You are on page 1of 12

PERPULUHAN

Hasil Pembelajaran :
 Memahami konsep perpuluhan

 Mengukuhkan konsep perpuluhan di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai


aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2.1.1 KONSEP PERPULUHAN

Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai
asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan. Contoh nombor
perpuluhan adalah seperti 0.5, 0.72, 1.35 dan 0.0069.

Maksud nombor perpuluhan boleh digambarkan seperti berikut :

(i) Nombor perpuluhan sebagai sebahagian daripada satu kawasan

Bahagian yg berwarna menunjukkan bahagian dalam bentuk perpuluhan, 0.4 .

(ii) Nombor perpuluhan sebagai titik-titik atas garis nombor

0 0.2 1

(iii) Nombor perpuluhan sebagai hasil daripada operasi

bahagi 5 ÷ 10 = 0.5

Aktiviti 1

Berdasarkan maksud nombor perpuluhan di atas, huraikan perkaitan antara


nombor perpuluhan dan pecahan. Mengapa kita perlu menulis nombor dalam
bentuk perpuluhan?

Setiap digit dalam nombor perpuluhan mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang
tertentu.

ra pu sa persepuluh perseratus perseribu


1 3 . 2 4
Dalam contoh di atas, 13.24 boleh dicerakinkan mengikut nilai digitnya seperti berikut:

13.24 = 3 + 10 + 0.2 + 0.04

Cuba anda cerakinkan 149.571.

Bilangan tempat perpuluhan bagi sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan


bilangan digit yang berada di sebelah kanan titik perpuluhan. Misalnya, 2.45
mempunyai 2 tempat perpuluhan.

Aktiviti 2

Bandingbezakan antara 2.45 dan 2.450 dari segi nilainya.

Penghampiran sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan nilai digit pertama yang
berada di sebelah kanannya. Jika nilai digit itu ialah 5 atau lebih, penghampirannya
akan ditambah 1. Jika nilai digit itu ialah kurang daripada 5, digit asal dikekalkan.
Misalnya penghampiran kepada 2 tempat perpuluhan bagi 3.178 ialah 3.18 .

Aktiviti 3

Jelaskan pernyataan „Dua atau lebih nombor perpuluhan yang berbeza boleh
mempunyai nilai penghampiran yang sama‟.

Seterusnya cuba anda fikirkan kepentingan penghampiran bagi nombor


perpuluhan dalam kehidupan seharian!

Dalam rajah di bawah, kawasan yang diwarnakan mewakili 8 daripada 10 bahagian,


iaitu 8/10 bahagian.

1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1

Disebabkan 1/10 = 0.1, maka 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8

Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan adalah boleh saling ditukar
(interchangeable).
Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh
diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan. Disebabkan 1/10 = 0.1, 1/100 = 0.01,
dan 1/1000 = 0.001, maka 81/100 = 0.81

Aktiviti 4

Anda telah jelas bahawa suatu nombor pecahan boleh dinyatakan dalam
bentuk perpuluhan. Dalam kumpulan kecil, bincangkan kelebihan-kelebihan
kita menyatakan suatu nombor dalam bentuk perpuluhan berbanding pecahan
dalam aplikasi seharian.

2.1.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a. Membaca dan Menulis Nombor Perpuluhan

 5/10 = 0.5 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan lima (zero point five)]
 2/100 = 0.02 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan sifar dua (zero point zero two)]
 1769/1000 = 1.769 [dibaca sebagai: satu perpuluhan tujuh enam sembilan
(one point seven six nine)]

b. Menukar Pecahan kepada Nombor Perpuluhan

 Bahagikan pengangka (numerator) dengan penyebutnya (denominator).

Contoh :

Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.

(i) 1/8
1/8 = 1 ÷ 8

Oleh itu, 1/8 = 0.125


(ii) 15/8
15/8 = 15 ÷ 8

Oleh itu, 15/8 = 1.875

c. Menukar Nombor Perpuluhan kepada Pecahan

 Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.


 Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara,
dengan penyebutnya adalah gandaan 10.
 Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah.

Contoh :

Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.

(i) 0.07

0.07 = 7/100

0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)

7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar)

(ii) 0.095

0.095 = 95/1000

0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)

95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar)

(iii)1.568

1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000


d. Menukar Nombor Perpuluhan kepada Peratus

 Darabkan nombor perpuluhan dengan 100 dan letakkan tanda "%"


supaya diketahui ia adalah per 100.
 Cara mudah untuk mendarabkan dengan 100 adalah untuk menggerakkan
titik perpuluhan 2 tempat ke kanan.

e. Penambahan dan Penolakan Nombor Perpuluhan

Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan boleh dilakukan dengan cara


menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk tegak dimana titik perpuluhan disusun
dalam turus yang sama.

Penambahan

 proses mencari jumlah dua nombor perpuluhan atau lebih.

Penolakan

 proses mencari beza antara dua nombor perpuluhan

f. Pendaraban nombor perpuluhan

 mendarab nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan


dengan cara memindahkan titik perpuluhan ke kanan. Misalnya, 2.14 X 10 =
21.4
 mendarab nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah proses
mencari penambahan berulang nombor perpuluhan itu.
 Mendarab dua nombor perpuluhan

g. Pembahagian nombor perpuluhan

 Membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan dengan
cara memindahkan titik perpuluhan ke kiri. Misalnya, 8.7 ÷ 10 = 0.87
 Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah pengongsian
sama rata.
 Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.
h. Gabungan operasi

 gabungan tambah dan tolak atau darab dan bahagi

(sentiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang

diberi)

 gabungan tambah, tolak, darab ,bahagi, dan ( )

(lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu, diiikuti dengan darab atau bahagi,
kemudian tambah atau tolak, dari kiri ke kanan)

2.1.3 KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

 Perpuluhan digunakan dalam menyatakan ukuran panjang, ketinggian dan jarak


dalam unit mm, m, km dan sebagainya. Misalnya, jarak antara sekolah ke
rumah saya adalah 3.3 km.

 Perpuluhan digunakan dalam menyatakan isipadu cecair dalam unit mililiter dan
liter. Misalnya, kuantiti minyak kereta sebanyak 1.4 liter.

 Perpuluhan digunakan dalam menyatakan nilai wang.

Untuk difikirkan!
Sebagai seorang guru, bagaimana anda dapat menjelaskan kepada murid anda
perbezaan maksud titik perpuluhan apabila menyatakan waktu, sebagai contoh 7.15
pagi.

2.2 ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN PECAHAN, PERPULUHAN DAN


PERATUSAN
Pengajaran konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan adalah antara cabaran
pengajaran matematik di sekolah. Murid telah membina pengetahuan tentang pecahan,
perpuluhan dan peratusan berdasarkan pengalaman mereka di rumah, melalui
permainan dan aktiviti lain di luar sekolah. Justeru menjadi tanggungjawab pendidik
untuk menghubungkaitkan pengetahuan yang telah mereka bina dengan pengetahuan
yang diajar di bilik darjah supaya pemahaman mereka tentang kosep pecahan,
perpuluhan dan peratusan dapat dibangunkan dengan mantap. Segala kekeliruan dan
salah tanggapan perlu diperbetulkan.

2.2.1 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Perpuluhan

Pengajaran nombor perpuluhan juga mempunyai isu dan permasalahan. Pengajaran


perpuluhan biasanya bermula dengan mengaitkan perpuluhan dengan pecahan.
Walaubagaimana pun adalah mudah menyatakan nilai pecahan dalam bentuk
perpuluhan bagi pecahan bagi nombor nisbah. Misalnya 1/2 dan 2/5 boleh dinyatakan
sebagai 0.5 dan 0.4 masing-masing dalam bentuk perpuluhan. Namun murid agak
sukar memahami pecahan yang boleh dinyatakan dalam bentuk nombor berulang.
Sebagai contoh 1/3 boleh dinyatakan sebagai 0.3333... dan 5/9 boleh dinyatakan
sebagai 0.55555... Bagi pecahan yang lebih kompleks seperti 3/7 (yang boleh
dinyatakan sebagai 0.428571...), ianyanya lebih rumit lagi untuk dijelaskan secara
gambarajah pecahan atau garis nombor. Sebagai seorang guru, anda perlu
menjelaskan nombor perpuluhan seperti ini jika ditanya oleh murid. Penggunaan
kalkulator boleh membantu guru untuk menjelaskan masalah tersebut kepada murid.

Selain daripada itu, sebahagian murid akan keliru apabila membandingkan nilai dua
nombor perpuluhan yang berbeza bilangan tempat perpuluhan secara tipikal. Cuba
teliti contoh berikut:
0.4 dan 0.35 ...........0.35 lebih besar kerana „35‟ lebih besar daripada „4‟
3.5 dan 3.25 ...........3.5 lebih kecil kerana „5‟ lebih kecil daripada „25‟

Fenomena pertama di atas dikenali sebagai „longer-is-larger‟ dimana ada


kecenderungan memilih nombor yang mempunyai bilangan digit selepas titik
perpuluhan yang lebih banyak atau besar sebagai nombor yang lebih besar.
Fenomena kedua pula dikenali sebagai „shorter-is-smaller‟.

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan kesilapan murid tersebut?


Bagimanakah anda sebagai guru boleh membantu murid yang mengalami masalah
salah konsep tersebut?

Dalam operasi tambah atau tolak yang melibatkan nombor perpuluhan juga adakalanya
mendatangkan masalah. Sebahagian murid akan membuat kesilapan apabila
menambah atau menolak nombor perpuluhan dengan nombor bulat sekiranya bilangan
tempat perpuluhan tidak ditekankan. Cuba teliti masalah berikut:
4.2 + 3 + 0.4 = 4.9
6.5 – 4 = 6.1
Jelaskan kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut dan cadangkan aktiviti yang
sesuai bagi membantu menangani masalah seumpamanya.

Dalam operasi darab nombor perpuluhan dengan nombor bulat pula, biasanya tempat
perpuluhan ditentukan selepas operasi darab dijalankan. Guru akan meminta murid
mangabaikan titik perpuluhan terlebih dahulu sebelum mendarabkan nombor yang
berkenaan. Kemudian titik perpuluhan diletakkan sama seperti tempat perpuluhan
yang asal.
Contoh:
3.25 x 6 , darabkan dahulu 325 x 6 = 1950
Jawapan: 19.50 sebab bilangan tempat perpuluhan asal adalah 2.

Sebagai seorang guru matematik, komen cara pengajaran tersebut sama ada sesuai
atau tidak untuk diamallkan dalam proses pengiraan tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran nombor perpuluhan di sekolah, anda


tentunya mempunyai isu atau permasalahan lain yang boleh dikongsi antara rakan
sekuliah anda. Jalankan satu sesi perbincangan dalam kumpulan 3 – 4 orang
dikalangan rakan kuliah anda.
Chinnapan, M. (2000). Preservice teachers' understanding andrepresentation of
fractions in a javabars environment. Mathematics EducationResearch Journal
13: 234-253.
Clarke, D.M., Roche, A. & Mitchell, A. Practical tips for making fractions come alive and
make sense. Mathematics Teaching in Middle School 13 (March 2008): 372-
380.
Kilpatrick, J. & Swafford, J. (2001). Adding it up: Helping children learn mathematics.
Washington DC: National Academy Press.
McLeod, R. &Newmarch, B. (2006). Fractions. University of London: National
Researchand Development Centre.
Siegler, R. et al. (2010). Developing effective fractions instruction for kindergarten
through 8th grade: A practice guide. Washington, DC: National Center for
Education Evaluation and Regional Assistance.

Pautan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-percents.html
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-fractions.html
http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html
http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-dan-
persamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/
http://www.mathsisfun.com/decimals-menu.html
PENULIS MODUL MTE 3109

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

1. Datin Zaitun bt Othman


2. Pn Hafizah bt Omar
3. En Nor Hawan b Misiran
4. Dr Roslina bt Radzali
5. Dr Yusminah bt Mohd Yusof
6. En Mokhtar b Ishak
7. Pn Azizah Hj Tengah
8. Pn Rubaidah bt Ismail
9. Pn Wan Kamariah bt Wan Abdullah

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1. Pn Parimalarani Sivasubramaniam
2. Y. M Tengku Noor Zima Tuan Jaafar
3. Cik Nellie Gan Hong Suan

IPG KAMPUS ILMU KHAS

1. Pn Khalidah bt Othman

You might also like