You are on page 1of 7

Bahan Bantu Mengajar : Model Gunung Berapi

Untuk tugasan individu, saya telah membuat model gunung berapi. Saya memilih
model ini kerana, bagi saya ianya berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan
Alam Sekitar yang telah saya pelajari. Model gunung berapi ini boleh digunakan
sebagai bahan bantu mengajar untuk murid tahun 4 Unit 5, mata pelajaran Kajian
Tempatan. Tema yang berkaitan ialah Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
Bahan yang digunakan untuk membuat model ini ialah botol plastik, kapas, surat
khabar lama, tudung karton A4, tepung ubi, warna air Buncho dan permainan
haiwan plastik yang tidak digunakan lagi. Proses pemilihan bahan yang dipilih
adalah berdasarkan bahan kitar semula yang sering saya gunakan di dalam
kehidupan harian dan mudah untuk dicari. Saya telah menggunakan kanji yang
banyak untuk melekatkan cebisan surat khabar lama sehingga membentuk model
gunung berapi yang tinggi. Saya kemudian mewarnakan model tersebut untuk
menjadikan ia lebih menarik dan seperti gunung berapi yang sebenar, Saya juga
telah meletakkan beberapa permainan haiwan plastik untuk menggambarkan
kehidupan flora dan fauna yang ada di sekeliling gunung tersebut. Motif kegunaan
sedikit kapas di puncak gunung berapi adalah untuk menunjukkan ketingginan
model gunung yang dibuat.
Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan dengan memasukkan sedikit sabun
pencuci pinggan ke dalam corong model gunung, pewarna merah dan kuning serta
serbuk penaik. Akhir sekali, cuka akan dimasukkan dan bahan-bahan yang
dimasukkan tadi akan terpancut keluar seperti letusan gunung berapi yang sebenar.
Murid dapat memerhatikan cecair seperti lava akan mengalir keluar dari corong
model berapi tersebut. Model ini boleh digunakan semula jika guru menuang semua
cecair yang dimasukkan ke dalam corong dan menjemur model gunung berapi ini
sehingga kering. Selain itu, model ini juga boleh digunakan untuk eksperimen mata
pelajaran Sains.

Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat Model Gunung Berapi:


1)

Tudung karton kertas A4

2)

Surat khabar lama

3)

Lebihan tepung ubi di dapur

4)

Permainan haiwan plastik yang tidak digunakan lagi

5)

Warna air Buncho

6)

Kain tudung terbakar

7)

Kapas muka terpakai

Cebisan surat khabar lama


direndam bersama dengan air.

Panaskan 1/2 tepung ubi lebihan


di dapur dengan 1 cawan air sehingga
likat untuk dijadikan gam.

Botol plastik yang tidak digunakan


lagi dijadikan dasar untuk bahagian
dalam gunung berapi. Ia diletakkan di
atas tudung karton kertas A4 dan
ditampal dengan cebisan surat khabar
dan tepung kanji.

Permainan haiwan plastik yang tidak


digunakan lagi ditambah untuk
mencantikkan lagi model gunung
berapi tersebut. Kain tudung yang
terbakar ketika menggosok pakaian
digunakan untuk mengindahkan tapak
model.

Model kemudian diwarnakan dengan


warna yang sesuai untuk menarik
minat murid dan bagi menunjukkan
rupa gunung berapi yang sebenar.
Kapas muka terpakai dijadikan
awan. Keringkan model.

Cara-cara menggunakan Model Gunung Berapi:

1) Masukkan 3 sudu besar serbuk penaik dan sedikit cecair sabun mandi ke dalam
corong Model Gunung Berapi.
2)

Tuangkan botol cuka dan biarkan seketika.

3) Buih-buih dari dalam Model Gunung Berapi tersebut akan keluar memancutmancut beberapa saat kemudian.
Objektif memilih Model Gunung Berapi sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah
kerana:

1) Ia dapat menarik minat murid untuk belajar jika murid itu sendiri yang
melakukan eksperimen gunung berapi. Ia juga sesuai digunakan untuk set induksi.
2) Ia dapat menggambarkan seperti kejadian gunung berapi yang sebenar kepada
murid kerana ia separa maujud.
3) Ia boleh digunakan berulang kali untuk beberapa mata pelajaran dan tahan
lama (merentasi kokurikulum). Contohnya aplikasi pendidikan seni.
4) Dapat menggunakan 3 bahan kitar semula dengan mudah dan senang
didapati.
5) Dapat memberi pengetahuan kepada murid tentang bencana alam yang
berlaku di bumi kita.

Penerangan: Gelembung yang terbentuk adalah gas karbon dioksida. Karbon


dioksida adalah gas yang terbentuk ketika cuka bereaksi dengan soda. Ketika
keduanya bereaksi saat dicampurkan, keduanya membentuk garam karbonat yang
sangat tidak stabil dan secara cepat terpisah menjadi air dan gas karbon dioksida
yang terus naik ke atas dan terpisah dari larutannya.

You might also like