You are on page 1of 9

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK 4

Tajuk 7: Program-Program ADHOC/PROSTAR

SINOPSIS
Dalam tajuk ini meliputi semua program yang dilaksanakan di sekolah sesuai
dengan keperluan pelajar pada masa kini. Tajuk ini juga dapat membina
pengetahuan ,sikap dan kebiasaan yang diingini untuk mencapai potensi yang
seimbang dari segi kesihatan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir
dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada
masyarakat dan negara.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat
1.

Mengetahui jenis-jenis program adhoc/prostar

2.

Mengenalpasti objektif program-program adhoc/prostar

3.

Mengetahui konsep dan matlamat adhoc/prostar

4.

Memahami pelaksanaan ahdoc/prostar

Kerangka Program Adhoc/PROSTAR

7.0 PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS

45

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Modul ini menerangkan tentang teras pelaksanaan dasar Kelab PROSTAR Sekolah yang
boleh digunapakai oleh sekolah-sekolah menengah bagi seluruh Malaysia. Modul ini
menjelaskan dasar, definisi, matlamat, objektif, struktur organisasi dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah.

7.1.

Rasional
Sekolah merupakan institusi sosial yang terdiri daripada golongan remaja sebaya

yang mempunyai kriteria asasnya sebagai seorang remaja. Keadaan ini memudahkan
pihak berkaitan untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat secara langsung
dengan kerjasama dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Peringkat umur semasa
pelajar dalam alam persekolahan merupakan masa yang sesuai untuk diberi pendedahan
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penyakit AIDS dan cara-cara
mengelakkan diri dari jangkitan tersebut. Sebelum pelajar-pelajar meninggalkan alam
persekolahan mereka wajar dibekalkan dengan pengetahuan tentang penyakit AIDS dan
pentingnya mengamalkan cara hidup sihat. Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar
akan dapat merangsang pembinaan daya tahan diri menghadapi ancaman dan pengaruh
kepada aktiviti kurang sihat yang menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS. Pelajar adalah
golongan yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus HIV. Di
antara faktor yang menyokong andaian tersebut adalah perkembangan psikologikal
remaja yang menonjolkan naluri percubaan seksual,peningkatan kepekaan terhadap
aspek-aspek anatomi, percubaan menikmati dadah dan tidak mahu menerima hakikat
bahawa mereka boleh dijangkiti virus HIV.
7.2.

Matlamat.

PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang


jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapat
mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni.
Disamping

itu

ia

juga

bertujuan

melahirkan

generasi

yang

bermaruah

dan

bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara, seterusnya
memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya di dalam program
kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.

7.3.

Objektif

46

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar akan bahayanya jangkitan HIV, cara
pencegahan dan kawalannya dengan :7.3.1. Menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran
agama dan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi pelajar-pelajar
lain kearah amalan cara hidup sihat dan bermoral.
7.3.2. Melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental dan
spiritual.
7.3.3. Membentuk generasi pelajar yang bermaruah, dan bertanggungjawab
kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
7.3.4. Memupuk daya kepimpinan yang berkualiti, inovatif, kreatif, kritis dan
berwawasan dikalangan pelajar
7.3.5. Membentuk golongan fasilitator berwibawa di kalangan pelajar bagi
menggerakkan dan mempengaruhi pelajar lain agar turut serta dalam
menentang ancaman AIDS
7.4.

Kelab PROSTAR Sekolah

Kelab PROSTAR Sekolah (Program Sihat tanpa AIDS untuk Remaja) ialah sebuah kelab
di sekolah- sekolah menengah yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan
pencegahan HIV/AIDS di samping menggalahkan amalan cara hidup yang sihat.

7.4.1. Penubuhan
Kelab PROSTAR Sekolah perlu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah
berdasarkan kolaborasi dan persetujuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

7.4.2. Keahlian
Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun
ke atas. Minima keahlian ialah 30 orang bagi sesebuah sekolah.
7.4.3. Pengiktirafan Kelab PROSTAR

47

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Kelab PROSTAR Sekolah diiktiraf sebagai suatu aktiviti Ko-Kurikulum di sekolah.


7.4.4. Naungan Kelab PROSTAR
Kelab PROSTAR Sekolah diletakkan di bawah naungan Pengetua sekolah.
Pengetua sekolah melantik seorang guru sebagai penasihat kelab. Ahli-ahli
jawatankuasa dianggotai sepenuhnya oleh pelajar sekolah.
7.4.5. Taraf Ahli Kelab PROSTAR
Semua ahli kelab PROSTAR sekolah adalah ahli kelab PROSTAR sekolah
dengan mengisi borang keahlian dan pengurusan kelab di peringkat sekolah
adalah di bawah bidang kuasa penaung, penasihat dan ahli jawatankuasa kelab
PROSTAR sekolah sepenuhnya.

7.4.6. Yuran Kelab PROSTAR


Yuran bulanan (jumlah yuran bulanan bergantung kepada Kelab Sekolah) boleh
diwujudkan untuk menjalankan aktiviti kelab diperingkat sekolah dan duit tersebut
hendaklah di simpan oleh Bendahari Kelab Sekolah dan dibentangkan penyata
kewangannya kepada ahli-ahli kelab.

7.4.7. Kebenaran Aktiviti


Setiap aktiviti kelab PROSTAR yang melibatkan pelajar yang diadakan di luar
sekolah perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah
dan penjaga.

7.4.8. Sumber Kewangan


Kelab PROSTAR boleh mendapat sumber kewangan daripada;
a. Peruntukan aktiviti ko-kurikulum sekolah
b. Yuran bulanan dari ahli kelab
c. Peruntukan dari Kelab PROSTAR daerah dan negeri
d. Sumber daripada aktiviti pungutan derma (fund raising activities) serta lain-lain
sumber.

7.4.9

Laporan Aktiviti

48

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Laporan pemantauan bulanan hendaklah dihantar ke Pejabat Kesihatan Daerah


dan Pejabat Pendidikan Daerah. Laporan ini disediakan oleh Pengerusi Kelab
Sekolah dan disemak oleh guru penasihat.

7.5.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pegawai Kesihatan AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan(AIDS)


bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti
Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat negeri.

Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab memberi nasihat dalam


merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di
peringkat daerah dengan dibantu oleh Inspektor Kesihatan.

Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua sekolah berperanan memberi


sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli kelab dalam
melaksana/menyertai aktiviti kelab PROSTAR.

Guru Penasihat bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan


memantau aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan memberi maklumbalas aktiviti
kelab serta permasalahan kepada Pegawai Kesihatan Daerah & Pegawai
Pendidikan Daerah.

Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah bertanggungjawab melaksana


serta menjalankan aktiviti kelab dan memberi maklumbalas kepada guru
penasihat.

7.6.

PEMANTAUAN

Pemantauan aktiviti kelab akan dibuat dengan menggunakan format KPS01/01.

Laporan ini disediakan oleh guru penasihat dan dihantar kepada Pegawai
Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah pada setiap bulan.

49

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Laporan bulanan ini dikompail oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan


dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri sebelum 15 hb.

Laporan daripada daerah dikompail oleh Pegawai Kesihatan AIDS dan


dikemukakan ke Kementerian Kesihatan.

7.7.

Penyakit Denggi
Penyakit yang berjangkit yg merbahaya dan boleh membawa maut. Penyakit ini
biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa
lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman
virus yang dipanggil virus denggi. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi
kuman virus denggi. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam
dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi
iaitu:
1. Aedes aegypti .
2. Aedes albopictus

7.7.1

Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.

Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.

Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk


berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.

Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang
hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan


memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam
sistem aliran darah manusia.

Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi


virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan
menyebarkan kepada orang lain.

7.8.

Demam denggi berdarah.


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13
tahun.

Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama

seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan
gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan,
perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan

50

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan
dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah Filipina.
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang
sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran
darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit,
perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing
berdarah. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran
hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk
kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda
seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi.
Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami
renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock
Syndrome (DSS).

7.8.1. Rawatan demam denggi :

Rawatan demam denggi klasikal:


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada
keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan
dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:


Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

7.8.2. Tanda-tanda atau gejala:

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut.

Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam
panas.

Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan
tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang
mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga
hingga keempat.

Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet
dalam darah menurun.

51

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

RUMUSAN
1.

Program PROSTAR merupakan suatu program mengerakkan golongan remaja


kepada satu penghayatan cara hidup sihat yang berteraskan nilai-nilai murni.Ia
juga melambangkan keprihatinan kerajaan akan masalah yang sedang melanda
golongan remaja.

2.

Program anti denggi juga menyumbang ke arah merealisasikan cabaran wawasan


2020 mewujudkan suatu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika di
mana rakyatnya berpegang teguh kepada agama dan nilai spritual. Mewujudkan
budaya masyarakat penyayang melalui institusi keluarga yang kuat dan harmoni.
Memberi

pengetahuan

kepada

pelajar

di

samping

mengamalkan

cara

pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan menjadi agen perubahan kepada
masyarakat.
3.

Adalah diharapkan dengan penglibatan sepenuhnya sekolah-sekolah di seluruh


negara dalam melaksanakan Program Bebas Denggi di sekolah. Oleh yang
demikian seluruh masyarakat akan terlibat dalam pencegahan dan pengawalan
deman denggi.

4.

Program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui


Amalan Hidup Sihat. Asas kepada rangka kerja ini adalah keperluan pihak yang
terlibat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan.

5.

Ibu bapa menginginkan anak mereka menjadi individu yang mempunyai sifat
terpuji seperti pandai dan menghormati orang tua dan juga masyarakat, yang
mengharapkan pelajar menjadi insan yang berguna. Semantara itu meningkatkan
taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak ksihatan

RUJUKAN
52

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

53

You might also like