You are on page 1of 3

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL



KOD KURSUS :
TQ 30303
ASAS NOMBOR

TUGASAN INDIVIDU
KAJIAN PENGAJARAN OPERASI DARAB GYPSY

BIL NAMA AHLI NO. MATRIK
1 ISMARTINI BINTI BUJANG CT11210224

NAMA PENSYARAH:
DR CHIN KIN ENG

TARIKH SERAHAN:
15 MAC 2014








PENDAHULUAN
Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kemahiran
operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Dua pendekatan
pengajaran telah digunakan sebagai cara untuk menguasai pendaraban iaitu kaedah penghafalan
dan kaedah petak sifir yang menggunakan petak-petak tertentu berasaskan sifir satu hingga
sembilan.
Unsur kemahiran darab dalam matematik merupakan satu elemen penting yang perlu dikuasai oleh
murid-murid. kegagalan mereka menguasai sifir menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran matematik atau pun akan gagal dalam mata pelajaran ini.
Pelbagai kaedah dan tek nik digunakan bagi membantu murid yang bermasalah dalam
menyelesaikan masalah darab. Otak murid perlu dilatih untuk menguasai pendaraban. murid boleh
menggunakan teknik menghafal. Tetapi ramai murid sering terlupa dan kurang mengambil berat
tentang pengiraan matematik kerana mereka kurang berminat dan selalu malas membuat latihan
bagi mengukuh kemahiran matematik mereka.
'Kaedah Jemari' selalu digunakan dalam pembelajaran matematik kerana mudah bagi murid
menggunakan jari mereka untuk mengira. Oleh itu, banyak kajian telah dibuat dan mendatangkan
peningkatan yang positif tentang kaedah ini.
'Kaedah Jemari' dalam bidang matematik telah lama wujud sejak dari dulu kala lagi. Puak gypsy dari
zaman dulu lagi telah menggunakan kaedah jemari dalam membuat pengiraan. "Gypsy" berasal
daripada suku bangsa Asia yang tinggal di Eropah dan Amerika . mereka mengamalkan cara hidup
yang berpindah randah.
Dari zaman terawal , pengiraan selalu dibuat menggunakan jari. Dalam tamadun purba, sistem telah
dibangunkan supaya nombor boleh diwakili oleh kedudukan jari. Dengan cara yang sama seperti
masa kini iyanya digunakan oleh orang bisu dan pekak. Tangan kiri biasanya mewakili nombor yang
lebih rendah. Di atas 100 telah dikira di sebelah kanan.
Pendaraban jadual mengambil masa untuk belajar. Sebelum wujudnya pen dan kertas, adalah
kebiasaan sistem jari ini dihasilkan untuk membantu mengira dengan cepat.

01
PENDARABAN MENGGUNAKAN 'KAEDAH JEMARI'
KAEDAH DARAB GYPSY


Jari-jari tangan dan kanan di tandakan terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan semasa
membuat aktiviti pengiraan. menggunakan kaedah ini, pendaraban hanya boleh dilakukan dari
angka 6 hingga 10 sahaja. Ia digunakan untuk pengiraan yang sukar sahaja dari sifir 6 hingga sifir 9
berbanding sifir 2 hingga sifir 5.
contoh 1 :
Untuk mendapatkan hasil darab 7 darab 8 ( 7 x 8 )
jari sebelah kiri yang bernombor 7 dicantumkan dengan jari sebelah kanan bernombor 8. Jari yang
bercantum hingga jari terbuka mengadap diri sendiri di kira 10 setiap satu iaitu jari yang bernombor
7 = 10,8 = 10 ,7 = 10,6 =10,6 = 10 di kira 10 setiap satu menghasilkannya 50 . manakali baki jari
kanan ada 2 jari dan baki jari kiri ada 3 jari. Di darabkan 2 x 3 = 6 . Oleh itu, hasil 50 tadi ditambah
dengan 6 menjadikannya 56. Maka 7 x 8 = 56
Contoh 2 :
Untuk mendapatkan hasil darab 6 x 6
jari kiri bernombor 6 dicantum dengan jari kanan bernombor 6. 6 = 10 kiri, 6 = 10 kanan
menghasilkan nilai tambah 20. Baki jari yang lebih sebelah kiri ada 4 dan baki lebih jari kanan juga
ada 4. Didarabkan 4 x 4 menghasilkan nombor 16. Hasil tambah mula-mula tadi iaitu 20 di tambah
dengan 16 sama dengan 36 ( 20 + 16 = 36 ). Maka, hasil darab 6 x 6 = 36


02

You might also like