You are on page 1of 2

1.

Perak, Sungkai
Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Jelaskan cara-cara anda
menunjukkan semangat patriotik anda
2. Johor
Generasi muda kurang mengenali permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana bertajuk, 'Peranan pelbagai pihak dalam
mempopularkan permainan tradisional'. Tulis rencana itu selengkapnya.
3. Kedah
Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian. Sebagai pelajar, bincangkan caracara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
4. Kelantan 1
Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini banyak memberi manfaat kepada pelajar.
Huraikan faedah yang anda peroleh dengan menguasai teknologi maklumat.
5. Kelantan 2
Remaja mestilah bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa depan. Mereka mestilah
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menempuh alam pekerjaan. Huraikan
kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya pilihan anda.
6. Kelantan 3
Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Pengorbanan guru sangat besar untuk
melahirkan generasi cemerlang dalam akedemik dan sahsiah. Sebagai seorang murid, bagaimanakah
cara anda membalas jasa guru anda?
7. MRSM
Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan melalui pelaksanaan dasar
1Murid 1Sukan. Jelaskan faedah-faedah yang akan diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.
8. N.Sembilan
Pengaruh media massa pada alaf ini banyak mengubah cara berfikir rakyat Malaysia. Huraikan
faedah-faedah media massa kepada diri anda.
9. P.Pinang
Penglibatan murid murid dalam bidang kokurikulum mendatangkan pelbagai faedah. Huraikan
faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum tersebut.
10. Pahang
Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk menzahirkan
rasa kasih sayang tersebut.
11. Sabah
Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan telefon
bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat anda, jelaskan kesankesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
12. Sarawak
Fenomena segelintir pelajar yang bekerja secara sambilan sehingga menjejaskan prestasi pelajaran
semakin membimbangkan.Tulis satu rencana tentang fenomena berkenaan untuk disiarkan dalam
sebuah majalah remaja.
13. SBP

Anda telah menyertai program pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh sekolah anda. Anda
berhasrat untuk menceritakan pengalaman sepanjang menyertai program tersebut. Ceritakan
pengalaman anda.
14. Selangor 1
Pada zaman yang beredar pantas, gaya hidup masyarakat kian berubah. Ikatan kejiranan semakin
luntur. Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda berkenaan isu ini.
15. Selangor 2
Belakangan ini, jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H. S. Lee
dan Tun Sambanthan semakin dilupakan. Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh
kemerdekaan.
16. Selangor 3
Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan peningkatan kes kemalangan di
jalan raya. Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan ray ayang berhemah.
17. Terengganu
Kes salah laku disiplin seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di
sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur
dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda
dalam memupuk budaya penyayang di sekolah.

You might also like