You are on page 1of 4

Rumah Seri Kenangan

Objektif
Memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada
warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan
dan kualiti hidup mereka.
Syarat-syarat Kemasukan:
Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas
Tidak mengidap penyakit berjangkit
Tidak mempunyai sanak saudara
Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
Berupaya menjaga diri sendiri
Permohonan secara sukarela oleh individu
berkenaan
Sanggup mematuhi syarat-syarat kemasukan dan
Kaedah-Kaedah Rumah Kebajikan berkaitan.
Undang-Undang Berkaitan:
Akta Orang Papa 1977
Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang Tua 1983
Cara Kemasukan
Semua permohonan kemasukan warga tua
hendaklah melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah dengan menggunakan borang yang
disediakan dan dihantar kepada Pengarah Kebajikan
Masyarakat Negeri untuk semakan, ulasan dan
sokongan. Selepas itu borang-borang permohonan
tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah
untuk pertimbangan kelulusan.
Kelulusan kemasukan bergantung kepada
kekosongan tempat dan syarat-syarat yang
ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik
sahaja ada kekosongan.

o
o
o
o
o
o
o

Perhidmatan / Kemudahan di RSK


Jagaan dan Perlindungan
Rawatan Perubatan
Bimbingan dan Kaunseling
Carapulih Kerja
Carapulih Anggota
Kemudahan Beribadat
Riadah
Jagaan dan Perlindungan
Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang
mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian
dan tempat tinggal bagi menjamin keselesaan hidup
penghuni dalam suasana yang aman dan tenteram.
Hidangan makanan harian adalah berdasarkan
kepada skel imbangan makanan yang diperakui oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Makanan
disediakan empat kali sehari mengikut menu yang
telah disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan
daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Malaysia.
Rawatan Perubatan
Semua penghuni-penghuni menerima perkhidmatan
perubatan yang rapi. Penghuni yang mengidap
penyakit ringan diberi rawatan di Institusi oleh
Pembantu Hospital yang terlatih. Mereka yang sakit
teruk akan dibawa untuk menerima rawatan di
hospital berdekatan.
Bimbingan dan Kaunseling
Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghunipenghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi
mereka. Penguasa dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat di Institusi selalu mengadakan

kaunseling individu dan kelompok serta


perbincangan kes.
Carapulih Kerja
Perkhidmatan ini disediakan bagi tujuan memupuk
semangat dan perasaan dikalangan penghuni
bahawa mereka masih produktif dan boleh memberi
sumbangan kepada masyarakat supaya maruah dan
peribadi mereka dapat dikekalkan. Mereka
(penghuni) digalakkan membuat kerja-kerja harian
seperti menternak, berkebun bagi yang bertenaga
membuat bacaan-bacaan kraftangan dan
sebagainya. Cara sebegini dapat menghindari
mereka dari merasa bosan dan kesepian.
Kemudahan Beribadat
Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan
ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing
bagi memenuhi keperluan rohaniah serta
ketenangan mental dan jiwa mereka. Semua institusi
dilengkapi dengan surau dan guru-guru yang
berkaitan datang ke institusi untuk memberikan
peluang beribadat mengikut agama masing-masing.
Riadah
Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kesihatan,
kemampuan dan minat mereka. Kemudahankemudahan yang disediakan untuk penghunipenghuni memenuhi masa lapang mereka dengan
menonton televisyen dan video, membaca akhbar
dan sebagainya.
Keluaran
Penghuni-penghuni boleh dibebaskan sekiranya:
ada orang yang bersedia untuk memberinya jagaan
dan perlindungan yang sempurna

penghuni berkenaan mempunyai sesuatu mata


pencarian untuk sara hidupnya.
Peranan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan
sanak-saudara dan masyarakat setempat memberi
perhatian dan sumbangan kepada pesakit dan
sumbangan kepada warga tua yang ditempatkan di
institusi.
Aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka dan perayaan
hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang
kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali
penghuni serta berinteraksi dengan mereka.
Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh
memberi sumbangan tenaga dan masa untuk
bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini
supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian,
selaras dengan semangat masyarakat penyayang.
Lembaga Pelawat
Setiap institusi mempunyai Lembaga Pelawat yang
dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat bagi tempoh tiga tahun.
Lembaga ini mengandungi tidak kurang daripada
tujuh orang ahli dan sekurang-kurangnya dua orang
lelaki dan dua orang perempuan. Perlantikan dibuat
di bawah Kaedah-kaedah Pengurusan Rumah
Orang-Orang Tua 1983. Tanggungjawab utama
Lembaga ialah bagi membantu perjalanan
pentadbiran dan perkhidmatan di institusi demi
kebajikan penghuni. Ahli-ahli Lembaga Pelawat
dilantik secara sukarela dari kalangan anggota
masyarakat setempat.

You might also like