You are on page 1of 21

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TOPIK 3

Tajuk 5: Rancangan Makanan Tambahan


Tajuk 6 : Amalan Kebersihan Sekolah

Sinopsis
Dalam tajuk ini meliputi Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

yang

dilaksanakan di sekolah. Program Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan di


sekolah kerana murid sekolah terutamanya di sekolah rendah tidak mengutamakan soal
kebersihan dan keselamatan semasa memilih dan mengambil makanan. Mereka sering
terdedah kepada penyakit daripada makanan dan air tersebut mengakibatkan keracunan
makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan
sekolah yang perlu ditingkatkan. Oleh itu, ciri ciri kebersihan dan keselamatan makanan
hendaklah diterapkan di sekolah sekolah,

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang Rancangan Makanan Tambahan;
2. Mengenal pasti objektif Rancangan Makanan Tambahan;
3. Membincangkan konsep dan matlamat Rancangan Makanan Tambahan; dan
4.

Mengenal pasti pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan.


Kerangka Konsep Rancangan Makanan Tambahan

RANCANGAN
MAKANAN
TAMBAHAN

Kriteria Pemilihan
Murid untuk Menerima
RMT

Pelaksanaan dan
Penilaian

24

Peranan Guru Besar


atau Guru

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

5.0

RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan


kesihatan kanak-kanak sekolah rendah telah memperkenalkan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Kini RMT telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh
Malaysia dan merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan murid
sekolah di negara kita. Rancangan ini adalah bertujuan memberi makanan percuma
kepada murid-murid sekolah rendah terutama luar bandar dan golongan berpendapatan
rendah. Dasar Pembangunan Negara telah memperbaiki taraf pemakanan dan selaras
dengan arus perkembangan kesihatan semasa. RMT banyak membekalkan 25 peratus
hingga 33 peratus daripada keperluan kalori harian kanak-kanak. RMT merupakan satu
lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan
murid murid. Rancangan ini adalah bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada
murid murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan
rendah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
Rancangan ini diusahakan kerana daripada kajian kajian yang telah dijalankan,
didapati 15 peratus hingga 20 peratus murid murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi
atau makan tengah hari. Di samping itu, kajian juga menunjukkan lebih kurang 35 peratus
daripada murid murid sekolah rendah ada menunjukkan tanda tanda pemakanan yang
salah. Mulai tahun 1989, semua sekolah rendah telah dilibatkan dalam RMT. Pemilihan
sekolah-sekolah adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria pemberian makanan
tambahan kepada murid murid. Kementerian Pelajaran sedang menilai semula menu dan
perlaksanaan program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat
program tersebut.

5.1 Objektif
Program RMT adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:
a. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya
dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan
sementara waktu untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
b. Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang (lihat Rajah 8.2 untuk
piramid makanan) kepada murid-murid yang terlibat untuk membantu mereka
mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

25

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

c. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.


d. Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
e. Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta
amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar.

5.2

Rasional

Pelaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan dan
kajian oleh Kementerian Pelajaran yang menunjukkan bahawa:
a. Sejumlah 15 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan murid
datang ke sekolah tanpa sarapan atau makan tengah hari di rumah dan ramai
antara mereka mengalami masalah kelaparan.
b. Pemakanan yang salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-masalah
dari segi pembesaran, pencapaian dalam pembelajaran.
c. 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.

5.3

Sejarah Pelaksanaan RMT

Senarai di bawah membincangkan sejarah pelaksanaan RMT.


a. RMT telah mula diadakan sejak selepas Perang Dunia Kedua oleh Pemerintah
Tentera British sebagai satu usaha kecemasan.
b. Beberapa pertubuhan kebajikan dan agensi kerajaan seperti Persatuan Kebajikan
Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan dan Felda telah menjalankan RMT
kepada beberapa buah sekolah yang terpilih terutama di luar bandar.
c. Pada tahun 1974 Kerajaan Selangor telah memulakan projek perintis RMT di
bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di Kuala Langat.
Kerajaan Selangor telah memperluaskan AMP ke kawasan-kawasan lain dalam
negeri itu.

26

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

d. Pada tahun 1976, Jawatankuasa AMP di peringkat kebangsaan anjuran Jabatan


Perdana Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai satu usaha
dalam AMP. Peruntukan wang telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan.
e. Perlaksanaan

ICU

Jabatan

Perdana

Menteri

untuk

dilaksanakan

oleh

Kementerian Pelajaran di kawasan-kawasan Rancangan AMP semenjak tahun


1979.
f.

RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk


mengelola, menyelia dan melaksanakannya.

g. Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan-kawasan di luar


daerah Rancangan AMP dan ia adalah sejajar dengan pengumuman Menteri
Pendidikan pada tahun 1978 dan perakuan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
h. Sehingga tahun 1982, pelaksanaan RMT telah diperluaskan sehingga ke semua
sekolah rendah.
i.

Kaedah pelaksanaan RMT telah dikaji semula pada akhir tahun 1982. Dari tahun
1983 hingga 1988, pelaksanaan rancangan RMT dihadkan kepada sekolahsekolah.

j.

Pelancaran

Program

Pembangunan

Rakyat

Termiskin,

pengurusan

RMT

keseluruhannya telah dikaji semula dan mulai tahun 1989, rancangan RMT ini
telah meliputi semula semua sekolah dengan mengutamakan murid-murid
daripada golongan termiskin.

5.4.

Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima RMT

Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan RMT adalah
seperti berikut (lihat Rajah 8.3 untuk contoh borang RMT):
a. Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada
murid-murid daripada golongan miskin iaitu:
i.

Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang


mempunyai pendapatan bulanan RM150.

ii.

Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang


mempunyai pendapatan perkapita setakat RM35.00 dan ke bawah adalah
layak dipertimbangkan dalam program ini.

27

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

iii.

Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah


rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.

b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke


bawah.
c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu
dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.
d. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan
tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

5.5

MAKANAN TAMBAHAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang


bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah
rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri yang
memperluaskan pelaksanaan mengikut syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Program makanan dan
pemakanan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan
Mengenai Pemakanan yang mengutamakan keselamatan pengeluaran makanan dari
peringkat sumber hingga ke pemasaran, penggunaan dan akses yang saksama kepada
makanan berkhasiat telah diberi penekanan. Pelan tindakan tersebut juga menekankan
tabiat makan yang betul terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan orang dewasa.
Di samping itu, mulai tahun 1997, program perkhidmatan kesihatan sekolah terus
diperkukuhkan

lagi

dengan

menyatukan

peranan

Kementerian

Pelajaran

dan

Kementerian Kesihatan dalam menggalakkan aktiviti kesihatan alam sekitar serta


pemakanan seimbang dan senaman untuk mengelakkan kegemukan. Menjelang tahun
2000, seramai 1,960 pekerja kesihatan dan guru telah dilatih untuk menggalas dan
melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah secara bersepadu. Kurikulum pendidikan
kesihatan telah dikaji semula untuk memberi penekanan dan menyemai amalan gaya
hidup sihat dari peringkat kanak-kanak. Di samping itu, program pemakanan khas untuk
kanak-kanak di kawasan luar bandar juga telah dilaksanakan untuk membekalkan
makanan tambahan yang berkhasiat, garam dan khasiat mikro yang mencukupi.
5.5.1 Pelaksanaan dan Penilaian
Pelaksanaan dan penilaian program RMT boleh dilihat seperti di bawah.

28

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

a. Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin (keluarga yang
berpendapatan kurang RM400 sebulan atau RM80 per kapita) menerima bantuan
ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari
pertama persekolahan pada setiap tahun.
b. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di
Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak.
c. Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar
tersebut adalah RM123,647,250 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah
dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak
pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini program
RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan.
d. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan
RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada pihak Sekolah.
e. Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri
kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah
penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan
menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30
November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada
akaun kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat.
f.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran
mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri masing-masing.

5.5.2 Menu Makanan RMT


RMT menekankan kualiti makanan yang menyihatkan untuk para murid sekolah.
a. Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar
peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di
Semenanjung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak.
b. Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan makanan
seimbang berdasarkan menu pihak Institut Penyelidikan Perubatan dan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

29

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

c. 10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu lima menu disediakan pada tahun
1976 dan lima menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983 dengan
peruntukan sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah dan Sarawak.
d. Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan
kepada menu makanan RMT baharu yang lebih baik. Pembabitan pihak-pihak
tertentu seperti berikut memberi lebih banyak faedah:
e. Institut Penyelidikan Perubatan;
f.

Institut Kesihatan Umum;

g. Universiti Kebangsaan Malaysia.


h. Penyediaan 20 jenis menu masakan baharu makanan RMT dihasilkan dan telah
mula diberikan kepada penerima RMT semenjak awal tahun 1995 sehingga
sekarang.

5.5.3 Peranan Guru Besar atau Guru


Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan RMT, guru besar dan guru harus memainkan
peranan mereka. Antara peranan mereka termasuklah:
a. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut
kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM.
b. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan.
c. Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya
makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan
secara tidak formal.
d. Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka
sekurang-kurangnya pada awal dan akhir tahun.
e. Mengawasi hidangan makanan.
f.

Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan


dikemas kini oleh pihak sekolah.

Tajuk 6

Amalan Kebersihan Sekolah


30

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Sinopsisi
Dalam tajuk ini Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS), tujuan utamanya untuk
melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Rancangan ini
meliputi semua kegiatan untuk menggalakkan kehidupan sihat di sekolah dan untuk
membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan kesihatan yang diingini. Ciri-ciri promosi
kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek
fizikal, mental, sosioemosi dan kerohanian merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan
penekanan yang teliti bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model dan
amalan gaya hidup sihat
Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS);
2. Mengenal pasti objektif PAKS;
3. Menjelaskan konsep dan matlamat PAKS; dan
4. Mengenal pasti pelaksanaan PAKS.
Kerangka Konsep Amalan Kebersihan Sekolah
Amalan Kebersihan
Sekolah

Ciri-ciri
Kebersihan
Bahan
Mentah

Ciri-ciri
Kebersihan
Diri Yang
Baik

Tanggung
jawab
Pengusah
a Premis

Pemeriksaan
Kantin dan Dapur

Tanggung jawab
Pekerja Premis

6.0

Ciri-ciri Reka
Bentuk Premis
Makanan suai

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

31

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimulakan pada tahun
1991 atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan
dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 bertemakan penyakitpenyakit kardiovaskular. Objektif jangka pendek kempen ini adalah:
a. Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat; dan
b. Bagi menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang
mempromosikan kesihatan.

6.1.

Objektif

Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah dan diperkukuh
serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. PAKS
mempunyai lima objektif utama, iaitu:
1. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian.
2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.
3. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu
pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.
4. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.
5. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah
dan ceria.
Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu
bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Sekolah yang bersih ialah sekolah yang ceria,
indah dan wangi, tanpa contengan, sampah, sawang, berbau busuk, berhabuk dan
berlumut. Pada waktu yang sama, kemudahan sekolah perlu dijaga dan diselenggarakan
dengan baik agar terus berfungsi. Sekolah juga perlu selamat dan tidak menjadi tempat
pembiakan serangga atau haiwan perosak. Bagi memastikan sekolah membudayakan
amalan kebersihan, KPM telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan
keceriaan dan juga gotong-royong. KPM turut mengeluarkan Buku Panduan Aktiviti
Amalan Kebersihan Sekolah yang memperincikan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh

32

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

pihak sekolah bagi memastikan kebersihan di bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas
seperti pusat sumber, makmal, bilik sakit, stor, parit, taman dan padang sekolah.
Sepanjang tempoh RMKe-9, KPM memantapkan lagi PAKS melalui penyelarasan yang
dilakukan di bawah Jawatankuasa Kabinet Kebersihan dan Kesihatan Nasional. Cabaran
KPM adalah untuk memastikan amalan kebersihan, disiplin diri, cara hidup sihat dan
kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk sejak di peringkat awal
persekolahan lagi.
6.2

Konsep dan Rasional

PAKS dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. Program ini bertujuan
untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam
sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Satu pertandingan telah diadakan di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Program ini telah menunjukkan impak yang menggalakkan
kerana berjaya menimbulkan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah.
Dengan secara tidak langsung, beberapa masalah disiplin sekolah seperti merosakkan
harta benda sekolah (vandalisme) dapat diatasi.
Rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana morbiditi tinggi dalam kalangan muridmurid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis
dan sebagainya, walaupun mereka merupakan golongan yang paling sihat dengan kadar
kematian yang rendah. Lebih kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk negara
adalah terdiri daripada mereka yang masih di bangku sekolah. Oleh itu, peningkatan
kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan masyarakat. Dari sudut
pembangunan, murid merupakan agen perubahan yang penting kerana mereka lebih
mudah

menerima

sesuatu

pengetahuan

atau

perubahan.

Mereka

juga

boleh

mempengaruhi ahli keluarga mereka.


Pada tahun 1995, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan konsep
"Health Promoting School". Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi
memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu:
a. Polisi Kesihatan Sekolah.
b. Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat.
c. Penglibatan Keluarga dan Komuniti.
d. Kemahiran Kesihatan Diri.

33

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

e. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

6.3

Piawaian yang Dikehendaki

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu
bersih malah mesti berfungsi dan selamat. Suasana persekolahan yang sihat dan
selamat adalah salah satu daripada nilai-nilai kesihatan yang perlu diterapkan seperti
kebersihan dan keselamatan makanan. Terdapat murid-murid sekolah terutamanya di
sekolah rendah tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan semasa memilih
dan mengambil makanan, mereka terdedah kepada penyakit bawaan makanan dan air
dan keracunan makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali
makanan dan sekolah perlu dipertingkatkan. Oleh itu, ciri-ciri kebersihan dan
keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan
dapur asrama sekolah. Kegagalan menjaga kebersihan akan menjurus kepada beberapa
keadaan yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera,
tifoid, hepatitis A, keracunan makanan dan lain-lain. Kegagalan mengamalkan kebersihan
dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan
benda asing dalam makanan.
Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan
selamat ialah :

Kebersihan bahan mentah.

Pengendalian makanan yang bersih.

Kebersihan diri pengendali makanan.

Keperluan kemudahan asas yang mencukupi.

Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.

Penyediaan makanan yang betul.

34

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

6.3.1 Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah


Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui,
bersih, segar dan tidak rosak. Bahan mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum
dimasak. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di
dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan
mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahanbahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu
disimpan di dalam peti sejuk.
Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu
kebersihan makanan yang disediakan. Sebaliknya gunakan penyepit, sudu atau garpu
untuk mengambil makanan. Lindungi makanan daripada lalat, tikus, habuk dan bahanbahan beracun. Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan
ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut.
Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan di atas pinggan
mangkuk. Pastikan penggunaan bekas yang tidak retak atau sumbing untuk menghidang
makanan dielakkan. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang
mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah disimpan di tempat yang
sama untuk menghindarkan pencemaran silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain
mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan-bahan bukan makanan
hendaklah disimpan berasingan daripada makanan.
6.3.2. Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik

Amalkan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan


tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidang makanan.

Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali
sehari.

Pastikan diri pengendali bersih dan kemas.

Berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan
betul.

Jangan meludah di kawasan penyediaan makanan.

Jangan bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan.

35

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan.

Jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.

Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur.

Tong sampah bertudung dan bersih dan sampah dibuang setiap hari atau
mengikut jadual.

Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai dan tidak bertakung
untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.

Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis


makanan.

Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun,


berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan
pekerja.

6.3.3. Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai

Premis makanan mestilah mempunyai ruang yang mencukupi dan


berasingan bagi penyediaan makanan, mempamer makanan, menyimpan
makanan dan ruang untuk pelanggan hendaklah selesa.

Almari atau rak menyimpan makanan mestilah ditutup rapi supaya lalat dan
lipas tidak dapat masuk.

Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air.
Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.

Tempat membasuh peralatan mestilah sesuai dan mencukupi.

Tempat penyediaan makanan mestilah daripada jenis yang mudah dicuci


dan kalis air.

Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak
dan berfungsi.

Pencahayaan dan pengudaraan di dalam premis makanan hendaklah


mencukupi.

Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya.

36

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Peralatan serta keseluruhan premis sentiasa dibersihkan.

Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerja.

Kerjasama yang rapat antara pekerja dan pengurus penting untuk


memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin.

Kerosakan perlu diperbaiki secepat mungkin.

6.3.4. Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan

Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi.

Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan


pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.

Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja
sehingga disahkan sihat.

Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke


semasa.

6.3.5. Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Melaporkan kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera.

Elakkan diri daripada perbuatan seperti mengorek hidung, menyentuh


makanan masak dengan tangan yang kotor dan sebagainya.

Mempelajari dan mengamalkan tabiat yang baik bagi meninggikan taraf


kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan
kawasan-kawasan tempat kerja.

Kes keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah sering menjadi bahan berita dan
dilaporkan dalam akhbar tempatan. Dalam tempoh bulan Januari hingga Ogos tahun
2007, tidak kurang daripada 800 orang murid sekolah rendah dilaporkan mengalami
keracunan makanan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada
melibatkan kantin, dapur asrama atau RMT, menyumbang kepada peratusan yang paling
tinggi daripada jumlah kes-kes keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di negara
kita. Kebanyakan kes-kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah adalah berpunca

37

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

daripada makanan yang disediakan di kantin atau dapur asrama sekolah. Makanan yang
dijual di kantin sekolah kebanyakannya adalah makanan sedia untuk dimakan dan ia
telah melebihi 4 hingga 6 jam di mana risiko dicemari oleh mikroorganisma adalah tinggi.
Begitu juga dengan makanan yang disajikan di dapur asrama. Antara faktor penyumbang
yang dikenal pasti penyebab kepada keracunan makanan dalam kalangan murid-murid
sekolah adalah seperti berikut:
i.

Kebersihan diri yang rendah.

ii.

Peralatan, perkakas dan ruang tempat kerja dicemari.

iii.

Bekalan makanan dari sumber yang tidak selamat.

Semua Guru Besar hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang terdapat dalam


'Garis Panduan Kantin Sekolah'. Persatuan PIBG perlu memberikan kerjasama dalam
menentukan kebersihan dan keselamatan makanan di sekolah. Berpandukan kepada
kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan kepada aspek-aspek kebersihan
dan keselamatan makanan tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan. Pengusaha
kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi
pendedahan yang lebih dari aspek:
i.

Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat.

ii.

Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca keracunan makanan,


gejala keracunan makanan dan cara pencegahannya.

iii.

Konsep melabel makanan.

iv.

Penyediaan makanan yang selamat.

v.

Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat.

vi.

Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan.

6.3.6. Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama


Pemeriksaan kantin sekolah disyorkan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan
pemeriksaan perlu meliputi dapur asrama. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran
suhu masa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi
keutamaan pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang. Garis Panduan Kantin
Sekolah ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. Garis panduan ini telah dikaji

38

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah.
Kajian hendaklah dilakukan setiap lima tahun sekali.

6.4.

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas fizikal yang sentiasa bersih, ceria,
selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas fizikal di
sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama,
parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi
bagi kegunaan murid-murid sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya
bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.
Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan membina sahsiah warga
sekolah yang murni yang dapat mengatasi cabaran. Usaha pihak sekolah untuk
menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi perkembangan mental yang sihat
dan mengurangkan tekanan dalam kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial
yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
serta intelek mereka. Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga
sekolah adalah sangat penting. Terdapat berbagai cara untuk membolehkan penglibatan
masyarakat seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahanbahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah sebagai dorongan dan sokongan moral
kepada murid serta menjadi ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang
datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti
kemasyarakatan di sekitar sekolah.
6.4.1. Tugas dan Tanggungjawab
a. Polisi Kesihatan Sekolah
Polisi ini adalah satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan
sumber bagi mempromosikan kesihatan. Ia bertindak sebagai piagam pelanggan
bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Polisi yang
dipilih oleh sesebuah sekolah boleh diadaptasikan daripada kementerian ataupun
dibentuk sendiri mengikut keperluan sekolah. Antara contoh polisi daripada
kementerian ialah polisi Bebas Asap Rokok dan polisi Bebas Denggi. Manakala
polisi yang dibentuk sendiri ialah seperti Murid-murid diwajibkan bersarapan

39

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

sebelum memulakan pembelajaran di sekolah, polisi yang berkaitan pertolongan


cemas, keselamatan di sekolah dan sebagainya.
Terdapat sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa PBSS peringkat
sekolah yang bertanggungjawab terhadap pemilihan serta pelaksanaan polisi.
Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta
pelawat tahu tentangnya.
Selain daripada mempamerkannya, pihak sekolah juga hendaklah menjalankan
aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. Setiap polisi yang
dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya.
Sebagai contoh, indikator bagi polisi Bebas Asap Rokok yang boleh digunakan
adalah jumlah warga sekolah yang merokok dalam kawasan dan bilangan poster
larangan merokok dalam kawasan sekolah. Sekolah boleh memilih satu atau lebih
polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. Polisi-polisi ini juga boleh
bertukar ganti mengikut tahap pencapaiannya.
b. Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat
Keadaan sekolah perlu mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa
bersih, ceria, selamat dan sihat. Pihak sekolah seharusnya memastikan
kemudahan asas atau fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba,
dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa
dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah.
Selain itu, persekitaran sekolah juga seharusnya bebas daripada risiko jangkitan
penyakit berjangkit seperti penyakit denggi dan lain-lain.
c. Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan Selamat
Persekitaran sekolah boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina
sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. Pihak sekolah
seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk
perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan
warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek mereka. Antaranya
termasuklah menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan programprogram membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan
tekanan seperti Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, punching bag, sudut

40

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus


kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.
d. Penglibatan Komuniti
Ini merupakan satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan
tahap kesihatan warga sekolah. Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai
bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran
ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah. Mereka juga
boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi rolemodel atau ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan
komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang
ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti
kemasyarakatan di sekitar sekolah.
e. Kemahiran Kesihatan Diri
Ini merupakan suatu usaha bagi membentuk sikap yang positif dalam kalangan
warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat. Ia dijalankan dalam
bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal. Penekanan
kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran
penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Murid diajar mengenai
kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan diri.
Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut
diajar dan diamalkan di sekolah. Penekanan juga diberikan kepada aspek
senaman

dan

kecergasan,

makan

secara

sihat,

pertolongan

cemas,

perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. Dengan
tertanamnya kesedaran penjagaan kesihatan diharapkan agar amalan kesihatan
yang baik ini akan disalurkan oleh murid kepada keluarga masing-masing.
f. Peranan Pengetua, Guru Besar dan Pentadbir Sekolah

Memberi

penerangan

kepada

guru-guru

mengenai

pelaksanaan

amalan

kebersihan di sekolah.

Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan yang dianggotai guru-guru, agensiagensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badanbadan bukan kerajaan.

41

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah
bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang
selamat.

Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk


menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.

Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab


terhadap masyarakat.

Kesedaran

murid-murid

tentang

pentingnya

kemahiran

kesihatan

serta

mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.


g. Peranan Guru
Guru merupakan sumber yang penting untuk memastikan program ini berjaya.
Penjelasan mengenai konsep amalan kebersihan dan faktor lain mengenai kesihatan
murid mesti diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan
program tersebut dijalankan dengan berkesan. Antara peranan guru ialah:

Memahami komponen-komponen kesihatan.

Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Health Promoting


School (HPS) yang dirancang oleh jawatankuasa.

Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada


jawatankuasa.

Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan cara hidup
sihat.

Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan


aktif.

Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

h. Peranan Murid atau Pelajar

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh
pihak sekolah.

Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.

42

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai


aktiviti-aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah.

i. Peranan Ibu Bapa


Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program HPS yang dirancang
oleh pihak sekolah. Memberi bantuan dari segi kepakaran, kewangan, barangan serta
sokongan moral kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program HPS.
Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program HPS.
Memberi cadangan aktiviti atau program HPS yang boleh dilaksanakan kepada
Jawatankuasa BPS. Akhir sekali, ibu bapa boleh menjadi contoh kepada anak-anak
dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

43

PKE 3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

44

You might also like