You are on page 1of 8

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

.TOPIK 2

Tajuk 2 : Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Sinopsis
Kerajaan akan terus menekankan perkhidmatan kesihatan dan pencegahan penyakit
sebagai satu komponen penting dalam program pembangunan kesihatan. Program
berbentuk galakan, pendidikan dan kesedaran kesihatan akan diberi keutamaan bagi
menyebarkan maklumat kepada penduduk. Kempen gaya hidup sihat akan diteruskan
dengan penekanan kepada penggalakan tingkah laku sihat serta pencegahan penyakit.
Strategi tersebut adalah selaras dengan program paradigma sihat dan akan mengambil
kira unsur penentu kesihatan seperti faktor alam sekitar, persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah sahaja;
2. Menghuraikan pentadbiran dan organisasi perkhidmatan kesihatan sekolah;
3. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhidmatan sekolah;
4. Menghuraikan panduan dan tatacara lawatan sekolah; dan

5. Mengenal pasti masalah kesihatan dan penyakit masa kini.

Kerangka konsep tajuk Program Kesihatan Sekolah

PROGRAM
KESIHATAN
SEKOLAH

Penjagaan
kesihatan

Pemakanan.

16

Promosi kesihatan.

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

3.0.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi:

a. Penjagaan kesihatan.
b. Pemakanan.
c. Promosi kesihatan.
d. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh:
i.

Doktor perubatan dan pergigian;

ii.

Jururawat; dan

iii.

Guru-guru.

Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian


optimum kesihatan warga sekolah.
3.1.

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Berikut disenaraikan objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah:
a. Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak sekolah
tentang taraf kesihatan diri sendiri.
b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan
seseorang pada jangka masa tertentu.
c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum
untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan
sekolah.
d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan
merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang
berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan
juga untuk pemulihan.
e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak
sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan
yang efektif.
f.

Mengawal penyakit yang berjangkit.

17

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

g. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan


Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
h. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan
kesihatan dan penyeliaan khas.

3.2.

Pentadbiran Dan Organisasi Perkhidmatan Kesihatan Ke Sekolah


Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan
Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu komponen dari Rancangan
Kesihatan Sekolah dan dijalankan oleh anggota Bahagian Kesihatan Keluarga.
Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia boleh dilihat pada berikut:
Carta organisasi perkhidmatan kesihatan Malaysia

Koordinasi antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran ini


hendaklah ditegaskan setiap masa supaya perkhidmatan ini dapat berjalan dengan

18

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

lancar. Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah


adalah seperti Rajah 3.4.di bawah.
Carta organisasi bahagian perkhidmatan kesihatan Malaysia

3.3. PERKHIDMATAN DI SEKOLAH


Berdasarkan kepada konsep RKS yang telah diterangkan di atas, Kementerian Pelajaran
dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan pelbagai program
kesihatan sekolah. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
a. Pendidikan Kesihatan.
b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.
c. Program Kesihatan Pergigian Sekolah.
d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
e. Program Susu Sekolah.
f.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah


(Program 3K).

g. Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah.


h. Program Anti-Denggi di Sekolah.
i.

Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok.

j.

Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya.

19

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

k. Program-program secara adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti


program Anti-Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

3.3.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Setiap kategori kakitangan yang terlibat dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
hendaklah

memahami

peranan

masing-masing

supaya

mereka

dapat

menjalankan perkhidmatan ini dengan lebih sempurna.


Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:
a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan
kesihatan optimum.
b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan
perhatian yang serius.
c. Mencegah dan mengawal penyakit.
d. Memberi khidmat pertolongan cemas.
e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

3.4.

AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah:
a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah;
b. Rawatan, rujukan dan tindak susul;
c. Imunisasi;
d. Pendidikan Kesihatan;
e. Kaunseling; dan
f.

Rekod dan laporan.

20

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

a. Penilaian Status Kesihatan


Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah.

Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan.

Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan


3 dan Tingkatan 5.

Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk


pemeriksaan kesihatan imunisasi murid.

Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke


sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6.

Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang


murid itu berpindah sekolah.

Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid.

b. Rujukan dan Tindakan Susulan


Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi:

Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk.

Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes
yang dirujuk.

c. Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan dan sesi ini dijalankan oleh seorang
guru kaunselor yang terlatih.
d. Pemakanan
Aktiviti pemakanan meliputi:

Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan


tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid.

21

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan,
obesiti, beguk, anemia dan lain-lain.

e. Pertolongan Cemas
Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan
penyakit akan berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang
jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. Sekolah
juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut:

Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan


cemas.

Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi
kardiopulmonari.

f. Pendidikan Kesihatan
Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi:

Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak


formal.

Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan


kesihatan di kalangan warga sekolah.

Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah


kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

g. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas


Aktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal
mengikut

umur

dan

kehilangan

keupayaan

fizikal

penglihatan

dan

pendengaran meliputi:

Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas.

Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja
dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.

22

PKE 3104 Program Kesihatan Sekolah

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

23

You might also like