You are on page 1of 1

Pada tarikh 12, 13 dan 14 November, Pismp ambilan January 2009 telahmelaksanakan aktiviti

BIG yang mana bertempat di Kampung Sawah Chuah, PortDickson.Pelbagai pengalaman telah
saya perolehi melalui penglibatan saya dalam aktivitiini walaupun pada mulanya agak terkejut
dengan keputusan unit kokurikulum bahawaBIG fasa terakhir ini diadakan pada minggu exam.
Seramai 9 buah unit telah bersediadi hadapan unit kokurikulum untuk bertolak ke Kg Sawah
Sebanyak 4 buah basdisediakan untuk mengangkut guru pelatih ke sana. Perjalanan ke sana
agak jauh.Kami mengambil masa satu jam lebih untuk tiba disana. Kami tiba disana pada pukul
4petang.Program ini memberi pengalaman baru kepada saya tentang suasana kampungdi
negeri Sembilan. Sekolah ini terletak agak jauh dari Bandar dan suasana nya sangataman dan
mententeramkan. Selepas siap solat berjemaah di surau, kami diberi masapada waktu malam
untuk berbincang mengenai malam kebudayaan. Walaupun agakletih dan terhad dari segi
masa, tetapi kami dapat merancang suatu persembahan yangagak unit berkaitan satu
Malaysia.Pada hari kedua, kami mulakan program dengan senaman pagi. Sangatmenyegarkan.
Aktiviti ini dapat memupuk semangat kekitaan antara guru pelatih. Kamikemudiannya diagihkan
mengikut unit untuk melakukan aktiviti gotong royong. Unitkami dikehendaki membersihkan
surau. Kami agak terpesona dan terpegun dengankebersihan surau di Kampung Sawah.
Penghulu kampung mengatakan bahawa setiaphari Jumaat, gotong royong membersihkan
surau akan diadakan oleh pendudukkampung. Walaupun seni binanya agak lama, namun
kebersihan surau itu memukauhati kami.Kami bertungkus lumus membersihkan surau. Selepas
selesai, kami dijamudengan kuih muih.Pengalaman bersama penghulu kampung tidak akan
kami lupakan.

You might also like