You are on page 1of 18

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI DESA ILMU,

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

2. SENARAI KANDUNGAN

1.

PERKARA
Penghargaan

2.

Pendahuluan

MUKA SURAT

3.

Objektif Kajian

4.

Kawasan Kajian

5.

Kaedah Kajian

6.

Hasil Kajian

7.

Rumusan

8.

Rujukan

9.

Lampiran

4. PENDAHULUAN

Saya dan rakan-rakan,iaitu Nur Zufeeka, Azlina Bt Ibrahim dan Mohd Izyan memilih
tajuk Migrasi Dalaman Penduduk Di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana kemajuan yang pesat di kawasan tersebut. Saya
juga beranggapan bahawa kawasan inu juga mempunyai kadar migrasi yang tinggi berdasarkan

kepada perkembangan kawasan pertempatan. Buktinya ialah melalui wujudnya taman


perumahan di sekitar kawasan Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Saya dan rakan-rakan
menjalankan kajian ini setiap hujung minggu dengan menggunakan masa lapang. Saya menulis
laporan ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang telah dikumpulkan.

3. PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK(A) Sheikh Hj
Othman Abdul Wahab kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Rosnah Bt Tangkong yang
telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah

mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal
selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan wang ringgit
kepada saya.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Desa Ilmu, Kota Samrahan yang
telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian luar ini adalah untuk :

1. Memahami konsep migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Smarahan, Srawak, Malaysia.
2. Mengenal Pasti pola migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.
3. Mengkaji faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu, Kota
Samarahan, Sarawak.
4. Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk Desa Ilmu,


Kota Samarahan, Sarawak.
6. Menerapkan unsur patriotisme dalam diri saya daripada hasil kajian.

6. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya kaji ialah Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Pada awalnya kawasan ini
hanyalah hutan tebal yang digunakan untuk berkebun oleh penduduk-penduduk kampung yang
berdekatan. Kemudian kawasan ini dimajukan dan dibina sebuah petempatan yang dinamakan
Desa Ilmu. Kawasan ini terus membangun dengan terbinanya bangunan-bangunan baru untuk
pesat beli belah dan sebgainya.
Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak terletak di timur ibu negeri Sarawak iaitu Kuching.

Kawasan kajian saya ini juga berdekatan dengan Sungai Tuanag. Oleh itu, sebahagian kawasan
perumahan ini merupakan kawasan paya gambut.
Jarak antara bandar Kuching dengan Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak ialah antara 20km.
Jika menggunakan kenderaan awam seperti bas, akan mengambil masa 45 minit dan tambangnya
ialah antara RM 1 hingga RM 2. Manakala jarak kawasan kajiaan ini dengan pusat Kota
Samarahan ialah 6km sahaja.

7. KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian tentang Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Antaranya ialah:
Pemerhatian
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandang darat kawasan kajian, saya telah menggunakan
kedah ini. Kaedah ini juga saya gunakan untuk melukis peta kawasan kajian.

Temu Bual
Di samping itu, saya turut menemu bual beberapa orang responden untuk mengetahui sejarah

kawasan kajian dan nama-nama tempat di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Soal Selidik
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang migrasi penduduk pula, saya menggunakan kaedah
soal selidik denagn menggunakan borang soal selidik. Bilangan responden pula ialah 30 orang.

Melayari Internet
Saya telah melyari internet untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kawasan kajian
seperti peta daerah Kota Samarahan.

Rujukan
Saya telah merujuk buku untuk mengetahui maksud migrasi. Ini memudahkan saya untuk
membuat kajian mengenai migrasi dan memahami konsep migrasi.

8. DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep migrasi penduduk
Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan, negeri, negara
atau sempadan antarabangsa.
Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau sempadan
negeri. Contohnya seorang penduduk Kota Samarahan yang berpindah ke Kuching atau seorang
penduduk negeri Selangor yang berpindah ke negeri Sarawak.
Seterusnya ialah migrasi antarabangsa. Migrasi antaranbangsa melibatkan penghijrahan dari

sebuah negara ke sebuah negara yang laian dan melintasi sempadan antarabangsa. Sebagai
contoh, perpindahan seseorang penduduk Australia ke Malaysia.

Bandar ke
Luar
Bandar

Luar
Bandar ke
Luar
Bandar

Pola
Migrasi

Luar
Bandar ke
Bandar

Bandar ke
Bandar

8.2 Pola migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.


Penduduk Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak mengalami dua jenis pola migrasi.
Pola migrasi tersebut ialah :
1. Luar Bandar Ke Bandar
Pola ini menunjukkan perpindahan seseorang yang tinggal di luar bandar ke
kawasan yang membangun iaitu bandar. Pola ini ditunjukkan oleh penduduk
kampung berdekatan seperti Kampung Pinang, Kampung Entingan dan Kampung
Mang yang berpindah ke Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Malah pola ini
ditunjukkan oleh penduduk yang menetap jauh seperti Simunjan dan Asajaya
yang turut serpindah ke kawasan kajian.

2. Bandar ke Bandar
Maksud migrasi bandar ke bandar ialah perpindahan seseorang yang tinggal di
Bandar yang lain. Pola migrasi dalaman ini pula ditunjukkan oleh penduduk di
bandar Kuching, Miri dan Sibu yang berpindah ke kawasan kajian.

8.3 Faktor yang mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Desa Ilmu,


Kota Samarahan, Sarawak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota
Samarahan, Sarawak. Faktor ini terbahagi kepada dua iaitu faktor tolakan dan faktor tarikan.
1. Melanjutkan pelajaran
Antara faktornya adalah kerana melanjutkan pelajaran ke universiti dan maktab
perguruan yang berhampiran denagn kawasan Desa Ilmu,Kota Samarahan, Sarawak.
Universiti yang terdapat di kawasan kajian seperti Universiti Teknologi Malaysia
(UiTM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta kewujudan Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak merupakan faktor tarikan di kawasan kajian.

2. Peluang pekerjaan
Selain itu, migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak turut
dipengaruhi oleh peluang pekerjaan yang terbuka luas disebabkan kemajuan di
sekitarnya. Ini juga menambahkan faktor tarikan di kawasan kajian. Kadar upah yang
tinggi juga turut menjadi faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman.
3. Kemudahan asas
Penyediaan kemudahan asas seperti telefon awam, tandas awam, klinik, dan
sebagainya berdekatan kawasan kajian menambahkan lagi faktor yang mempengaruhi
migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Tanpa kemudahan yang
lengkap, penduduk tidak akan dapat hidup dengan selesa.

4. Meningkatkan taraf hidup


Di samping itu, migrasi penduduk di kawasan kajian juga adalah untuk meningkatkan
taraf hidup. Seperti perpindahan seseorang dari kampung yang terpencil ke kawasan
kajian. Pendapatan yang agak lumayan di kawasan kajian juga dapat menigkatkan
taraf hidup kerana dengan gaji yang diperolehi mereka mampu untuk memiliki
kehidupan yang lebih selesa.

Saya bersyukur kerana Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak semakin maju sama ada
dalam aspek pembangunan atau aspek lain.

faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Desa Ilmu

bilangan

melanjutkan pelajaran
peluang pekerjaan
ikut keluarga
darjah ketersampaian
jumlah

9
10
4
7
30

faktor yang mempengaruhi migrasi


dalaman penduduk di Desa Ilmu
bilangan
12
10
8
6
4
2
0
melanjutkan
pelajaran

peluang pekerjaan

ikut keluarga

Sumber : 30 orang

darjah
ketersampaian

8.4 Kesan migrasi Dalaman penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan,


Sarawak.
Migrasi penduduk sama ada dari luar Bandar ke Bandar atau Bandar ke Bandar telah
meninggalkan dua kesan. Kesan-kesan tersebut ialah kesan positif dan kesan negatif.

8.4.1 Kesan positif

1. Penduduk bertambah
Antara kesan positif yang ditinggalkan ialah pertambahan penduduk. Kesan ini
disebabkan oleh faktor tarikan seperti melanjutkan pelajaran di universiti berdekatan.
2. Struktur penduduk berubah
Selain itu, faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota Samarahan,
Sarawak telah membentuk masyarakat berbilang bangsa dan kaum serta agama. Tidak
kira kaum bumiputra Sarawak atau tidak.
3. Masyarakat majmuk
Pertambahan penduduk dan pembentukan masyarakat majmuk mewujudkan perpaduan
sesama rakyat dan menjadikan negara aman.

8.4.2 Kesan negatif

1. Masalah sosial
Kesan negatif yang wujud pula ialah pertambahan masalah sosial dikalangan rakyat yang
berbilang kaum. Seperti lumba haram, perjudian serta kumpulan kongsi gelap.
2. Pengangguran
Di samping itu, masalah pengangguran turut meningkat kerana peluang pekerjaan yang
sedikit. Seperti peluang pekerjaan sudah tidak mencukupi.
3. Masalah perumahan atau setinggan
Masalah lain seperti masalah rumah setinggan juga wujud kerana kekurangan rumah. Hal
ini disebabkan penduduk tidak mampu untuk membeli rumah berkos sederhana.
Namun begitu, saya bersyukur kerana kesan ini belum meningkat ke paras bahaya.

Kesan migrasi

Positif

Negatif

Masalah sosial
Pengangguran
Penduduk bertambah

Persaingan pekerjaan

Buruh bertambah

dengan penduduk

Masyarakat majmuk

tempatan

Struktur penduduk

Masalah perumahan /

berubah

setinggan

Komposisi penduduk

Struktur penduduk

berubah

berubah

Pasaran bertambah

Komposisi penduduk

Taraf hidup

berubah

meningkat

Tanah terbiar

Hasil pertanian

Hasil pertanian

bertambah

merosot
Pasaran bertambah /
berkurang

8.5 Langkah-langkah mengatasi kesan migrasi penduduk di Desa Ilmu, Kota


Samarahan, Sarawak
Oleh kerana terdapat negatif di kawasan kajian, beberapa langkah telah dicadangkan untuk
mengatasi masalah tersebut.
1. Mewujudkan rukun tetangga
Salah satu langkahnya adalah dengan mewujudkan Rukun Tetangga. Langkah ini
adalah untuk mengatasi masalah sosial sebelum menjadi lebih parah. Rukun tetangga
juga mewujudkan perpaduan dalam masyarakat di kawasan kajian.

2. Peluang pekerjaan
Seterusnya adalah dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sama ada
untuk penganggur mahupun penduduk yang ingin meningkatkan taraf hidup di
kawasan kajian. Ini juga dapat mengurangkan masalah sosial di kawasan kajian
seperti kes ragut dan pecah rumah.

3. Membina rumah kos rendah


Untuk mengatasi masalah rumah setinggan pula, kerajaan perlulah membina rumah
kos rendah seperti pangsapuri. Langkah ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk
di kawasan kajian.

Saya bersyukur kerana terdapat pihak yang prihatin dan telah menjalankan langkahlangkah untuk mengatasi kesan negatif tersebut. Semoga kerjasama ini akan
membantu dalam kemajuan negara.

9. RUMUSAN

Sebagai rumusan kajian, Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak merupakan kawasan yang amat
aktif dalam proses migrasi dalaman sama ada dalam pola migrasi luar bandar ke bandar mahupun
pola migrasi bandaer ke bandar. Faktor yang mempengaruhi migrasi juga kebanyakannya adalah
faktor tarikan berbanding faktor tolakan. Walaupun faktor tersebut menimbulkan kesan negatif
terdapat juga kesan positif yang dihasilkan. Contohnya mewujudkan masyarakat yang berbilang
kaum dan bangsa serta agama yang dianuti. Kesan ini membawa kepada kebaikan kerana
mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat kawasan kajian. Manakala kesan negatif yang
timbul dapat diatasi dengan langkah yang sistematik, cepat dan berkesan. Seperti masalah rumah
setinggan yang dapat diatasi dengan membina rumah kos rendah atau percuma. Dengan itu,
kemajuan negara tidak akan terjejas malah semakin meningkat dan lebih menyerlah di mata
dunia. Saya besyukur kerana Malaysia semakin maju dalam aspek pembangunan mahupun
aspek-aspek yang lain.

You might also like