You are on page 1of 2

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

APAKAH yang dimaksudkan dengan


keistimewaan kaedah kontekstual?

kontekstual

dan

apalah

pula

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal
bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau
dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan
kejadian.
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung,
mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan
juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan
motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim
digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu
memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan
suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat
mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan
sendiri apabila berada di luar bilik darjah.
Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu
proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedahkaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara

tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam


kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman
dan tindak balas mereka sendiri).
pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara
pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu
pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada
dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau
lokasi kerja, atau di ladang tanaman.
Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman
yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai
hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang
nyata.
Konsep
dihayati
melalui
menghubungkaitkan.

proses

penemuan,

pengukuhan

dan

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan


tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan
amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang
diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.
Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik
asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang
menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran
dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang
dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk
membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan
harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

You might also like