You are on page 1of 1

Banjaran Gunung di Malaysia

Memandangkan ada yang bertanya, "Adakah semua gunung-gunung tertinggi di Semenanjung


ini (G7) terletak di atas Banjaran Titiwangsa?", maka dengan ini saya ingin berkongsi sedikit
sebanyak maklumat yang saya tahu kepada rakan-rakan pendaki diluar sana. Perbetulkan saya
jika ada maklumat yang diberikan tersimpang daripada laluan asal yang saudara/saudari
percayai atau ketahui. Berikut merupakan peta yang menunjukkan beberapa banjaran penting
yang ada di Malaysia.

Mengikut lakaran peta seperti di atas, gunung yang terletak diatas Banjaran Titiwangsa ialah
Gunung Chamah dan Gunung Korbu yang merupakan kemuncak yang tertinggi di banjaran
ini. Manakala Gunung Tahan pula berada diatas banjarannya yang tersendiri iaitu Banjaran
Tahan. Diatas sebab ini jugalah, Gunung Tahan tidak disenaraikan di dalam mana-mana
ekspedisi merentas banjaran yang lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa oleh golongan
pendaki.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa ini,
saudara/saudari boleh klik kepada pautan disebelah ini yang akan memberikan maklumat
terperinci mengenai ekspedisi tersebut -> Wikipedia Bahasa Melayu.

You might also like