You are on page 1of 7

PENDIDIKAN MORAL:

TING. 5

Nilai Berkaitan
dengan Patriotisme
Cinta akan negara
Tajuk Pengajaran

Kepelbagaian agama dan


budaya asas
kesejahteraan masyarakat
Kandungan Akademik
• Cinta akan negara asas kesejahteraan
bersama
• Keharmornian masyarakat majmuk
menjadi kebanggaan negara
• Kepelbagaian agama dan budaya dalam
masyarakat menjadi kebanggaan bersama
-Agama/kepercayaan
-Tradisi dan adat resam
-Bahasa
Agama / kepercayaan
• Negara kita terdapat pelbagai keturunan yang menganut
pelbagai agama seperti Islam,Kristian,Hindu,Buddha,dan
Taoisme.
• Hidup dengan rukun dan damai.
• Mengamalkan budaya dan agama masing-masing secara
harmoni dan bertoleransi.
• Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
• Mementingkan ciri-ciri persamaan dan amalan baik yang
dianjurkan oleh pelbagai agama dan kepercayaan.bukan
ciri-ciri konflik dan perbezaan.
Tradisi dan adat resam
• Terdapat pelbagai perayaan serta pesta budaya dan
agama.
• Berkongsi bersama menyambut perayaan dan pesta
secara meriah dan bermakna.
• Konsep rumah terbuk dan balik kampung – merapatkan
silaturrahim dan memupuk kasih sayang kalangan anggota
keluarga,sanak saudara dan rakan komuniti tempatan.
• Amalan menyediakan kuih muih tradisional semasa
perayaan membawa kepada proses penyesuaian budaya
dalam aspek makanan berlaku.
Bahasa
• Kepelbagaian bahasa merupakan satu ciri unik dan
keistimewaan negara malaysia.
• Bahasa rasmi ialah Bahasa Malaysia – berfungsi
sebagai bahasa untuk perpaduan dan muhibah.
• Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk
berhubung mesra atas tujuan rasmi ataupun dalam
perbualan harian.
• Kaum-kaum selain Melayu diberi kebebasan untuk
menggunakan bahasa ibunda dan dialek mereka
sendiri.
Kesimpulan
• Kepelbagaian agama,kepercayaan,tradisi,adat
resam dan bahasa telah menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia.
• Perpaduan ,keharmonian dan keamanan yang
wujud di Malaysia di kagumi oleh masyarakat
luar negara sehingga mereka menjadikan
negara ini sebagai destinasi utama untuk
melancong.

You might also like