You are on page 1of 32

PROJEK PENGKAJI MUDA

Projek pengkaji muda untuk pelajarpelajar Pra-U disyaratkan


mengandungi bab-bab berikut:

Bab 1 Pengenalan
Bab 2 Sorotan Literatur
Bab 3 Metodologi
Bab 4 Analisis Data
Bab 5 Perbincangan, Cadangan dan
Rumusan

Kandungan Bab 1
1. Latar
belakang
kajian
2. Pernyataan
masalah
3. Tujuan kajian
4. Objektif kajian
5. Hipotesis
kajian

Kepentingan
kajian
7. Skop kajian
8. Batasan
kajian
9. Definisi
konseptual
10.Definisi
operasional
6.

Kandungan Bab 1

Tiap-tiap bahagian yang dibincangkan bukan sahaja perlu


berkaitan tetapi menyokong di antara satu sama lain.
Penilai PSM biasanya akan memberikan perhatian kepada
aspek ini apabila menilai sesebuah PSM. Penilai yang
berpengalaman akan dengan mudah mengesani kelemahan
bahagian ini.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kelemahan atau
kekuatan Bab 1 PSM membayangkan kelemahan atau
kekuatan PSM secara keseluruhannya
Pelajar MESTI mengambil berat akan hal ini

LATAR BELAKANG
Menjelaskan maklumat awal tentang
perkara yang hendak dikaji (seperti
bidang kajian, perkembangannya
dan status terkini aspek yang
hendak dikaji).
Urutan penulisan daripada umum
kepada yang spesifik.
Perlu menimbulkan minat
penilai/pembaca terhadap aspek
yang hendak dikaji

LATAR BELAKANG
Bahagian ini sebenarnya adalah
penting, sama penting dengan
bahagian-bahagian lain. Pelajar
biasanya associate kepentingan
sesuatu bahagian dengan tahap
kesukaran menyiapkannya. Ini satu
fahaman yang salah.

LATAR BELAKANG
Bahagian ini adalah bahagian pertama yang
akan dibaca oleh orang lain. Oleh itu
sekiranya pelajar mahu meyakinkan
bahawa isu yang hendak dikaji adalah
menarik dan perlu diberikan perhatian yang
serius, di bahagian Pendahuluan inilah
yang perlu dieksploit sepenuhnya

LATAR BELAKANG
Umpamanya, jika kajian pelajar adalah mengenai promosi jualan restoran
makanan segera, pelajar boleh menghuraikan situasi ekonomi semasa dan
kaitkan dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh restoran ini untuk menarik
pelanggan dan kekal competitive. Antara ayat yang seharusnya ada dalam
bahagian ini ialah:
Keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara ini telah mengakibatkan
banyak syarikat (perlu ada data) yang terpaksa menutup perniagaan mereka.
Bagaimana pun melalui pemerhatian di dapati restoran makanan segera
(melalui data-data yang ada) masih lagi mampu mengekalkan prestasi
perniagaan mereka. Apakah rahsia kejayaan mereka, adakah kerana lokasi,
promosi atau produk yang mereka jual? Kajian ini akan cuba menjawab
persoalan ini dengan memberi tumpuan/fokus kepada aspek promosi. Untuk
tujuan ini dua buah restoran makanan segera telah dipilih iaitu restoran ABC
dan XYZ.

Contoh Pendahuluan yang Baik:


Bahagian ini mestilah juga memfokus kepada tajuk yang dipilih. Ini
amat penting kerana pembaca berkemungkinan akan keliru apabila
perbincangan dalam bahagian ini tidak selari dengan tajuk

Tajuk
Hubungan Gaya Kepimpinan Dengan Motivasi
Pekerja
Pendahuluan
Kepimpinan adalah unsur penggerak yang penting dalam
pengurusan sesebuah organisasi. Sehubungan itu, mutu
kepimpinan menentukan berhasil atau

Contoh Pendahuluan yang Lemah:


Tajuk
Faktor-faktor Dalaman Kilang yang Mempengaruhi
Pusing Ganti Pekerja
Pendahuluan
Industri kelapa sawit adalah satu industri
penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi
negara
Sepatutnya pendahuluan kepada tajuk ini mestilah bermula
sama ada dengan membincang mengenai isu-isu faktor
dalaman atau pusing ganti pekerja atau hubungan di antara
kedua-dua angkubah ini. Perbincangan mengenai industri
kelapa sawit boleh dibincangkan kemudian, mungkin dalam
bahagian latar belakang kawasan kajian

PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks PSM di fakulti ini, tanpa masalah kajian,
kajian tidak dapat dijalankan. Kajian bermula dengan
suatu masalah. Apabila pelajar berjumpa penyelia,
beberapa soalan yang hampir pasti ditanya ialah:

Hendak kaji apa?


Kenapa hendak kaji?
Bagaimana hendak kaji?
Di mana hendak kaji?
Kenapa di situ dan bukan di tempat lain?

PERNYATAAN MASALAH
Biasanya pelajar dengan mudah menjawab soalan pertama.
Contoh: Saya nak kaji internet, Saya hendak kaji Pengiklanan,
Saya nak kaji Tabung Haji dll.
Tetapi bagi soalan kedua, kebanyakan pelajar tidak dapat
menjawabnya dengan baik sebab pelajar belum tahu lagi
aspek mana yang sebenarnya hendak dikaji. Contoh: Saya
nak kaji Tabung Haji - adakah pelajar ini nak kaji kepuasan
pelanggan, perkhidmatan kaunter, kepuasan kerja, sistem
pengurusan dll.
Pelajar perlu jelas aspek mana yang hendak dikaji sebelum
menghasilkan sebuah Masalah Kajian yang researchable

PERNYATAAN MASALAH
1. Menjelaskan apa yang hendak dikaji.
2. Masalah yang hendak dikaji mesti
sesuai, munasabah dan boleh dikaji.
3. Menjelaskan bagaimana hendak
mengkajinya dan setakat mana ianya
telah dan perlu dikaji.
4. Bersifat spesifik.
5. Menyatakan situasi di mana masalah
itu wujud.Menyatakan apakah
keadaan atau faktor yang perlu
dicerap dan diukur.

PERNYATAAN MASALAH
6. Dinyatakan dalam bentuk
operasional.
7. Dinyatakan pembolehubah yang
hendak dikaji.
8. Menyatakan andaian dan
menilai andaian yang
digunakan.
9. Pernyataan masalah boleh
dinyatakan dalam bentuk
persoalan kajian

PERNYATAAN MASALAH
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan satu masalah yang
researchable daripada satu permasalahan yang umum?.
Untuk melakukannya, seseorang pelajar perlu mengumpul
seberapa banyak maklumat yang mungkin tentang faktorfaktor yang berkaitan dengan masalah yang hendak
dikaji. Maklumat ini mungkin berbentuk senarai faktorfaktor ataupun penjelasan tentang masalah tersebut. Oleh
itu adalah penting bagi seseorang pelajar membuat kajian
literatur dan berbincang dengan mereka yang mempunyai
kemahiran, pengalaman atau pengetahuan dalam masalah
yang hendak dikaji.
Pelajar boleh menyenaraikan seberapa banyak senarai
fakta yang ia suka tetapi dalam proses mengenalpasti
fakta yang dirasakan benar-benar relevan, fakta yang
kurang penting atau dirasakan tidak berkaitan bolehlah
diketepikan.

LATIHAN
Majikan tolak cuti 2 Nov. -- Cadang cuti tahun diambil elak
peningkatan kos operasi swasta
Utusan Online 17 Oktober 2005

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera


Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata,
lebih 90 peratus ahlinya akan menutup operasi pada musim perayaan
kerana ia lebih berkesan dari segi penjimatan kos dan produktiviti.
Ia dilakukan dengan cara arahan mewajibkan ambil cuti yang ditolak
daripada cuti tahun.
Cara tersebut tidak akan menjejaskan produktiviti kerana selama ini
terbukti, cuti yang panjang dapat menaikkan semangat para
kakitangan untuk kembali bekerja, katanya.

MATLAMAT
Matlamat kajian ialah apa yang
hendak dicapai di akhir kajian
Jangkaan umum terhadap hasil
ataupun sinopsis yang tepat dan
spesifik tentang objektif keseluruhan
kajian

OBJEKTIF
Pecahan kepada matlamat kajian
menghasilkan objektif kajian
Jangkaan hasil kajian bagi menyelesai atau
meleraikan masalah yang telah dinyatakan.
Menggunakan perkataan yang tepat dan
boleh dicerap, seperti mengenal pasti,
mengukur, menjelaskan, membandingkan,
membuktikan, meninjau dan lain-lain.
Menjelaskan bentuk penilaian yang hendak
dibuat terhadap pembolehubah yang
hendak dikaji.

OBJEKTIF
Menjelaskan bentuk penilaian
yang hendak dibuat terhadap
pembolehubah yang hendak
dikaji.
Menjurus kepada pencapaian
matlamat.
Mempunyai kaitan dengan
hipotesis atau persoalan
kajian

HIPOTESIS
Berasaskan pengetahuan
yang sedia ada.
Mempunyai kaitan dengan
pernyataan masalah dan
objektif kajian.
Menjelaskan hubungan
antara pembolehubah

SKOP
Menjelaskan perkara-perkara,
aspek dan ruang lingkup yang
hendak dikaji
Menjelaskan bagaimana bidang
kajian yang luas dikecilkan
menjadi fokus kajian yang
dijalankan (seperti aspek bidang,
responden dan analisis).

SKOP
Pelajar perlu menentukan apakah
perkara-perkara, aspek dan ruang
lingkup yang hendak dikaji
Kajian ini pada amnya adalah mengenai kesetiaan
pekerja. Dalam kajian ini, kesetiaan lebih
menekankan faktor kekal bekerja di sesuatu
organisasi. Faktor-faktor motivasi pula telah
dikenalpasti melalui analisis kajian lalu. Faktorfaktor yang akan dikaji terbatas kepada faktor:
gaji, ganjaran dan jaminan pekerjaan

BATASAN
Akibat dari pembatasan (akibat dari
masalah masa atau kewangan yang
sudah dikenalpasti dari awal)
menyebabkan kajian kita mempunyai
had-had tertentu untuk dibuat rujukan
atau generalisasi
Menjelaskan potensi-potensi kelemahan
kajian dan cara-cara untuk
meminimumkan, ataupun implikasinya
(seperti aspek pengumpulan dan
persampelan).

BATASAN
Ramai pelajar yang gemar menjadikan
masa dan wang sebagai faktor yang
membataskan kajian mereka. Sebelum
membuat kajian kita telahpun tahu akan
batasan masa dan wang yang kita
hadapi.
Oleh itu dari awal lagi kita seharusnya
membataskan kajian bersesuaian
dengan kemampuan yang kita ada.

BATASAN

Akibat dari pembatasan ini menyebabkan


kajian kita mempunyai had-had tertentu untuk
dibuat rujukan atau generalisasi.
Contoh: Kajian ini hanya menggambarkan
promosi jualan di antara restoran ABC dan XYZ di
antara tahun 1997-1999 iaitu ketika berlakunya
kegawatan. Hanya restoran makanan segera yang
menjual ayam goreng sebagai produk utamanya
terlibat dan dengan itu hasil kajian ini tidak boleh
digeneralisasi dengan restoran makanan segera
yang lain

KEPENTINGAN KAJIAN
Maksud kepentingan
mudah ialah:

kajian

secara

Apakah pentingnya HASIL kajian anda?


Adakah orang akan ambil tahu/berminat
dengan hasil kajian kita?
Masalah kajian seperti Siapakah saya.
Perlukah pelajar mempunyai perbelanjaan
yang cukup ketika pengajian? tentulah
tidak menarik minat dan tidak penting.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian boleh dilihat dari segi:

Pernahkah kajian serupa dijalankan?


Adakah perlu kajian ini dijalankan?
Siapakah yang dapat memanfaatkannya?
Benar-benar memanfaatkannya!!
Sesuai dengan semasa/trend
Berkait dengan masalah yang praktikal
Berkait dengan populasi yang lebih besar
Berkait dengan populasi yang kritikal/yang
berpengaruh

KEPENTINGAN KAJIAN
CONTOH
Hasil kajian diharap dapat memberi satu gambaran dan kesedaran
kepada majikan bahawa ciri-ciri motivasi tertentu harus diambil
berat dalam pentadbiran dan pengurusan mereka. Di samping itu
hasil kajian ini diharap boleh menjadi satu panduan kepada pihak
majikan mewujudkan suasana tempat kerja yang mendorong
kesetiaan pekerjanya. Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat
mengembang dan memantapkan teori-teori kesetiaan pekerja

KEPENTINGAN KAJIAN
Memenuhi jurang atau lompong penyelidikan
Membenarkan generalisasi kepada prinsip
yang lebih umum mengenai bidang tersebut
Menajamkan lagi definisi sesuatu konsep
atau hubungan
Mempunyai implikasi yang lebih besar
terhadap masalah-masalah yang praktikal.

KEPENTINGAN KAJIAN
Membina atau memperbaiki
instrumen untuk mengumpul dan
menganalisis data
Menyediakan peluang untuk
mengumpul data yang dihalang
oleh faktor tidak cukup masa
Menyediakan kemungkinan untuk
menghasilkan satu eksplorasi
sesuatu isu dengan teknik yang
sedia ada

DEFINISI KONSEPTUAL
Hanya gagasan yang penting
dalam kajian (seperti
pembolehubah-pembolehubah
yang dikaji)
Menjelaskan sesuatu
perkara/konsep secara abstrak
atau bersifat kualitatif
Menjelaskan tentang proses
sesuatu perkara atau objek.

DEFINISI KONSEPTUAL
Skop definisi yang mempunyai
hubungan dengan teori atau
model kajian/mempunyai
implikasi teoretikal
Terdapat analisis jika banyak
definisi dipetik.

DEFINISI OPERASIONAL
Menjelaskan prosedur bagaimana
sesuatu konsep yang abstrak
diukur/dimanipulasi.
Bersifat kuantitatif atau dijelaskan
elemen-elemen yang bersifat
pengklasifikasian, pemeringkatan,
dan jangkaan
Mempunyai hubungan dengan
kaedah pengumpulan data,
kandungan elemen dalam soal
selidik dan kaedah analisis data.

You might also like