhlak mazmumah (individualistik,
iri hati dan hasad dengki)
Sombong, enggan terima kebenaran dan tidak
mengaku kesilapan sendiri
TELADAN

Menyedari kepentingan persaudaraan
dalam islam
Sanggup berkorban demi memelihara
persaudaraan sesama muslim
Perpaduan sesama muslim mesti
diasakan atas dasar kalimah tauhid
TAMAT

You might also like