You are on page 1of 15

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Tajuk 1 : Pengenalan Program Kesihatan

Sekolah

TOPIK 1
Tajuk 2 : Pendekatan Bersepadu

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini memberi pemahaman umum berkaitan konsep,
tingkahlaku serta penekanan kepada Pengenalan Programn Kesihatan
sekolah dan pendekatan bersepadu serta amalan kesihatan sekolah.

HASIL PEMBELAJARAN
Selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Memahami Program Kesihatan Sekolah.
2. Menjelaskan Program Kesihatan Sekolah yang dilaksanakan di
sekolah.
3. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan
cara hidup sihat
4. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan supaya setiap warga sekolah.
5. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program

kesihatan sekolah.
Kerangka konsep tajuk Program Kesihatan Sekolah Dan
Sukan
Program Kesihatan Sekolah

Program
6.Susu
Sekolah

Perkhidmatan
Pergigian

Rancangan
Makanan
Tambahan

Sekolah Bebas
Denggi

Program 3K

Perkhidmatan
Kesihatan
Sekolah

Sekolah Larangan
Merokok

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

KANDUNGAN
1.0

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH E

1.1

Konsep dan definisi Program Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan


oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dengan kerjasama Kementeria
Pendidikan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di
sekolah-sekolah

bantuan

kerajaan

di

seluruh

Malaysia. Perkhidmatan

kesihatan ini telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun
1975,

pasukan-pasukan

kesihatan

sekolah

mula

ditubuhkan

bagi

membolehkan lawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di


Malaysia. Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima
perhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan
rujukan ke klinik atau hospital. Program Kesihatan Sekolah meliputi semua
kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan
dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk
menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina
pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.
1.2. Tujuan Program Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut :
1.2.1 Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui
promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
1.2.2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang
pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

rujukan

awal

bagi

membolehkan

intervensi

awal

dan

penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.


1.2.3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah
sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan
pembelajaran yang berkesan.
1.2.4. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,
ceria, selamat dan sihat.
1.2.5. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan
amalan cara hidup sihat.
1.2.6. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan
dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga
dan masyarakat.
1.3. Teras Utama Program Kesihatan Sekolah
Enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan
masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:
i.

Polisi Kesihatan Sekolah;

ii.

Persekitaran Fizikal Sekolah;

iii.

Persekitaran Sosial Sekolah;

iv.

Penglibatan Komuniti;

v.

Kemahiran Kesihatan Diri; dan

vi.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

1.3.1. Polisi Kesihatan Sekolah


Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan
dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Program
Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman
3

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga


kesihatan

optimum

murid-murid

dan

kegiatan

sekolah,

untuk

menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina


pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.
Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk menyediakan piagam
sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar
serta

membuat

perancang

dan

mengawasi

pelaksanaan

polisi

kesihatan. Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah


sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah
ialah:
a.

Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah;

b.

Polisi pertolongan cemas;

c.

Polisi keselamatan sekolah;

d.

Polisi kawalan penyakit;

e.

Polisi persekitaran fizikal sekolah;

f.

Polisi persekitaran sosial sekolah;

g.

Polisi pendidikan kesihatan; dan

h.

Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.


Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa
ke semasa.

1.3.2. Persekitaran Fizikal Sekolah


Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan
sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, sihat dan sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat.
Persekitaran tersebut berfungsi untuk:
a. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat;

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

b. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan


penyakit.
Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan
sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang
merangkumi bangunan sekolah, bilik darjah, tandas, bekalan air,
telefon, kebun/landskap, makmal, kantin, asrama, klinik, dewan, stor,
tempat letak kereta, pagar, perparitan, sistem pembuangan sisa
pepejal, pili bomba dan padang permainan.
c. Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna,
beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu:
i.

Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap


rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa
untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan
Hasil Tembakau 1993.

ii.

Memastikan

pengalaman,

penyediaan

dan

pengambilan

makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras


dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
semasa.
iii.

Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan


amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan
kejadian kemalangan di sekolah.

iv.

Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes


mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah
1994.

v.

Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran


udara, air dan bunyi bising.

vi.

Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah


sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan
kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah
dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994
(Pengendalian Asrama).
5

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

1.3.3. Persekitaran Sosial Sekolah


Persekitaran sosial yang sihat dan selamat ialah persekitaran
yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina
sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala
cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran
sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa
perkara iaitu:
a. Menyediakan

persekitaran

sosial

yang

sihat

untuk

perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,


rohani dan intelek warga sekolah
b. Menyediakan

persekitaran

yang

kondusif

untuk

perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan


tekanan (stress) di kalangan warga sekolah.

Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu


membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan
fizikal. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan
matlamat

tersebut.

Aktiviti-aktiviti

yang

dijalankan

perlu

berupaya:
a. Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga
sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni.
b. Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan
(stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan
Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, hobi, punching bag,
sudut pidato dan papan conteng.
c. Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang
memerlukan.
d. Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa.
6

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

e. Menangani

kes-kes

disiplin

warga

sekolah

mengikut

peruntukan peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada.


f. Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui
proses pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem
Bina Semangat, Kem Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan
Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK 2

PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Sinopsis
Kerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyakit
sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program
berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi
menyebarkan maklumat kepada penduduk. Kempen gaya hidup sihat akan
diteruskan dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta
pencegahan penyakit. Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma
sihat dan akan mengambil kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar,
persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1

Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja;

Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah;

Menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah;

Menghuraikan panduan dan tatacara lawatan sekolah; dan

Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini.

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

2.0.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi:

Penjagaan kesihatan.

Pemakanan.

Promosi kesihatan.

Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh:


i

Doktor perubatan dan pergigian;

ii

Jururawat; dan

iii

Guru-guru.

Penglibatan

komponen-komponen

tersebut

adalah

untuk

memastikan

pencapaian optimum kesihatan warga sekolah.


2.1.

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:
a

Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak


sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri.

Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf


kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.

Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum


untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan
sekolah.

Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal


dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan
yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh
dirawat dan juga untuk pemulihan.

Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak


sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan
susulan yang efektif.

Mengawal penyakit yang berjangkit.

Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas


dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
9

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan


rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

2.2.

Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Ke Sekolah


Rancangan

Kesihatan

Sekolah

diselaraskan

dengan

pentadbiran

Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama


Kementerian Pelajaran.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari
Rancangan Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian
Kesihatan Keluarga. Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia boleh
dilihat pada berikut:

Carta organisasi perkhidmatan kesihatan Malaysia

10

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Koordinasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini


hendaklah ditegaskan setiap masa supaya perkhidmatan ini dapat berjalan dengan
lancar. Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah
adalah seperti Rajah 3.4.di bawah.

Carta organisasi bahagian perkhidmatan kesihatan Malaysia

2.3. PERKHIDMATAN DI SEKOLAH


Berdasarkan kepada konsep RKS yang telah diterangkan di atas, Kementerian
Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan pelbagai
program kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
a

Pendidikan Kesihatan.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Program Kesihatan Pergigian Sekolah.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Program Susu Sekolah.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah


(Program 3K).

Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah.

Program Anti-Denggi di Sekolah.

Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok.


11

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya.

Program-program secara adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa,


seperti program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

2.3.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan
Sekolah hendaklah memahami peranan masing-masing supaya mereka dapat
menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.
Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:
a

Membina

kesedaran

dan

kefahaman

warga

sekolah

mengenai

kepentingan kesihatan optimum.


b

Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan


perhatian yang serius.

2.4.

Mencegah dan mengawal penyakit.

Memberi khidmat pertolongan cemas.

Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:
a

Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;

Rawatan, rujukan dan tindak susul;

Imunisasi;

Pendidikan Kesihatan;

Kaunseling; dan

Rekod dan laporan.

12

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

a. Penilaian Status Kesihatan


Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah.

Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan


berterusan.

Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6,


Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga


untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.

Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke


sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.

Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang


murid itu berpindah sekolah.

Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan


murid.

b. Rujukan dan Tindakan Susulan


Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi:

Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.

Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada


kes yang dirujuk.

c. Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh
seorang guru kaunselor yang terlatih.
d. Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:

Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan


tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan
Murid.
13

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan,
obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.

e. Pertolongan Cemas
Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan
penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan
yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan.
Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:

Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan


cemas.

Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan


resusitasi kardiopulmonari.

f. Pendidikan Kesihatan
Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:

Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak


formal.

Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan


kesihatan di kalangan warga sekolah.

Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di


sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

g. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas


Aktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal
mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan
pendengaran meliputi:

Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara


kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi
berkaitan.
14

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

15

You might also like