You are on page 1of 4

PSM Projek Sarjana Muda

1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FORMAT DAN GARIS PANDUAN


PENULISAN LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA
JABATAN KEJURUTERAAN PERISIAN
FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GARIS PANDUAN UMUM

Tujuan menyediakan tesis/laporan adalah untuk melaporkan/memberitahu pembaca tentang apa


yang telah anda lakukan sepanjang proses pembangunan projek sarjana muda anda. Oleh itu
tulislah seberapa terang, jelas, padat dan senang difahami.

Laporkan apa yang anda buat/lakukan bukan menceritakan semula apa yang telah ada dalam buku
atau yang telah diketahui umum.

Elakkan ayat yang panjang lebar.

Gunakan ayat dan pernyataan yang formal dan membawa satu maksud yang jelas (tidak ambiguous)

Setiap perkataan/terminologi baru/khusus perlu didefinasikan selengkapnya dalam senarai istilah.

Pastikan kesinambungan antara ayat, antara paragraf, antara seksyen dan laporan keseluruhan.

Tentukan kepentingan setiap bahan yang dimasukkan, yang penting didahulukan dan diberi
keutamaan, yang penting ditekankan dan difokuskan.

Bahan-bahan utama/penting diletakkan dalam badan laporan dan bahan sokongan diletakkan
dalam lampiran.

Laporan hendaklah disediakan mengikut panduan format yang dinyatakan di bawah.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar

Imbuhan di dan ke untuk tempat mesti ada space. Contoh: di mana, di atas, di antara, di
sebelah, di samping, di kalangan, ke mana, ke atas, ke kampus. Untuk perbuatan rapat, tiada
space. Contoh: dikehendaki, dibangunkan, dilakukan.

Selang di antara setiap perkataan adalah satu space, bukan lebih daripada satu space, seperti ini.

Pastikan draf laporan anda bebas daripada typo-error dan spelling-error supaya pembaca tidak
didedahkan dengan kekelam-kabutan anda kerana tidak sempat menyemak-semula laporan
tersebut.

Elakkan daripada membina ayat yang panjang. Ini akan menyukarkan pembaca untuk
mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan. Ayat yang panjang juga memberi maksud yang
agak mengelirukan dan boleh menyebabkan komposisi tatabahasa yang salah.

Elakkan daripada menggunakan katanama saya atau kami di dalam laporan. Sebaliknya
gunakan ayat yang lebih formal.

Elakkan daripada menggunakan apa di dalam ayat biasa. Apa lebih sesuai digunakan di
dalam ayat persoalan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM Projek Sarjana Muda


2
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DRAF FORMAT TESIS - PROJEK SARJANA MUDA II


KEJURUTERAAN PERISIAN
Borang Pengesahan Status Tesis
Tajuk utama ( Sila rujuk buku panduan penulisan tesis)
Kenyataan Tesis
Perakuan
Penghargaan
Abstrak
Ringkasan kepada projek yang mengandungi :
Menyatakan masalah yang dikaji
Objektif dan tujuan projek
Metodologi yang digunakan
Limitasi / ruang lingkup projek
Hasil yang dijangkakan dan kesimpulan
Abstrak hendaklah ditulis dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Purata panjang
setiap satunya antara 50-150 patah perkataan
Jadual kandungan
Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Lampiran
Senarai Istilah
Senarai Singkatan

BAB 1 : PENGENALAN PROJEK


1.0 Pendahuluan/Pengenalan
Pendahuluan menerangkan tentang definasi katakunci-katakunci penting yang terlibat
dengan projek
Latarbelakang masalah
Sebab kajian dibuat dan kepentingannya
Kajian literatur/kajian terhadap kerja-kerja/penyelesaian yang telah dilakukan sehingga
sekarang
Nyatakan tujuan projek yang akan dilakukan serta perbezaannya/kelebihannya
berbanding dengan kerja terdahulu
Berikan sepintas lalu jangkaan hasil dan keputusan (dalam bentuk yang boleh
diukur/measurable)
1.1 Pernyataan Masalah
Menyatakan persoalan utama yang ingin diselesaikan di dalam pembangunan

projek ini
Biasanya ditulis dalam bentuk persoalan-persoalan bagi masalah yang perlu
diselesaikan

Menyatakan masalah sebenar yang hendak diselesaikan.

1.2 Matlamat
Tujuan utama yang hendak dicapai di akhir projek
Setiap projek hanya mempunyai satu matlamat, ditulis dalam satu bentuk pernyataan
ringkas dan jelas serta boleh terdiri dari satu atau gabungan beberapa ayat yang ringkas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM Projek Sarjana Muda


3
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.3 Objektif
Perkara-perkara yang perlu dicapai/dilaksanakan sepanjang perlaksanaan projek ke
arah pencapaian matlamat
Biasanya ditulis dalam bentuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
Setiap projek boleh mengandung lebih daripada satu objektif
Objektif projek hendaklah ditulis dalam bentuk point form dengan ringkas, jelas serta
boleh diukur tahap perlaksanaan serta kejayaan setiap satunya.
1.4 Skop
Huraikan ruang lingkup projek
1.5 Justifikasi/Kepentingan
Kenapa anda perlu bangunkan sistem tersebut
Faedah yang akan diperolehi
Siapa yang akan mendapat faedah tersebut dan bagaimana ?
BAB 2 : KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH
2.1 Pendahuluan
2.2 Latarbelakang Organisasi
2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada
Kajian ke atas sistem manual yang digunakan sekarang
Kajian ke atas sistem-sistem lain yang seumpamanya
2.4 Analisa Masalah Mengenai Sistem Sedia Ada
Membincangkan hasil kajian ke atas sistem sedia ada kelebihan, kekurangan dan
perbezaan sistem-sistem yang dikaji.
2.1 Kajian keatas teknik-teknik, peralatan-peralatan dan teknologi berkaitan yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah
2.1.1 ASP (contoh)
2.1.2 VBScript (Contoh)
2.1.3 JSP (Contoh)
Jelaskan hasil kajian kelebihan, kekurangan dan perbezaan di antara teknik-teknik,
peralatan dan teknologi yang dikaji.
Setiap kajian mesti ada hasil/findings/kesimpulan, bukan sekadar bincangkan ciri-ciri perkara
yang dikaji sahaja
BAB 3 : METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.0 Pendahuluan
3.1 Kajian Keatas Metodologi
mengkaji metodologi-metodologi yang ada
3.2 Kajian Perbandingan
untuk mengenalpasti metodologi yang paling sesuai untuk digunakan
3.3 Metodologi Pembangunan Perisian
3.4 Kajian terhadap metodologi yang dipilih secara terperinci
perincian ke atas metodologi yang akan digunakan
3.5 Analisa Keperluan Sistem
3.5.1 Justifikasi Perkakasan
3.5.1.1 Perkakasan yang diperlukan
3.5.2 Justifikasi Perisian
3.5.2.1 Perisian yang diperlukan
3.5.3 Spesifikasi Input
Senaraikan semua input yang terlibat dengan terperinci
3.5.4 Spesifikasi Output
Senaraikan semua output yang terlibat dengan terperinci

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

PSM Projek Sarjana Muda


4
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 4 : HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK


4.1 Aliran Kerja Fasa Keperluan
4.1.1 Permodelan Use-Case
4.1.1.1 Keterangan Aktor
(Penerangan ringkas bagi setiap aktor yang terlibat dalam sistem)
4.1.1.2 Keterangan Use-Case
(Penerangan ringkas bagi setiap Use-Case yang ada dalam sistem)
4.1.2 Gambarajah Aktiviti
(Gambarajah aktiviti bagi setiap Use-Case yang ada dalam sistem)
4.2
4.3
4.4
4.5

Aliran Kerja Fasa Analisis


Aliran Kerja Fasa Rekabentuk
Rekabentuk Pangkalan Data
Aliran Kerja Fasa Pengujian

BAB 5 : PERLAKSANAAN DAN HASIL


4.1 Persekitaran Pembangunan
4.2 Data
4.3 Contoh Hasil Input/Output
BAB 6 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
1.1 Hasil dan Pencapaian
1.2 Masalah/Kelemahan Sistem
1.3 Cadangan Pembaikan/Peningkatan
1.4 Kesimpulan
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
Jadual perlaksanaan - Carta Gantt untuk PSM I dan PSM II
Carta Organisasi jika berkenaan
Spesifikasi Keperluan Perisian
Gambarajah Aktiviti
Gambarajah Jujukan
Gambarajah Kerjasama
Gambarajah Hubungan-Entiti
Gambarajah Rekabentuk Pangkalan Data jika berkenaan
Kes Pengujian
Manual Pengguna
NOTA
Jumlah maksimum 100 mukasurat tidak termasuk lampiran. Kaedah penomboran (numbering)
sila rujuk buku panduan penulisan tesis.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dikemaskini oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

You might also like