You are on page 1of 10

P e r a t u s | 126

UNIT PELAJARAN 9

PERATUS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan konsep peratus dalam penyelesaian masalah matematik.
2. Menyatakan perhubungan antara nombor pecahan dan peratus.
3. Menyatakan perhubungan antara nombor perpuluhan dan peratus.
4. Menyelesaikan masalah dengan pendekatan proses bagi suatu masalah matematik.

PENDAHULUAN
erkataan peratus sememangnya tidak asing kepada kebanyakan daripada kita. Di
pasar raya, contohnya, sering kita lihat penggunaan simbol % bagi menunjukkan
pengurangan harga daripada harga asal sesuatu barang. Sebenarnya simbol % adalah
perwakilan bagi perkataan peratus. Perkataan peratus adalah berasal daripada perkataan
Latin, iaitu per centum yang bermaksud perseratus. Sebagaimana sebutannya, peratus

ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau

Contohnya sebuah bank membayar 5% faedah bagi sejumlah simpanan sebanyak RM100.00
bermaksud jumlah faedah yang diperoleh oleh penyimpan ialah RM5.00. Ini ialah kerana
RM5.00 berbanding dengan RM100.00 memberi kan hasil 5%.

KONSEP PERATUS
Pada dasarnya, konsep peratus merupakan konsep asas matematik yang agak mudah. Konsep
ini merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian. Sebagai contoh, 10%
bermaksud 10 bahagian daripada keseluruhan 100 bahagian. Peratus ini juga boleh diwakilkan
dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100. Melalui contoh ini, hubungan antara
peratus dan pecahan yang penyebutnya 100 adalah seperti berikut:
10% =

P e r a t u s | 127

Memahami peratus akan menjadi lebih mudah apabila diwakilkan dalam bentuk gambar rajah.
Dalam gambar rajah 1, kawasan berlorek merupakan sebahagian daripada keseluruhan rajah
yang mengandungi 100 unit kecil. Contohnya, 15% bermaksud 15 petak kecil daripada 100
petak keseluruhannya.

Gambaran peratus dibuat berdasarkan 100


bahagian segi empat yang sama besar.
15% = 15 petak dilorek daripada 100 petak.
15% dibaca sebagai lima belas peratus.

Fikirkan: Berapakah petak yang perlu dilorek bagi menggambarkan 20% sekiranya
jumlah keseluruhan petak ialah 200.

NOMBOR PECAHAN DAN PERATUS

enominator bernilai 100: Sebagaimana konsep peratus, sebarang pecahan yang


mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh terus ditulis dalam bentuk peratus (atau %).

Contoh: Tukarkan pecahan menjadi %


a.

= ?%

b.

= ?%

Penyelesaian:
a. 34%
b. 67%
Begitu juga dengan sebarang nombor peratus, boleh terus ditukar kepada nombor pecahan
dengan penyebutnya bernilai 100. Sebagai contoh nombor dalam peratus 30% boleh ditukar
kepada nombor pecahan yang member maksud yang serupa, iaitu

P e r a t u s | 128

Contoh: Tukarkan peratus menjadi pecahan


a. 28% = ?
b. 78% = ?
Penyelesaian:
a.
b.

Fikirkan: Adakah nombor pecahan

boleh ditulis sebagai peratus?

Penyebut Tidak Bernilai 100: Bagaimana menulis semula nombor pecahan menjadi peratus?
Secara umum, nombor pecahan boleh ditulis ke dalam bentuk peratus dengan terlebih dahulu
mencari pecahan setara dengan penyebutnya bernilai 100.
Contoh: Carikan pecahan setara dengan penyebutnya bernilai 100 bagi nombor pecahan
berikut.
a.
b.
Penyelesaian:
a.
b.

=
=

= 75%

= 12%

Sebarang nombor peratus boleh ditukar kepada nombor pecahan dengan nilai penyebutnya
100, dan seterusnya memudahkannya menjadi pecahan menjadi bentuk teringkas.
Contoh: Tukarkan peratus menjadi pecahan dalam bentuk termudah.
a. 25%
b. 42%

P e r a t u s | 129

Penyelesaian:
a. 25% =

b. 42% =

NOMBOR PERPULUHAN DAN PERATUS

agaimana menukar nombor perpuluhan kepada peratus? Secara umum, nombor


perpuluhan boleh ditukar kepada peratus dengan tiga tahap:

Tahap 1:
Tahap 2:
Tahap 3:

Mengubah nombor decimal menjadi bentuk pecahan.


Jadikan pecahan setara dengan penyebutnya bernilai 100.
Nombor pecahan dengan penyebut 100 didarab dengan 100 akan memberi
nombor dalam peratus.

Contoh: Nyatakan nombor decimal berikut ke dalam bentuk peratus


a. 0.4
Penyelesaian:
0.4 =

b. 0.35
Penyelesaian:
0.35 =

= 35%

c. 0.73
Penyelesaian
0.73 =
d. 1.4

= 73%

= 40 %

P e r a t u s | 130

Penyelesaian:
1.4 = 1
=1
=

= 140%

=
x 100 = 145%

Menukar Nombor Pecahan Bercampur Kepada Peratus: Nombor bercampur adalah nombor
hasil daripada gabungan antara suatu nombor integer dan suatu nombor rasional dipanggil
sebagai nombor pecahan bercampur. Contoh nombor pecahan bercampur adalah 1 dan 2 .
Menukar nombor pecahan bercampur menjadi peratus boleh dilakukan dengan tiga cara.
Cara 1: Peratus nombor bulat dan nombor perpuluhan dikira secara berasingan.
Contoh: 1
1 =1+
1 = 100% manakala
Jadi

1 =1+

= 20%

= 100% + 20% = 120%.

Cara 2: Nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tidak wajar, diikuti dengan
menjadikan penyebutnya bernilai 100.
Contoh: 2
2 =
=
=

= 260%

Cara 3: Nombor bercampur itu ditukar menjadi nombor pecahan tak wajar (improper fraction),
dan seterusnya mendarab dengan 100%.

P e r a t u s | 131

Contoh: 1
1 =
Menjadikan % = x 100%
= 140%

MENCARI NILAI PERATUS

mumnya nilai dalam bentuk peratus menggambarkan perbandingan antara suatu


kuantiti dengan kuantiti keseluruhan. Contohnya, apakah yang anda faham apabila
disebut 50% buah epal dalam bakul itu busuk? Di sini tentunya tentulah tergambar
dalam fikiran kita bahawa separuh daripada buah epal dalam bakul itu rosak. Jadi sekiranya
dalam bakul itu mengandungi 100 biji buah epal, akan memberi maksud bahawa 50 biji
daripada keseluruhan epal berkenaan adalah busuk. Bagaimana melaksanakan operasi
matematik bagi mencari bilangan epal yang rosak itu?

Cuba fikirkan berapakah bilangan epal yang busuk jika 20 peratus daripadanya
busuk, dan jumlah keseluruhan epal dalam bakul berkenaan ialah 50?
Bagaimana pula mencari nilai peratus bagi sebahagian kuantiti berbanding dengan kuantiti
keseluruhan? Contohnya, berapakah peratus jika 10 orang daripada 25 orang murid Tahun 3
Merah dapat menghafal sifir 7 dengan baik? Dalam hal ini, satu cara yang boleh digunakan
ialah dengan menukarkannya ke dalam bentuk pecahan dan seterusnya mencari nilai pecahan
setara dengan penyebutnya bernilai 100. Operasinya adalah seperti berikut:
=

= 40%

Bagaimanapun, perlu diberi maklumat kepada pelajar bahawa jumlah peratus bagi keseluruhan
sesuatu kuantiti ialah 100%, Oleh itu, operasi matematik akan menjadi lebih mudah melalui
menggunakan formula berikut:
Peratus sebahagian kuantiti =

x 100%

Oleh itu, bagi contoh di atas, peratus murid yang dapat menghafal sifir 7 dengan baik:
=

x 100%

= 10 x 4% = 40%

P e r a t u s | 132

Penyelesaian Masalah
Contoh 1: 40 tin sos tomato daripada keseluruhan 200 tin sos tomato telah dijual oleh Yahoo
Pasar Mini dalam masa satu minggu. Kirakan peratus sos tomato yang sudah dijual?
Penyelesaian:
Peratus sos tomato yang dijual =

.x 100% = 20%

Latihan: Daripada 100 murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Jati, 40% adalah murid lelaki.
Kirakan bilangan murid lelaki tahun 5 bagi sekolah berkenaan?

PERATUS KESELURUHAN

ebagaimana sedia maklum, peratus biasanya digunakan bagi menggambarkan


perbandingan antara sebahagian kuantiti daripada keseluruhan kuantiti. Sebagai contoh
dalam satu bekas terdapat 10 kg. gula. Ini bererti kandungan bagi gula dalam bekas
berkenaan adalah 100%. Sekiranya digunakan sebanyak 4 kg. Ini bermaksud 40% daripada
gula berkenaan telah digunakan. Oleh itu baki gula yang belum digunakan ialah 60%. Maklumat
ini digambarkan secara ringkas seperti berikut:
Peratus keseluruhan gula = 100%.(iaitu 10 kg)
Peratus gula yang telah digunakan = 40% (iaitu 4 kg)
Peratus gula yang masih ada = 100% 40% = 60% (iaitu 6 kg)

PENYELESAIAN MASALAH

enyelesaian masalah melibatkan peratus boleh diperoleh dalam berbagai bentuk. Antara
masalah yang popular dalam konteks kehidupan masyarakat adalah konsep diskaun,
untung dan rugi. Konsep peratus juga boleh diperoleh dalam masalah biasa melibatkan
sebahagian daripada keseluruhan.
Contoh: Pn. Aminah membeli 30 kg tepung gandum daripada sebuah pasar mini. Dia
menggunakan 20% daripada tepung berkenaan untuk membuat roti. Kirakan jumlah berat
tepung yang masing tinggal?
Penyelesaian:
Langkah 1: Memahami masalah
Berapakah berat tepung yang ada?

P e r a t u s | 133

Berapa peratus tepung yang digunakan?


Berapa peratus tepung yang masih bali?
Apa yang ingin dicari?
Langkah 2: Merancang penyelesaian
Mencari peratus tepung gandum yang masing tinggal
Jumlah tepung gandum yang masih tinggal

= 100% - 20%
= (100% 20%) x 30 kg

Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian


Melaksanakan pengiraan sebagaimana yang dirancangkan.
Jumlah tepung gandum yang masih tinggal =

x 30

= 24 kg.
Langkah 4: Menyemak kembali
Menyemak dengan melaksana semula penyelesaian menggunakan kaedah yang lain
dan memastikan jawapan adalah serupa antara kedua-duanya. Kaedah lain ini ialah
dengan mencari jumlah gandum telah digunakan iaitu 20% x 30 =

x 30 = 6 kg. Oleh

itu gandum yang masih tinggal ialah 30 6 = 24 kg. Sekiranya jawapan ini adalah
serupa berbanding dengan jawapan yang diperoleh daripada Langkah 3 memberi
maksud jawapan ini berkemungkinan besar benar.

Masalah diskaun: Masalah diskaun adalah merupakan masalah yang melibatkan peratus
secara langsung. Diskaun merupakan potongan harga sesuatu barang daripada harga
penuhnya. Misalannya, suatu barang boleh diberikan diskaun 10%, 15%, 20% dan 30%.
Contoh: Harga asal sehelai baju berharga RM40.00. Ali telah membeli baju tersebut dengan
mendapat diskaun 25%. Cari harga baju yang telah dibayar oleh Ali?
Penyelesaian:
Langkah 1: Memahami masalah
Berapa harga asal?
Berapa peratus diskaun?
Apa syaratnya?
Apa yang ingin dicari?
Langkah 2: Merancang penyelesaian
Rumus mencari harga diskaun = peratus diskaun x harga asal.
Langkah 3: melaksana penyelesaian
Melaksana penyelesaian sebagaimana yang dirancangkan.
Harga diskaun
=
20% x 40

P e r a t u s | 134

x 40

=
RM10.00
Harga baju yang dibayar oleh Ali = RM40.00 RM10.00
= RM30
Langkah 4: menyemak kembali.
Menyemak kembali menggunakan kaedah yang lain yang terus mencari peratus harga
baru selepas diskaun.
Peratus harga baru selepas diskaun = 100% - 25% = 75%
Harga baru yang dibayar oleh Ali

x 40

= RM30.00
Sekiranya jawapan ini serupa berbanding dengan harga yang diperoleh daripada
Langkah 3, bermaksud harga baru selepas diskaun itu berkemungkinan besar adalah
tepat.
Masalah faedah: Faedah terhadap simpanan atau pinjaman di bank juga sering dibuat dalam
bentuk peratus. Sebagai contoh, faedah 5% setahun yang dikenakan ke atas pinjaman bank
sebanyak RM1000.00 ialah RM50.00. Bagaimana melaksanakan pengiraannya?
Faedah = peratus faedah x jumlah wang yang dipinjam
Contoh: En Lim telah membuat pinjaman daripada sebuah bank sebanyak RM20,000. Bank
berkenaan telah mengenakan faedah sebanyak 5% setahun. Berapakah jumlah wang yang
perlu dibayar oleh En Lim selepas berakhirnya tempoh pinjaman selama setahun.
Penyelesaian:
Langkah 1: Memahami masalah
Berapakah jumlah wang yang dipinjam?
Berapa peratus faedah setahun kah yang dikenakan?
Apakah yang ingin dicari?
Langkah 2: Merancang penyelesaian
Jumlah faedah setahun = RM20,000 x 5%
Jumlah wang yang perlu dibayar = RM20,000 + RM20,000 x 5%
Langkah 3: melaksanakan penyelesaian
Jumlah wang yang perlu dibayar

Langkah 4: menyemak kembali

= RM20,000 + RM20,000 x 5%
= RM20,000 + RM1,000
= RM21,000

P e r a t u s | 135

Menyemak kembali boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah alternatif yang


lain. Antara kaedahnya ialah mendapatkan dahulu peratus yang dibayar selepas
mengambil kira faedah, iaitu 105%.
Jumlah wang yang perlu dibayar
= RM20,000 x 105%
= RM200 x 105
= RM21,000
Ini menujukkan jawapan yang diperoleh dengan menggunakan strategi dalam Langkah
3 adalah serupa dengan jawapan daripada Langkah 4. Oleh itu, jawapan yang diperoleh
ini berkemungkinan besar adalah tepat.

Selesaikan masalah berikut::


i.

ii.

Sepanjang bulan Januari, sebuah syarikat menjual kereta telah menawarkan 5%


diskaun ke atas harga sebuah kereta yang asalnya berharga RM80,000.00. Kirakan
harga selepas diskaun?
.
Ah Meng telah membeli 5 kotak telor ayam. Setiap kotak mempunyai 100 biji telor.
Sekiranya 5% daripada telor yang dibeli Ah Meng pecah, kirakan bilangan telor tan
tidak pecah?

KESIMPULAN

nit ini membincang tentang konsep yang sering ditemui dalam kehidupan seharian, iaitu
peratus. Secara umum Unit Pelajaran ini juga merupakan aplikasi kepada sistem
nombor seperti nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Konsep-konsep yang
membabitkan peratus yang sering ditemui ialah diskaun dan faedah. Di samping itu proses
penyelesaian masalah membabitkan peratus juga ditekankan.

You might also like