You are on page 1of 8

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU

KREATIVITI
Bagi memudahkan kefahaman pelajar untuk mengembangkan isi, berikut dicadangkan satu rumus
(formula) yang boleh dijadikan panduan. Rumus (formula) yang dimaksudkan ialah :
ATAH ( 5W 1H 1I ) ACAS
AT
AH

(Ayat Tajuk)
(Ayat Huraian)

Merujuk kepada isi utama


Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan soalan
apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W),

AC
AS

(Ayat Contoh)
(Ayat Simpul)

bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I)


Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isi
Merujuk kepada penutup perenggan

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan satu ayat bertaut dengan ayat yang
berikutnya. Antaranya ialah menggunakan penanda wacana yang memang kaya dalam perbendaharaan
Bahasa Melayu (Lihat Lampiran 1). Selain itu, tautan rujukan, tautan penggantian, tautan pengguguran,
tautan pengulangan dan tautan berlawanan, seerti dan sekelas boleh digunakan. Satu perkara yang boleh
dianggap sebagai kreativiti baru dalam pengembangan isi ini ialah tambahan satu I (If) dalam rumus yang
diberikan. Satu I ini, merujuk kepada aspek kemahiran berfikir yang selama ini terabai.
Kemahiran berfikir yang boleh dikaitkan dengan dengan satu I ialah kemahiran:
Membuat kaitan dan perhubungan
Membanding dan membeza
Meramal
Membuat analogi

Contoh aplikasi rumus (formula) untuk mengembangkan isi yang dicadangkan ialah seperti

berikut :

Teliti cara mengembangkan isi usaha yang pertama iaitu menabung.


(AT)

Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang
lagi.

(AH 1)

Aktiviti ini perlu kita suburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda
negara.
Apa yang harus dilakukan?
1

2013

KARANGAN SPM

(AH 2)

Dengan adanya tabungan, kita pasti akan merasa terjamin terutama sekali dalam masa
kecemasan.
Mengapa?

(AH 3)

Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah


digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.
Bagaimana?

(AH 4)

Malahan ramai sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada


semua anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.
Bila?

(AH 5)

Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan
untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya terus menabung.
Siapa?

(AH 6)

Sekiranya setiap

anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap

aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.


(Sekiranya)
( AC )

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap,
simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

( AS )

Di mana ?
Jadi, pepatah nenek moyang yang berbunyi Beringat sebelum kena, berjimat
sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

Usaha Kedua : Mengatur perbelanjaan


(AT)

Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah
tiba masanya untuk setiap anggota keluarga mengatur perbelanjaan.

(AH 1)

Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mengadakan buku catatan perbelanjaan
yang khas.
(Apa yang patut dilakukan?)

(AH 2)

Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barangan yang akan dibeli pada
setiap bulan dengan harganya sekali.
(Bila?)

(AH 3)

Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan teringat untuk berjimat
cermat dan memikirkan kemampuan masing-masing.
(Bagaimana?)

2013

KARANGAN SPM

(AH 4)

Malahan, kenaikan harga barangan utama sebenarnya memaksa setiap anggota


keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan.
(Siapa?)

(AH 5)

Seandainya amalan menyenarai barang-barang perlu yang patut dibeli dilaksanakan


setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat
dielakkan.
(Sekiranya)

(AC)

Umpamanya, senarai teratas ialah beras, gula, susu, kopi, tepung,

rempah-

ratus dan sebagainya.


(AS)

Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang
selebihnya disimpan sebagai tabungan seperti kata peribahasa sedikit-sedikit lamalama jadi bukit

Kaedah yang sama boleh diteruskan untuk mengembangkan isi-isi atau idea yang lain mengikut
keutamaan. Jika kaedah ini digunakan, kita sebagai guru sebenarnya telah membiasakan pelajar
mengarang berdasarkan proses-proses bertahap berdasarkan soalan yang tersembunyi untuk membina
ayat. Walau bagaimanapun, teknik penyoalan yang tersembunyi ( 5W 1H 1I ) ini tidaklah semestinya
mengikut turutan. Pelajar-pelajar boleh memilih mengikut kreativiti masing-masing. Malahan ayat contoh
( AC ) juga boleh dimasukkan lebih daripada satu dalam sesuatu perenggan.

KESIMPULAN
Amalan pengaplikasian rumus (formula) mudah tersebut telah mendorong pelajar-pelajar yang sederhana
dan berpotensi mencuba untuk mengembangkan isi secara seimbang dan terancang. Pelajar-pelajar lebih
yakin kerana mereka tahu dan faham akan proses-proses yang perlu dilakukan. Ringkasnya, kemahiran
mengembangkan isi atau idea merujuk kepada keupayaan pelajar memilih perkataan dan ayat untuk
mengeluarkan idea yang bernas lagi bertautan dan berkesinambungan perlu diajar secara sistematis. Lebih
3

2013

KARANGAN SPM

penting lagi, panduan-panduan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh para guru, pasti akan merangsang
pemikiran pelajar untuk menghasilkan penulisan yang lebih bermakna dan berkualiti.

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan
dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)
OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang
gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas.
Ceraian (viii)
JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
Syarahan
Ceramah/Ucapan
Perbahasan
Rencana
Laporan
Wawancara/Dialog
Perbincangan
Surat
Surat Tidak Rasmi
Berita
Penerangan Fakta
Komentar
Minit Mesyuarat
Ulasan/Kritikan
JENIS KARANGAN KREATIF
Cerpen
Skrip Drama
Sketsa
Cerita berdasarkan peribahasa
BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
Tatabahasa Dewan
Daftar Ejaan Rumi
Kamus Dewan terkini
4

2013

KARANGAN SPM

2.Laras yang tepat


Variasi bahasa
Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan
3.Pertautan idea
Perhubungan yang erat ( kohesi )
Kejelekitan
Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )
4.Wacana yang kemas
Sebuah karangan yang lengkap
Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup
PERTAUTAN IDEA DARI SEGI
1. PERTAUTAN NAHUAN
2. PERTAUTAN LEKSIKAL
3. WACANA YANG KEMAS IAITU
PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :
Perenggan Deduktif
- ayat topik diikuti oleh ayat huraian
Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik
Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH
Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak
terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh
anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.
FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah
yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).
RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
5

2013

KARANGAN SPM

Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan


Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan
1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa
CONTOH APLIKASI RUMUS
Menabung
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi
tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda
negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan
sudah memadai.
( Mengapa? )
(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan
kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada
setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi
kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )
(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti
menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan
semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)
6

2013

KARANGAN SPM

CONTOH APLIKASI RUMUS


Merancang perbelanjaan
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba
masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan
peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap
hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua
anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga
merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap
kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan.
(Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku
pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang
selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI
KARANGAN CEMERLANG IALAH :
ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
PERENGGAN SEIMBANG
ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
SATU ISI SATU PERENGGAN
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah
pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP KARANGAN
Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah
dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang
telah dibincangkan.
Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu
yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi
gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
7

2013

KARANGAN SPM

Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk
mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan
yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis
dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima
hingga tujuh ayat.

2013

KARANGAN SPM

You might also like