You are on page 1of 4

PENGENALAN

Salahsilah asal perkataan terjadinya Sabah adalah berasal daripada sejenis tanaman.
Tanaman pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH"
atau "JABA" oleh masyarakat Bajau dan Suluk yang sangat popular dibuat pisang goreng.
Pisang ini biasanya ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.
Tulisan puisi Jawa Nagarakertagama nurkilan Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah
sebagai 'Seludang'. Manakala asal nama Manila (Filipina) juga adalah 'Selurong'. Ini
mungkin merujuk kepada penguasaan satu kerajaan yang sangat hebat pada ketika dahulu
iaitu Kesultanan Sulu.
Dalam tulisan Marco Polo pula sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali
sebagai "Burni" yang mungkin merujuk kepada Kesultanan Brunei. Ini tidaklah
menghairankan kerana nama BORNEO itu sendiri merujuk kepada penguasaan Kerajaan
Brunei
Bendera Sabah




Menurut maklumat Pejabat Penerangan Negeri Sabah, bendera Negeri Sabah berbentuk
empat persegi bujur pada kadar 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh
bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang
kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari
sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini
terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi
kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur
bawah berwarna merah cili.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan
kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah. Lima daerah pentadbiran atau Bahagian
yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:
1. Bahagian Kudat
2. Bahagian Pantai Barat - Utara & Selatan
3. Bahagian Pedalaman
4. Bahagian Sandakan
5. Bahagian Tawau

Penduduk Sabah kini dianggarkan sebanyak 3,206,742 orang dan merupakan negeri ke-3
yang teramai di Malaysia selepas Negeri Selangor dan Negeri Johor. Sabah merupakan
negeri yang paling berbilang kaum di Malaysia. Antara Kaum-kaum yang terdapat di Sabah
ini ialah Kaum Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungei,
Idahan, Illanun (Iranun), Kedayan, Bisaya, Bonggi, bumiputera Sabah yang lain serta
masyarakat minoriti yang lain seperti pendatang daripada Filipina seperti Suluk (Tausug )
dan Yakan dari selatan Filipina, serta masyarakat Jawa, Bugis dan Timor dari Indonesia
yang telah hidup aman dan makmur sejak sekian lama.
Kadazan Dusun
Kaum etnik Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di
Sabah. Kaum Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan
pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Kaum etnik terbesar ini terdapat 27 suku
kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang
Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta
beberapa etnik kecil lain. Gabungan ini berlaku atas sebab pertelingkahan politik dimana
Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan
istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan
bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi
sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun
dipilih sebagai tolak-ansur.

Pakaian Tradisional Sabah









Penggunaan pakaian-pakaian tradisional mereka boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu
zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai
semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman
moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu
seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta untuk acara-acara
kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional
mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna
hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si
pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak mengatakan
bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan
semulajadi di waktu itu.
Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau
cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian
lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-
manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan
benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang
yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling
perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna
untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai
bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan,
pergelangan tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai
pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-
terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai
tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari
orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih
memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat
yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum
wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan
kegiatan yang dilakukan.





Rujukan :
http://paradiseofdborneo.blogspot.com/p/pakaian-tradisional-etnik-sabah.html - Pakaian
etnik sabah
http://paradiseofdborneo.blogspot.com/p/pesta-kaamatan.html - Pesta keamatan (menuai)
http://taman14.blogspot.com/

You might also like