You are on page 1of 10

IBU DAN CEPER

OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Menjawab 4 soalan berdasarkan
petikan.
2. Menyatakan 6 idea soalan KBAT.
3. Menyatakan kesimpulan pelajaran.

TUGASAN BERKUMPULAN

SET A
(i)Berikan kesan kemarau panjang
seperti yang dinyatakan dalam petikan
cerpen?
Jawapan: Kesan kemarau
panjang seperti yang dinyatakan
dalam petikan cerpen ialah sawah
habis kering.Selain itu, baruh-baruh
yang dulunya tidak pernah kering itu
pun kering juga.

SET A
(iii)Huraikan satu pengajaran yang terdapat
dalam petikan cerpen di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut.
Jawapan:Satu pengajaran yang terdapat
dalam petikan cerpen di atas ialah kita perlu
menyayangi alam sekitar supaya hidup dalam
kawasan yang bersih dengan selesa.Selain itu,
Satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut
ialah kita harus kasih sayang terhadap ahli
keluarga supaya keluarga bahagia.

SET A
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang
perlu diambil untuk menghadapi musim kemarau?
Jawapan :langkah yang perlu diambil untuk
menghadapi musim kemarau ialah masyarakat
perlulah menadah air supaya dapat digunakan
bila tiada air.Selain itu,ialah masyarakat mestilah
mengamalkan sikap tidak membazir sumber air
supaya bekalan air dapat digunakan pada musim
kemarau.Akhir sekali,ialah pihak kerajaan
memastikan bekalan air yang cukup dan bersih
kepada mangsa.

SET B
(i)Bagaimanakah keadaan Ceper
apabila hujan turun tidak berhentihenti
Jawapan:Keadaan Ceper apabila hujan
turun tidak berhenti-henti adalah tibatiba mengamuk macam naik angin dan
airnya keruh macam air susu.

SET B
(ii)Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu
dilakukan untuk mengelakkan banjir di Sungai Ceper
Jawapan : Pada pandangan saya, langkah yang perlu
dilakukan untuk mengelakkan banjir di Sungai Ceper
ialah membuang sampah ke tempat yang telah
disediakan agar sampah tidak tersumbat didalam
longkang yang akan menyebabkan banjir di Sungai
Ceper. Selain itu, kita juga boleh memuliharakan
kembali pokok di Sungai Ceper supaya dapat menyerap
air hujan ke dalam tanah. Seterusnya, membina parit
dengan lebih banyak agar air dapat mengalir dengan
lancar.

SET B
(iii)Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan
cerpen di atas dan satu perwatakan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Jawapan:Satu perwatakan ibu dalam petikan cerpen
di atas ialah ibu ialah seorang yang tabah semasa
menghadapi cabaran.Contohnya, ibu bersedia
menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang
hari.Selain itu,satu perwatakan lain yang terdapat
dalam keseluruhan tersebut ialah ibu ialah seorang
yang bertanggungjawab.Contohnya,ibu rajin
bekerja di sawah padi untuk menyara kehidupan
keluarganya.

You might also like