You are on page 1of 5

Resepi Nasi Arab Hadramaut

Bahan2 utk ayam dan nasi


2 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg
digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras
basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam
debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna
merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1
1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus
buat air stok rebusan lagi sedap)
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
3. Masukkan *rempah A ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam
dgn api yg sederhana kuat.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.Susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
6. Masukkan **rempah B yg digunakan., 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
7.Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
8.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih. gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja
sampai hampir masak.
14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi,
diletakkan bersilang secara X atas nasi.
16. biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi dg garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
18. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg
tudung periuk.boleh tutup api.biarkan seketika.
(edit sukatan rempah A & B dan sikit step no 6&7- 9.6.2012)

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama
guna suhu 200' C.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah(serbuk pewarna merah).Lumurkan juga bhg
bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam
dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.

Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan
air, garam. Kemudian blender sekejap.
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama
potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Resepi Lamb Kabsa
1 kilogram potongan daging lamb/kambing biri2
2 sudu makan minyak zaitun/olive oil saya guna minyak jagung campur 1 sudu makan butter
1 biji tomato
1 biji bwg besar
1 sudu teh serbuk jintan
4 biji buah pelaga/ cardamom
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/ black pepper
garam secukup rasa
1 batang kayu manis / cinnamon
4 oz sos tomato sy letak dalam 4 sudu besar
1 biji limau hitam tak jumpa so tak letak!
2 kiub ayam ( sy letak 1 kiub ayam shj)
1 sudu teh halia yg telah di tumbuk saya letak lebih dalam 1 sudu makan!!!
1-1/2 cawan beras basmathi rendam dahulu selama 30 minit sebelum dimasak.
sedikit saffron saya ganti dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
4 biji cengkih
1/4 cawan daun ketumbar/cilantro, utk tabur
kacang gajus/badam/kismis utk tabur tak letak
beberapa titik pewarna oren saya tambah
Cara membuatnya
1. Masukkan daging kambing dalam periuk ( 4 qt ) bersama dengan air secukupnya dan kiub ayam. Rebus dan tutup
hingga daging hampir empuk. Air yg di gunakan agak2 mencukupi untuk masak nasi dan sup.
2. Kemudian masukkan sedikit garam, serbuk jintan, halia yg telah diketuk( ni halia yg lain ya ),kedalam rebusan. Bila
dah agak2 nak empuk tutup api dan ketepikan.
3. Bawang besar dan tomato di potong dadu. ketepikan!
4. Panas kan periuk lain, masukkan minyak zaitun/ butter kemudian tumis bawang besar hingga wangi. Selepas itu
baru masukkkkan tomato yg telah dipotong dadu, tomato sos, serbuk jintan, buah pelaga, serbuk lada hitam, kayu
manis, limau hitam, halia, cengkih dan safron atau serbuk kunyit.
5. Masak lah seketika hingga semua bahan sebati kemudian baru masukan beras basmathi dan kuah rebusan/ stok
daging kambing tadi.. ( nisbah air utk beras basmathi ialah 3 cawan beras = 4 1/2 cawan air ya. jangan terlebih
bubuh air pulak nanti nasi lembik pulak!!)
6. Masak seketika nasi tadi dalam beberapa minit kemudian dengan perlahan2 masukkan daging kambing tadi diatas
nasi. Masak lah nasi seperti biasa. bila air nasi dah kering kacau2 guna garpu, titikkan dengan pewarna oren, tutup
periuk, kecilkan api so masak dgn api perlahan selama 30 40 minit.
7. Jangan buka penutup periuk sehingga nasi masak. sebelum menghidang kacau sekali lagi utk meratakan pewarna
oren tadi..
8. Hidangkan bersama sos, timun dan tomato segar dan kuah sup tadi..
Yields: 4 servings
Untuk sosnya saya guna resepi ni
Resepi Sos Salata Hara
3 biji tomato cincang.
1/2 cawan daun ketumbar saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau saya tambah
garam.
sedikit gula
Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.
** sedia utk di hidangkan bersama nasi kabsa.

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan
mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang
sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup
keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan
lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)
Nasi Daging Noxxa
Salam semua. Nasi daging ni ana dapatkan resepi dari adik ana. Kalau dia ( kieSha IzzRul nama fb) balik kampung
mesti kami suruh dia buat. Jadi kali ni ana pulak nak cuba masak nasi daging dengan menggunakan pc Noxxa yang
sudah semestinya lebih cepat proses memasaknya.
Alhamdulillah seperti yang dijangkakan pc Noxxa memberi keputusan yang sangat membanggakan. Daging yang
lebih pantas proses melembutkannya dan boleh terus masak nasi.
Bahan-bahannya
300g daging( di hiris nipis)
Satu sup bunjut
2 cwn beras basmathi - rendam 1/2 jam dan tos
1 1/2 - 2 cawan air rebusan daging / air + 1/2 ketul kiub daging. ( sukatan air dan beras basmathi 1 cwn beras=1 cwn
air dn 1/2 susu). Kita tengok lebihan air daging ysng kita HIGH PRESSURE tu. Klu dah ada lebih kurang 1/2 cawan,
kita cuma letak air 1 cwn utk beras1 cawan.
1/2 cawan susu cair
#1 labu bawang besar
#2 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
Bahan2 # di.mesin halus
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kulit kayu manis
Daun pandan
1 sudu besar kismis
Sedikit kunyit dan garam
Minyak sapi dan minyak
1 sudu rempah sup ADABI
Cara
1. Tekan STIR FRY dan tekan ON. Panaskan minyak. Masukkan bawang bunga lawang, pelaga, kayu manis, halia dan
daun pandan. Bila wangi masukkan daging dan sup bunjut, garam dan rempah kurma serta tekan OFF. Tutup
penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Set butang HIGH PRESSURE selama 40 minit serta tekan ON.
2. Bila masak tekan OFF. Bebaskan tekanan. Masukkan air, susu cair, garam, kunyit jika suka, kismis dan beras. Kalau
air dalam periuk hasil rebusan daging tu tidak mengapa ya. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE.
Set butang HIGH PRESSURE selama 7 minit serta tekan ON. Bila masak tekan OFF. Bebaskan tekanan dan biarkan nasi
selama 5 minit.
3. Sebelun hidang. Gaul perlahan-lahan hingga sebati dan sedia dihidangkan.
#jangan biarkan nasi dalam periuk tekanan. Keluarkan periuk boleh tanggal dan letal diluar. Dikhuatiri akan hangus di
bawah.

You might also like