You are on page 1of 1

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris


35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan

Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail,


5586 Jalan Kemudi 3/21,
Taman Setia Merdeka
Shah Alam 40100, Selangor Darul Ehsan.

1 Februari 2012

Tuan/Puan,
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri
Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang
menjalankan kajian bertajuk Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat) seperti
yang tersebut di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, satu boring soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti
kesesuaian Program Pendidikan Teknologi dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas
sebagai guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak
tuan/puan untuk melengkapkan boring soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya
menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012 supaya analisis statistk
dapat dijalankan seterusnya.
3.
Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di
dalam boring soal-selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan
kepada Puan Norhazalila Bt Ahmad Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel:
ila@upsi.edu.my)
Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dia atas kerjasama
daripada pihak tuan/puan.
Yang benar,
_______________________
Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Dekan
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris

You might also like